Ahad, 10 Julai 2011

Itik Punya Hal Pun Mau Kasi Gaduh Ka?

Assalamualaikum


Alahai.. Macam macam ragam betul la manusia ni.. Dah nama pun manusia kan.. Mesti la banyak ragam betul tak.. Kan.. Kan.. Kan.. Ntah apa hapa la aku mengarut ni.. Grrrrr.. Pasal itik pun nak gaduh ka.. Aiyaa.. Kecik punya hal maa.. Haa.. Apa hal ni.. Itik? Gaduh? Nak tau ka?


Macam ni.. Aku baru aja balik dari kenduri arwah keluarga di Kedah petang tadi.. Tapi nak dijadikan cerita.. Ada tragedi berlaku.. Haa.. Tragedi apa pula ni? Ni ayah aku la cerita masa dalam perjalanan balik rumah tadi.. Ada ka patut pasal hal kecik pun nak gaduh.. Padahal masing masing dah berusia kot.. Kategori rumah kata pergi, kubur kata mari la ni.. Hurmm..

Nasib baik la tak bertumbuk.. Kalau orang kampung tak halang tadi.. Rasa rasa memang dah bergusti, tomoi, tinju, karate dan macam macam lagi la tadi.. Haish! Pakcik oh pakcik.. Dah tua pakcik oi.. Padahal boleh bawa berunding kot..

Kes dia macam ni sorang pak cik ni tak puas hati dengan jirannya.. Konon pak cik ni tuduh itik itik jiran dia yang berkeliaran depan rumah tinggalkan sisa sisa tak sepatutnya.. Ala apa lagi taik tahi itik la.. Dan macam macam lagi yang sewaktu dengannya.. Pasal hal macam ni pun tak bertegur sapa? Tak paham.. Tak paham.. Kecik punya hal maa.. Apa susah kasi basuh sudah.. Hilang kan? Tak pun pasang aja pagar keliling rumah.. Mesti tarak tiada masuk punya itik itik tu..

Padahal belum tentu pasti lagi yang itik itik tu jiran dia punya.. Ada juga beberapa warga kampung yang lain juga memelihara itik.. Hurmm.. Entah la.. Tak paham aku.. Pasal kecik punya hal pun nak bermasam muka.. Tak bertegur sapa.. Buat malu aja beb!


BL: Tak payah kot sampai nak bermasam muka tak bertegur sapa pasal hal remeh temeh.. Tak baik wooo gaduh gaduh sesama Islam ni.. Hurmm..

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

benda kecik je lor....huhu.....

fRaMe+LenSeS berkata...

macam2 aih depa ni.. huu. T,T

Bunga berkata...

haha..cam2 kn..

Aleen Aiden berkata...

hu3,tula die.mcm2 org mcm2 ragam.haishh

Nik Thoha berkata...

Betul tu tak baik gaduh dah tua2..malu kalau budak2 tengok..hehe

msredcheesecake berkata...

dorang mmg nak gaduh tu...itik tu alasan jer...

Luqman Zakaria berkata...

kecian itik itik tuh... :P hahha..


arepnakbebel: BYE BYE TESCO! WELCOME NIKE!

Unknown berkata...

ala.. kalau tak pun.. tangkap jer la itik2 tu.. buat masak gulai itik.. lg sedap.. hakhak.. kompem pasni da xde itik yg berkeliaran :P

my latest entri
"WEHHH!!.. BESAR SANGAT KE SHOUTBOX BLOG NI??? AMARAN! ENTRI INI SANGAT PANJANG.."

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)