~> KONSERT TERHANGAT DI PASARAN <~

Ahad, 30 Januari 2011

fuh! lega tamat jugak akhirnya...

Assalamualaikum


fuh! cayalah.. nak kejar keja kerajaan punya pasal.. hari ni kena lari 2.4km dalam masa 12 minit.. memang terbaek.. dgn berat badan yg ehem2 ni.. agak tercungap2 gak la tadi.. kena pusing padang Stadium USM tadi 6 round.. setiap 1 round kira2 dalam 2 minit macam tu ja.. haha! sempoi.. 1st dgn 2nd round masih lagi steady.. mai masuk 3rd round fuh tak mau cakap.. memang feel habis.. nasib baek tak da sakit jantung ka.. asma ka.. kalau tak.. tak mau cakap la kan.. haha! tapi sayang tak dapat kejar masa.. last2 tempoh larian pagi tadi amik masa 15 minit.. hurm.. nasib2..

Sabtu, 29 Januari 2011

penat! mengah! letih! semua ada!!!

Assalamualaikum..




fuh! penat baru balik dari ujian saringan USM tadi.. tahap kepenatan tak tau nak cakap.. sapa yg p ujian saringan tadi tau la macam mana.. pagi pagi dah kena gerak.. aktiviti hari ni mula mula p daftar dalam kui 8 pagi sampai kui 9.. pastu dengaq briefing apa yg patot dari staf USM.. then dalam pukui 9 suku macam tu p pusat pengajian bahasa, literasi dan terjemahan pulak.. kat sini kena amik ujian lisan bahasa inggeris extra ujian bertulis lagi.. main tibai ja speaking depan penemuduga tadi.. jawab essay pon lebih kurang ja.. sampai penemuduga tu pon gelak ja dengaq BL speking tadi.. dia mesti pikiaq ntah apa la mamat ni cakap.. huhu.. essay tu tak mau cakap la.. harap harap dia paham la apa yg BL karang tadi.. T.T 

Khamis, 27 Januari 2011

ikan misteri

Assalamualaikum








hurm.. sori la rakan rakan blogger sekalian.. minggu ni BL agak jarang update belog.. agak bz sket.. maybe minggu depan kot baru relax sikit.. nak fokus untuk ujian saringan hujung minggu ni.. malam ni pon curi masa update entry ni.. kepada yg tinggal jejak kat kotak jerit tu.. nanti BL balas balik kunjungan korang semua.. huhu..

1st GA Pearl by mOoN

Assalamualaikum




hurm.. kali ni rasa nak join GA yg cik mOoN wat pulak lah.. macam best ja kan.. kan.. kan.. ;)
brader JT a.k.a Jejaka Terhangat yg tag BL ajak join skali.. so join jelah kan.. hehe!

Selasa, 25 Januari 2011

Gambar Kaabah dalam PC

Assalamualaikum




hurm.. korang semua dah tahu kan.. kebelakangan ni kecoh kat alam maya dok heboh pasal ada gambar lambang Zionis dalam perisian microsoft.. kaki kaki fesbuk, blog, ym, dan sebagainya semua dah macam wartawan.. sebar isu ni ke merata corok kat alam maya ni.. tahniah! ini menunjukkan masyarakat hari ni peka dengan isu-isu seperti ni.. 

Isnin, 24 Januari 2011

BLOGGER VS LHDN

Assalamualaikum




hurm.. sebelum ni BL da wat satu entry tentang keratan akhbar dimana blogger mendapat keuntungan sehingga 1 juta.. wah hebat kan.. dengan hanya berblogger ja mampu meraih keuntungan yg lumayan.. maka kedengaran isu dimana LHDN akan mengenakan cukai kepada para blogger.. 

Adik Hairuman sudah mampu bercakap

Assalamualaikum


Alhamdulillah.. akhirnya adik Hairuman telah selamat daripada pembedahan.. walaupun terpaksa menerima hakikat yg kedua dua belah tanganya terpaksa dipotong akibat kesan kemalangan ditimpa tiang elektrik hingga melecur separuh daripada badannya tempoh hari.. marilah kita sama sama menghulurkan bantuan apa yg patot bagi meringgan beban yg ditanggung adik hairuman ni.. untuk berita selanjutnya boleh layari laman utusan online dan kosmo online.. sekian.. wasalam.. :)

AKU , BEN ASHAARI dan ELEE MARDIANA

Assalamualaikum


hurm.. tadi masa BL chek msg kat fesbuk da msg dari En. Ben "benashaari.com".. beliau mengajak rakan blogger utk wat satu entry khas utk membantu kak Elee menjayakan kerja amal mendermakan wang royalti hasil karya novelnya utk membantu meringgankan beban yg dihadapi adik Mohd. Shah dan adik Hairuman.. 

Ahad, 23 Januari 2011

JOM SANTAI BERSAMA BEN ASHAARI

Assalamualaikum..


peeeweeet! wah En. Ben bukak segmen baru g.. kali ni beliau wat segmen tentang header belog yg best! mantap! dan sempoi! bila mata memandang.. hehe! xde lah ni saja BL tokok tambah ja.. :D.. kalau korang minat nak join segmen ni.. terjah je kat sini.. "JOM SANTAI BERSAMA BEN ASHAARI"








hurm.. saja ja suka suka join segmen ni.. lagipon hari ni malas nak kuar g mana mana.. so join jelah segmen ni.. hehe! :D hurm.. nak kata header BL ni cantik mana tu tak taw la kan bagi ampa korang.. tapi bagi BL header ni is da best utk belog BL wat masa ni.. hehe! :D

header belog ni BL sendiri yg reka.. just edit guna photoscape, photobucket dgn photofunia je.. masih lom cekap g nak guna picasa dgn adobe photoshop.. hehe! :D dlm header BL ni gunakan gambaq budak kecil yakni gambar BL masa kecik kecik dulu.. kenapa gunakan tema hitam putih? sebab warna putih itu melambangkan kedamaian.. 

BL ada letak satu ungkapan pada header tersebut.. "it's better to be hated for what you are,than to be loved for what you're not....".. ungkapan ni merujuk kepada lebih baik menjadi diri sendiri daripada meniru gaya orang lain walaupon diri kita dibenci, dihina, dipandang serong oleh orang lain.. hurm.. lebih kurang gitulah maksud disebalik ungkapan tersebut.. hehe! :D header yg BL wat ni tak la susah sangat.. just amik masa dalam sejam ja kot.. jap je rasanya time reka bentuk design belog ni.. haha! :D 

antara header belog lain yg BL suka tengok yelah belog insan yg tak asing lagi dalam dunia belog ni.. sebut saja nama beliau mesti telah dikenali ramai.. merupakan tuan punya segmen ni.. sapa lagi kalau bukan header belog Ben Ashaari.. siyes.. hari hari mesti bukak belog En. Ben ni.. so hari hari pandang header belog beliau.. cuma skang ni beliau dah ubah header baru pulak.. rasanya header yg kaler biru tu agak sempoi g.. tapi pe2 hal yg ni pon sempoi gak.. hehe! :D.. hurm.. sampai sini ja kot.. sekian.. wasalam.. :)

Blogger untung RM1 juta!

Assalamualaikum..




salam bloggers.. korang da baca lom surat khabar hari ni.. wow! BL terkesima seketika.. muka depan berita harian hari ni.. "Blogger untung RM1 juta" wah! menarik bukan.. jika dulu dunia belog ni hanya di jadikan pengantara bagi politik, peribadi dan komuniti.. tapi kini dengan berblog juga boleh menjana pendapatan.. telah ramai pengendali dan penulis belog yg mampu meraih keuntungan beratus ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.. antara blogger yg dimaksudkan ni merupakan penulis belog redmummy.com.. jom apa g.. mai pakat ramai ramai p terjah tuan belog ni.. hehe!

Generasi Grunge

Assalamualaikum..





salam bloggers.. lama tak wat entry pasal muzik.. rindu la plak.. haha! kali ni BL nak share tentang satu band grunge tanah air pulak.. khas utk peminat tegar muzik grunge yg masih setia hingga skang.. hehe! band yg BL maksudkan ni adalah Excuse me.. muzik diorang ni bergenrekan grunge rock dimana mengambil inspirasi dari band band seperti Nirvana dan Mudhoney.. muzik yg diorang bawa bukan sepenuhnya grunge dimana mereka juga mencampur elemant element lain seperti punk dari band Ramones.. 

Sabtu, 22 Januari 2011

Gereja Syaitan

Assalamualaikum..




hurm.. seperti mana tajuk entry di atas.. kali ni BL nak kongsi dengan ampa korang tentang gereja syaitan atau Church of Satan.. mat metal dan minah metal mesti sudah arif dengan simbol 666 ini bukan.. atau tidak tahu apa apa.. hanya ikut membabi buta macam tu ja.. untuk makluman semua 666 ini merujuk kepada simbol binatang buas atau Number of the Beast yg merupakan lambang syaitan.. kebanyakkan ahli ahli sihir akan menggunakan angka ini di dalam amalan mereka.. terutama sekali jika melibatkan pemujaan..

Jumaat, 21 Januari 2011

Hang Tuah Sebenarnya Berbangsa Cina???

Assalamualaikum..




hurm.. siapa tak kenal dengan Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu bukan.. merupakan lima pahlawan lagenda di zaman Melayu Melaka.. kisah penderhakaan Hang Jebat terhadap Sultan telah menjadi satu lagenda agung dalam sejarah tanah air.. banyak karyawan dan pengarah filem telah menghasilkan menerbitkan karya mereka berkaitan sejarah lima pahlawan bersaudara ini.. namun percayakah korang bahawa Hang Tuah sebenarnya bukannya berbangsa Melayu? sebaliknya adalah berbangsa Cina? agak terkejut juga bukan? 

CEO buang isteri

Assalamualaikum..




hurm.. ni lah akibatnya kalau tak nak dengar cakap mak bapak.. gara gara terlalu mengikut hawa nafsu mengejar kemewahan pada usia muda.. akhirnya nasib malang menimpa seorang siswi IPTA akibat telah dibuang suaminya sendiri..

Nasib Adik Hairuman

Assalamualaikum..


Nasib mangsa renjatan kabel elektrik


MUHAMAD HAIRUMAN yang diperhatikan kakaknya, Maryuni termenung mengenangkan nasibnya selepas kedua-dua tangannya dipotong di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang semalam.


SHAH ALAM - Mangsa renjatan kabel elektrik, Muhamad Hairuman Miskon, 22, menitiskan air mata selepas mendapati kedua-dua tangan paras siku dan ibu jari kaki kirinya sudah tiada lagi setelah dipotong melalui pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang malam kelmarin.

Kakaknya, Maryuni Miskon, 32, berkata, setelah selesai pembedahan dijalankan pada pukul 11 malam itu, adiknya dilihat menangis mengenang nasibnya.

"Apabila saya melihat dia menangis, saya cepat-cepat pujuk dan memberi sokongan moral kerana saya faham dugaan yang dihadapinya terlalu berat," kata Maryuni ketika ditemui di sini semalam.

Maryuni memberitahu, adiknya kini perlu banyak berehat kerana masih penat setelah menjalani pembedahan hampir tujuh jam bermula pukul 4.45 petang kelmarin. Beberapa jam sebelum dimasukkan ke dewan bedah HTAR, dia juga terpaksa berpuasa.

Muhamad Hairuman hanya boleh menganggukkan kepala tanpa mengeluarkan sepatah pun perkataan apabila soalan diajukan kepadanya. Keadaannya terlalu lemah selepas menjalani pembedahan.

Dia yang merupakan anak yatim piatu terkena renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa sawit di Jalan Masjid Baru, Tanjong Karang, pukul 9 pagi pada 26 November tahun lalu.

Akibat kejadian itu, bekas pelajar Kolej Intra, Kuala Selangor itu dimasukkan ke Hospital Tanjong Karang apabila hampir 35 peratus badannya terbakar sebelum dipindahkan ke HTAR pada Isnin lalu.

sumber: kosmo


p/s: sayu mengenangkan dugaan yg menimpa adik Hairuman ini..

Khamis, 20 Januari 2011

Adik Hairuman Setuju Potong Tangan

Assalamualaikum..




berita kali ni adalah lanjutan daripada insiden yg menimpa adik Hairuman hingga melecur separuh badan akibat di timpa tiang elektrik ketika sedang memunggut kelapa sawit..

jejak kasih

Assalamualaikum..




hurm.. BL nak mintak kerjasama ampa korang semua ni.. boleh tak.. haha! :D macam ni.. BL baru ja masukkan widget misterlinky kat blog ni kemarin.. ampa korang mesti paham sangat sangat kan apa gunanya widget ni kan.. jadi nak mintak kerjasama ampa korang semua tinggalkan link blog masing masing kat kotak link exchange kat atas nuh.. boleh kan.. kan.. kan.. haha! :D itu ja kot.. sekian.. wasalam.. :)

Cucu Setan

Assalamualaikum..


hurm.. ntah apa nak jadi la zaman la ni.. kerap sangat insiden macam ni berlaku.. dah hilang sifat keperikemanusiaan kah? sampai sanggup bertindak sampai ke tahap itu.. gara gara RM 100 seorang warga emas dibelasah cucunya sendiri sampai mati..

Rabu, 19 Januari 2011

JOM GEGAR BLOG

Assalamualaikum..




adoi penat.. baru ja sampai umah.. 
jalan sikit pun jem hari ni.. ikut ati macam nak bom ja keta sekor sekor.. fuh! buka blog.. terpandang sesuatu.. wah! En. Ben bukak segmen baru.. sejuk ati sikit.. kalau tak panas ja tadi.. huhu.. so kepada sapa sapa nak join gak segmen ni.. mai klik sini k.. "JOM GEGAR BLOG" jom pakat ramai ramai gegarkan dunia blog! haha! :D

Marah Isteri Belasah Mentua

Assalamualaikum..



hurm.. bila perasaan menguasai emosi seseorang itu akan cenderung melakukan sesuatu yg diluar batasannya.. seorang lelaki bertindak luar kawalan memukul bapa mentua sendiri gara gara benggang isteri tidak mahu pulang ke rumah kerana menghadiri majlis pertunangan adiknya

Selasa, 18 Januari 2011

Bantulah Adik Hairuman

Assalamualaikum..




malang tidak berbau.. kegigihan seorang remaja yg bertungkus lumus ingin membantu meringgankan beban keluarganya menjadi tragedi apabila secara tiba tiba di timpa tiang elektrik ketika sedang memunggut kelapa sawit.. akibat ditimpa tiang elektrik tersebut remaja ini telah terkena kejutan elektrik daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi sehingga mencederakan separuh daripada badannya.. sumbangan ikhlas dari anda sekalian amat diperlukan untuk meringgankan beban keluarga remaja ini serta penderitaan yg ditanggung beliau..

AKU INI LELAKI .. LELAKI INI ?

Assalamualaikum..




haha! macam macam En. Ben ni.. banyak idea betoi beliau.. kali ni En. Ben bukak segmen baru lagik.. kemarin dulu buka segmen utk kaum kaum hawa.. kali ni khas utk kaum kaum adam pulak.. di ulangi lagik sekali.. utk kaum kaum adam ja k.. bukan kaum kaum nyah.. hahaha! kalau da sapa sapa berminat nak join mai klik sini "AKU INI LELAKI .. LELAKI INI ?"

Jom Join BlogLarian

Assalamualaikum..




huh?  BlogLarian?? menatang pa pulak BlogLarian ni?? haha! yg pasti ni bukan menatang yer.. BlogLarian ni sebenaq nya satu laman blog jugak.. khas utk kaki kaki blogger yg suka blogwalking.. mesti ampa dah taw kot akan kewujudan BlogLarian ni kan.. especially blogger blogger yg dah lama berkecimpung dlm dunia blog ni.. apa? ampa tak taw? tak pa.. kalau ampa nak taw mai klik sini.. "bloglarian"..

kera buli rimau

Assalamualaikum..




huaa.. awat mengantuk semacam ntah malam ni.. selalu time time macam ni ok ja.. nak mengadap pc pon mata dah layu.. maybe sebab pekena nasi lauk kari kambing tadi kot.. maybe la kan.. haha! wokey malam ni BL takda apa apa kisah baru.. just nak share satu video yg BL ciplak dari youtube.. agak kelakar gak.. jom layan..

Isnin, 17 Januari 2011

Hanyut Angkara Ibu

Assalamualaikum..




hutang.. memang dasyat penangan hutang ni.. kerana hutang nyawa terancam.. kerana hutang hubungan di dalam kekeluargaan menjadi porak peranda.. kerana hutang juga seseorang sanggup melakukan apa sahaja.. BL baru terbaca muka depan keratan akhbar hari ni.. sungguh tak di sangka gara gara hutang seorang ibu sanggup menjual anak kandungnya sendiri.. sungguh menyayat hati membaca kisah hidup wanita ini.. siapakah yg harus di persalahkan dia jadi begini? padahal bukan pilihan dia untuk memilih jalan itu.. hurm.. 

Ahad, 16 Januari 2011

kisah si pengemis gila

Assalamualaikum..




hurm.. kejap ja kan masa berlalu.. pejam celik.. pejam celik.. sok dah hari isnin dah.. masing masing sibuk kembali.. dengan karenah anak anak nak ke sekolah la.. traffic jam time nak g keja la.. itu lah.. ini lah.. kan best kalau sok masih g hari minggu.. huhu..

aku ada kuasa luar biasa!

Assalamualaikum..




kahkahkah! sambil terbaring BL tergelak sendirian terkenangkan peristiwa semasa BL kecik kecik dulu.. sampai skang masih dok terpikiaq terpikir macam mana boleh jadi macam tu.. sebelum tu BL nak tanya korang percaya tak pada kuasa luar biasa.. ala macam cite superhero kat tv tu.. kalau korang percaya sila gelengkan kepala.. kalau tak percaya pon tak pa just tolong anggukkan kepala sudah la tanda tak setuju k.. haha! siyes peristiwa yg BL penah alami ni bukan cite rekaan k.. memang betoi betoi penah berlaku pada diri BL.. so korang nak BL cite ka tak??? kalau nak mari teruskan membaca k.. kalau tak minat pon tak pa.. tak da paksaan.. just klik button pangkah kat atas tu sudah.. huhu.. wat sedey pulak kan..

14 Tahun Menagih Dadah

Assalamualaikum..




bosan gak wei hari hari minggu macam ni tak taw nak watpa.. nak kuar jejalan kat luar fulus tak berapa nak ada.. last last dok depan pc jugak akhirnya.. memang dah jadi habit.. ibarat aur dengan tebing tak dapat dipisahkan.. haha! bila buka PC ja 1st thing yg selalu wat usha email dulu.. tengok kot kot da member antar apa apa ka.. then beralih usha laman berita pulak.. yg selalu menjadi pilihan berita harian ngan metro.. pastu kalau da idea baru buka blog.. kalau tak selalunya layan FB jap atau muat turun apa ja filem menarik yg ada.. 

Sabtu, 15 Januari 2011

kisah guru dan anak muridnya

Assalamualaikum..




fuh sodap pekena black pepper steak tadi.. lama tak makan.. dapat menambahkan lemak lemak di badan.. hehe.. malam ni BL nak share dgn korang pasal kisah seorang guru dengan anak muridnya.. sebelum tu BL nak tanya brapa ramai kat dunia blog ni merupakan seorang guru.. atau penah mejadi guru.. tak pon bakal menjadi guru.. tak kisah la.. guru tadika ka.. guru sandaran ka.. guru silat ka.. janji status sebagai seorang guru.. ada tak.. apa perasaan korang menjadi seorang guru? best ka.. tak best.. 

BEN ASHAARI ! MASIHKAH KAU INGAT ??

Assalamualaikum..




baru ja blk dari bekpes kat market seberang jaya tadi.. makan ringgan ringgan ja.. char koew tiaw kerang campur telor mata ngan segelas susu lembu ja.. balik umah buka pc.. usha blog.. terpandang menda ni.. wah! En. Ben wat segmen baru g.. macam best je.. BL nak join jugak lah.. saja suka suka.. lagi pon hari ni xda mood nak kuar g mana mana.. so layan p la segmen ni.. hehe.. kalau da sapa sapa berminat nak join jugak mai singgah sini.. "BEN ASHAARI ! MASIHKAH KAU INGAT ??"

GENG CABUT NYAWA

Assalamualaikum..




hurm.. BL x taw nak cakap apa dah.. mangkit pagi pagi.. buka pc.. then usha apa yg patot.. terbaca satu keratan akhbar metro hari ni.. seorang datuk di bunuh oleh cucunya sendiri.. apa nak jadikan zaman sekarang ni.. kes rogol la.. samun la.. rasuah la.. macam dah jadi habit sangat.. walapon semakin hari dunia semakin mencapai kemajuan.. namun dari segi moral sikap manusia itu sendiri seolah olah kembali ke zaman jahiliah..

Jumaat, 14 Januari 2011

JERAT WANITA

Assalamualaikum..




kahkahkah! tersenyum sinis BL baca keratan muka depan akhbar metro pagi ni.. macam kelakar pulak.. macam macam menda boleh jadi zaman la ni.. hurm.. licik jugak mamat ni.. sampai doktor pon boleh kena kelentong.. diulangi lagi.. doktor pon boleh kena kelentong beb!.. alahai.. cinta punya pasal kan.. apa saja pon sanggup.. dasyat penangan cinta ni.. tu belom lagi kes gadai maruah diri pulak.. demi cinta bukan.. gadai ja semua.. hurm.. tak paham.. tak paham.. 

Khamis, 13 Januari 2011

kisah awek di raba di dalam lif

Assalamualaikum..


haishh! penin.. penin.. mengapa leh jadi macam tu pulak? apa salah dia.. x paham.. x paham.. hurm? kali ni BL nak share ngan korang satu kisah seorang awek diraba di dalam lif pulak.. penin juga dok pikir pasal menda ni.. kalau sapa sapa taw mai tolong BL selesaikan masalah ni.. huhu..

kisah tiga orang sahabat

Assalamualaikum..




hurm.. lega akhirnya.. siap gak renovation dapuq umah.. lepaih ni sunyi blk la.. xda lagi bunyi tukul dan grill kedengaran.. haha! wokey kali ni BL nak share dgn korang kisah tentang 3 sahabat.. masing masing telah berkejaya.. memang kawan rapat diorang ni.. sejak dari bangku skolah g.. 

Rabu, 12 Januari 2011

lelaki, perempuan, dan ....

Assalamualaikum..




hurm.. korang penah da pengalaman x terserempak dgn menda menda pelik??? menda pelik yg BL maksudkan macam makhluk halus ka.. atau menatang pelik ka.. haha.. macam mana perasaan korang time tu??? sapa sapa yg da pengalaman macam ni mesti rasa macam nak luruh jantung ja kan.. yg masih lom rasa korang kira masih bernasib baek la.. ni BL ada satu cerita ngeri nak share dengan korang.. kisah ni berlaku kat sorang mamat yg dok kat area Ipoh.. jangan tanya BL mana dapat cerita ni.. sebab BL dengaq dari mulut ke mulut ja.. so kemugkinan cerita ni hanya rekaan semata mata atau betoi betoi berlaku.. terpulang lah pada korang nak percaya atau pon tak..

Selasa, 11 Januari 2011

MEREKA KATA

Assalamualaikum..


hurm.. tengah syok jejalan dari blog ke blog.. BL terpandang satu segmen yg di buka oleh seorang blogger yg x asing lagi Ben Ashaari.. mesti kenai beliau bukan.. siyes BL x sedar pulak da segmen ni.. so harap segmen ni masih lom tutup g.. sebelum ni penah gak join segmen 500 Blog ! tahun lepas.. tapi.. sekadar join aja lah.. x aktif pon.. sori ye En Ben :D agak bz sket time tu.. huhu.. so BL harap masih sempat g untuk BL join segmen kali ni..

WANITA Kurung 30 Pemuda Tampan

Assalamualaikum




hurm.. BL tak tahu nak kata apa dah.. macam macam sangat zaman la ni.. remaja dengan cara mereka.. berkhalwat la.. lumba haram la.. seks bebas la.. kes buang bayi la.. macam macam lagi la.. yg telah berusia lain pulak ceritanya.. dengan rasuahnya.. gila pangkat.. itu lah.. ini lah.. BL rasa semakin hari lagi menjadi jadi.. 
bukan bertambah baik tapi sebaliknya.. 

lalat oh lalat

Assalamualaikum



Isnin, 10 Januari 2011

Buang Ibu Demi Kekasih Asing

Assalamualaikum..




hurm.. mangkit pagi pagi usha blog ramai yg wat entry pasal anugerah AJL malam semalam.. da yg puas hati la.. da yg x setuju si dia ni menang la.. macam macam.. haha! terima ja kenyataan yg tahun ni rezeki Ana Raffali.. x payah kecoh kecoh sangat.. apa apa hal jiwa aku tetap dengan Loque.. 

Petua Kekal Menawan Pikat Suami

Assalamualaikum..




hurm.. aku malas nak pikir samada FB bakal ditutup atau tidak.. lantaklah samada bakal di tutup atau tidak kn.. pasal AJL 25 pon malas nk wat entry.. sebab aku tengok time kumpulan A.P.I. wat persembahan ja.. pastu terus on pc balik.. sempoi time opening lagu Pelita tadi.. cayalah Loque.. gua respect lu brader.. haha!

Ahad, 9 Januari 2011

FACEBOOK Bakal Di Tutup???? Bahagian 2

Assalamualaikum..








hahaha!.. seperti mana yg aku jangkakan.. gimik je semua ni.. hari ni semua pakat kecoh wat entry berita hangat yg mengatakan FB akan di tutup pada 15 Mac ni.. termasuklah aku.. huhu.. padahal ini semua hanya khabar angin semata mata.. hurm.. memang logik la.. mamat Mark Zuckerberg ni dah untung juta juta hasil dengan terciptanya FB.. xkan nak tutup buta buta macam tu ja.. damn! tahniah diucapkan kepada kaki kaki FB sekalian.. anda boleh teruskan gosip hangat di dunia FB.. yg mana sedang sibuk bertani di Farmville teruskan bertani puas puas ye.. sekian.. :D

FACEBOOK Bakal Di Tutup????

Assalamualaikum..








hurm.. skang ni leh kata ramai yg dah ada akaun Facebook Mukabuku bukan? dari budak budak sampai ke orang tua kompem masing masing dah ada.. kira kalau zaman la ni kalau xda FB ni kira kuno la kan.. yeke? apakah faedahnya ada akaun FB ni? penting sangat ker ada akaun FB ni?

Sabtu, 8 Januari 2011

Tolong! Tolong! Ada Budak Hilang!!!

Assalamualaikum..



PERHATIAN SEMUA!!!

mintak kerjasama korang.. 
jika da sapa sapa ternampak kelibat gambar budak di atas ni.. 
tolong hubungi FB "Norazuin Munaji".. 
tolong sebarkan info ini.. 
kerjasama korang amat dihargai..


p/s: aku dapat info ni dari blog BEN ASHAARI.. mai pakat ramai ramai tolong sebarkan info ni k.. :)

aku lupa! aku lupa! aku lupa!

Assalamualaikum..




aku lupa!!! aku lupa!!! aku lupa!!!

kahkahkah.. siyes sempoi layan raja lawak malam semalam.. putus usus perut gua gelak banyak sangat.. 
antara ramai ramai peserta semalam.. yg agak menarik perhatian gua mamat sorang ni.. nama apa tah! siyes buley lupa pulak! korang jengok jek gambaq kat bawah ni..

dimanakah GRUNGE menghilang?

Assalamualaikum..




hurm.. Grunge.. time zaman skolah dulu dalam sekitar tahun 90'an istilah Grunge ni amat popular di kalangan remaja terutama budak budak muzik.. kebanyakkan akan mengaitkan istilah Grunge dengan Kurt Cobain dan Nirvana.. adakah kurt Cobain dan Nirvana ini merujuk kepada Grunge.. jawapannya adalah tidak.. Kurt merujuk kepada vokalis kumpulan Nirvana.. manakala Nirvana merupakan kumpulan muzik yg membawa genre Grunge.. kalau begitu apakah istilah Grunge ini sebenarnya?

One Piece Di Dunia Sebenar!

Assalamualaikum





hurm.. n3 kali ni khas untuk kipas susah mati one piece.. juga popular dengan nama budak getah di Malaysia.. merupakan manga dan anime hasil karya Eiichiro Oda.. mengisahkan tentang sekumpulan sahabat yg belayar bersama sama untuk mengejar impian masing masing.. selama ni watak watak siri one piece ini hanya di peragakan dalam bentuk cosplay ja kan.. tapi kali ni siap ada restoren g.. 

Jumaat, 7 Januari 2011

Apakah Hukum Mandi Telanjang?

Assalamualaikum..




hurm.. kali ni aku nak kongsi hal berkaitan hukum agama pulak.. aku terbuka hati nak kongsi pasal isu ni setelah terbaca akhbar kosmo hari ni di ruangan soal jawab agama.. penah kah korang terdengar dari sapa sapa samada member member atau keluarga yg mengatakan jika kita mandi bogel telanjang maka amalan yg kita lakukan selama 40 hari tidak dikira? biar betul? cuba bayangkan selama 40 hari amalan yg kita dilakukan tidak diterima.. Nauzubillah.. mintak simpang jauh la.. persoalannya adakah benar fakta ini?

kisah seorang biduan

Assalamualaikum


hurm.. Kisah Seorang Biduan.. korang penah layan x lagu ni? amat terkenal sekitar tahun 70an' dulu.. sapa yg x kenal dengan penyanyi lagu ni bukan? merupakan hasil karya Dhalan Zainuddin, bekas penyanyi dan pelakon veteren yg amat terkenal dengan lagu Kisah Seorang Biduan ni.. beliau dilahirkan di Ipoh, Perak..

"mengapa aku wat blog?"

Assalamualaikum


aisey.. korang penah x kena sindir dgn kekawan yg mengatakan "korang ni buang masa ja wat blog?" atau "ala pompuan ja yg suka wat blog ni?" dan juga "baek layan fesbuk lagi baik dari wat blog?" dan macam macam lagi.. haha.. apa jawab korang kalau sapa2 persoalkan tentang tujuan korang wat blog especially orang yg dekat dgn korang mcm adik beradik atau member member??

Khamis, 6 Januari 2011

Magika

Assalamualaikum




hurm.. sambil sambil jejalan usha blog kekawan aku aku terbaca satu n3 sorang blogger yg di kenali L yg menyediakan link utk muat turun filem Magika.. dh lama filem ni.. tahun lepas punya.. filem ni merupakan arahan sulung Edry Abdul Halim bertemakan filem muzikal fantasi.. plot mengisahkan tentang dua adik beradik yg menemuai sebuah alam fantasi yg berasaskan pelbagai kisah dongeng, mitos dan lagenda melayu lama..

Asal Usul Budak Logam

Assalamualaikum..




tarik nafas! lepas! tarik nafas! lepas!

hurm.. selalu nya petang petang gini aku p keluar senaman apa yg patot.. tapi memandangkan kpala otak aku pon masih berpusing pusing macam kipas syiling.. maka melekat la aku kat depan pc.. huhu.. nk cerita apa pon idea x mai g.. so just nk kongsi la pasai pa aku letak nama budak logam kat blog ni.. kira nk menjawab soalan cik anishusna la pasai pa aku letak nama budak logam kat blog ni..

tension!

Assalamualaikum..


ktang! kting! ktung! prenggg! 

arghhhh!!!


iklan

Assalamualaikum..




hurm.. hari ni xde mood nak update n3 baru.. kpala otak tgh penin.. 
badan mcm xbrapa sihat.. asyik sakit ja aku ni kn..huhu ;(

so just nk promote kat korang satu blog ni.. wah bajet mcm la blog aku ni famous sgt kn.. :D
khas utk makcik makcik, anak anak dara, mak mak dara, mak mak datin, mak mak nyah.. aik termasuk gak ker?..

korang suke handbag x? kalau minat jemput ramai2 mai terjah blog ni k..


kalau minat support la k.. wokey chow :D

Selasa, 4 Januari 2011

"Langkah Langkah Yang Perlu Diambil Jika Berlaku Gangguan Bekalan Air"

Assalamualaikum..




hurm.. n3 kali ni masih g pasal air atau dlm bahasa utara kitaorg panggil "ayaq".. mmg leceh bukan bila xda ayaq air.. lebih lebih lagi time kena masalah gangguan bekalan ayaq air .. semua menda jadi tergendala bukan.. kalau time kena sekatan ayaq air ni apa yg hangpa korang wat??

H2O

Assalamualaikum..


air.. dlm hidup ni sapa yg x perlukan air? ada ka? kalau ada bukan manusia la tu.. sedangkan binatang dan tumbuh tumbuhan juga perlukan air untuk terus hidup.. air atau nama saintifiknya "H2O" merupakan sebatian kimia yg berada dlm bentuk cecair pada tekanan biasa pada suhu bilik.. air ini meliputi 70% daripada permukaan bumi..

Ludahan SYAITAN!

Assalamualaikum





hurm.. korang penah kena x gegata? sapa yg penah kena mesti taw kn mcm mana penangan kena gegata ni.. mmg x bleh tahan.. habis gatal satu badan.. bg sapa2 yg belom penah dengar gegata ni juga lebih dikenali sebagai kelopak garam.. gegata ni terjadi disebabkan alahan pada sesuatu samada makanan atau persekitaran kita..

Ahad, 2 Januari 2011

'kami diludah'

Assalamualaikum..


bengang! bengang! bengang!

terbakar hati dan perasaan ini setelah memebaca muka depan akhbar hari ini. memang menyayat hati bila terkenangkan peristiwa hitam yg menimpa skuad Harimau Malaya sebelum bermulanya perlawanan akhir piala AFF Suzuki di Indonesia. belum ada lagi dalam sejarah bola sepak dunia dimana pasukan bola sepak naik kereta perisai. 

kembali

Assalamualaikum..




haaashuummmm.. adoii terbesin g.. sedey kena selsema plak awai2 tahun ni.. :( nak wat mcm mana menda nk dtg.. sabaq ja la.. dh brapa helai tisu abih xtaw la.. huhu hari ni xda nk sampaikn apa2.. dok perah otak punya dok pikiaq masih x mai2 g.. xpa nanti da la tu kn.. huhu.. 

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)