~> KONSERT TERHANGAT DI PASARAN <~

Selasa, 18 Januari 2011

AKU INI LELAKI .. LELAKI INI ?

Assalamualaikum..




haha! macam macam En. Ben ni.. banyak idea betoi beliau.. kali ni En. Ben bukak segmen baru lagik.. kemarin dulu buka segmen utk kaum kaum hawa.. kali ni khas utk kaum kaum adam pulak.. di ulangi lagik sekali.. utk kaum kaum adam ja k.. bukan kaum kaum nyah.. hahaha! kalau da sapa sapa berminat nak join mai klik sini "AKU INI LELAKI .. LELAKI INI ?"






hurm.. kemarin segmen kaum hawa.. macam macam yg diorg luahkan.. kaum kaum adam ni macam ni lah.. macam tu lah.. kali ni mai dengaq luahan dari kaum kaum adam pulak yer.. hahaha!

kalau nak dibandingkan kaum kaum hawa dulu dengan sekarang memang banyak bezanya.. kalau zaman tok nenek kita dulu.. kaum kaum hawa jenis duduk umah ja.. nak kuar umah pon malu malu.. kalau ada tetamu mai umah diorag jengok jengok sikit ja kat tingkap.. mana reti nak ikut jantan p sana sini.. haha! tapi la nih tak macam dulu dah.. siap dengan pengkidnya.. bohsia lagi.. tu tak kira minah minah metal pulak.. wah! hebat! BL sangat kagum dengan diorang.. kahkahkah! zaman dah berubah kan.. kata diorang.. wah! zaman berubah so semua kena ubah la yer.. hurm.. tapi tak semua la kan.. hanya segelintir ja yg jadi macam tu.. kebanyakkannya banyak yg masih ok lagi.. masih fresh g.. segar dari ladang.. haha! yeke? yelah kot kan.. tepuk dada tanya tanya selera masing masing.. haha!.. :D

kaum kaum hawa zaman skang ni kebanyakkan ramai dah berkerjaya.. apa yg kaum adam boleh wat pon diorang dah boleh ikut dah sekarang ni.. wah! hebat.. memang hebat kaum hawa zaman sekarang ni.. malas nak cite dari segi akademik.. memang sah sah kaum hawa lebih ramai yg berjaya daripada kaum kaum adam kan.. alahai mana pi la kaum kaum adam ni.. nak wat macam mana kan.. huhu.. :(

cuma BL agak terkilan la dengan gelagat segelintir kaum kaum hawa yg amik ringgan dari segi akhlak diorang.. sebelum tu nak kasi taw ni just sekadar pandangan BL k.. tak da maksud nak kutuk sapa sapa.. yelah dari segi pemakaian korang boleh lihat sendiri ramai yg suka pakai pekaian yg jenis terdedah sana sini.. macam dah tak da rasa segan silu dah.. yg pakai tudung lagi la.. wat rosak imej Islam ja.. pakai tudung tapi pakaian.. peh! baik punya.. yg tak pakai tudung tu lagi tak maw kata apakan.. nak ditegur kang kena balik.. so biarlah urusan diorang dengan Tuhan kelak di Akhirat nanti.. malas nak komen banyak banyak.. semua dah besar panjang.. boleh pikir mana baik.. mana buruk kan.. hurm..

BL kalau boleh nak sangat jumpa kaum hawa yg jenis pandai jaga auratnya.. pandai jaga aurat bukan bermaksud nak kena pakai purdah k.. tak brapa boleh masuk dengan golongan yg materialistik.. memang mintak simpang la dapat jenis macam ni.. tak bleh masuk gak dengan golongan yg terlalu berfesyen melampau.. maksud BL pakaian pelik yg ntahapahapantah.. kalau jumpa jenis macam ni kompem BL siap siap angkat kaki lari.. suka jenis yg simple je.. janji boleh saling memahami antara satu sama lain.. huhu.. siapakah gerangan si gadis misteri ini??? hurm..

En. Ben mintak nyatakan wanita pilihan anda.. hurm.. sapa yer.. haha! sapa g kalau bukan mak BL sendiri.. bukan senang dapat mak macam ni.. mangkit awai pagi sebelum subuh sediakan makan pagi dan tengah hari untuk anak anak dia.. pastu pegi keja.. balik lewat petang.. malam masak pulak untuk anak anak dia.. BL memang bangga dapat mak macam ni.. sayang Mak! sapa yg tak sayang mak sendiri kan.. haha! :D

En. Ben jugak mintak bagi contoh wanita yg berjaya untuk kaum wanita zaman sekarang.. kalau nak diikutkan kaum hawa zaman skang ni memang sewajarnya di ikutkan contoh peribadi isteri Rasullullah S.A.W. kan.. dimana sebagai contoh macam Siti Khadijah yg sanggup mengorbankan harta benda demi menegakkan syiar Islam.. serta sangat menghormati dan setia dengan baginda Rasullulah S.A.W.. hurm.. kalau boleh ikut bagus la kan.. memang untung kalau da bakal bakal suami yg dapat isteri macam ni..

nasihat BL kepada anak gadis zaman sekarang.. jangan diikutkan sangat hawa nafsu tu.. pikir mana yg baik.. mana yg buruk.. korang tu nanti bakal jadi isteri orang.. dan bakal jadi mak budak kan.. so pikir pikirkan lah ye.. lain lah kalau korang dah memang plan nak jadi anak dara tua kan.. so kalau macam tu.. tak da masalah.. teruskan ja dengan perangai korang tu.. haha! :D

wokey sampai sini saja kot.. sekian.. wasalam.. :)


p/s: ini hanya sekadar pendapat peribadi.. tak da niat nak menyinggung persaan sapa sapa k.. :D

15 ulasan:

CNEN AFI (dream chaser) berkata...

point yg bernas n realistik takde sape nak marah. dunia dah tak lame..

LiyanaDeli berkata...

ehem2
nie la lelaki
nak demand2 jer
ha3

Nina Juliana berkata...

kalau tanpa angin masa kan pokok bergoyang..

McCat berkata...

nice teguran...maybe ada girl yg akn x puas hati but it is true..well pompuan ka laki ka both human yg slalu wat slh. xslh saling menegur. but kena pada caranya. but so damn true. girl today...hard to judge based on pemakaiannya. sopan tp wat jahat, pakai x sopan tp baik prangai...mcm2 kan. dunia2

liyana berkata...

haha..nice entry

Qaseh dalia adelia berkata...

insyaAllah Bl :)

yad'z berkata...

yad'z layak tak.. hahahaha.. kiddin2...hehe... urm... nice entry... kaum lelaki pon kene lah jadik pemimpin yang baik untuk dapat wanita yang baik...

quote : lelaki /wanita yang baik adalah untuk pasangan mereka yang baik jugak.. huhu

nur berkata...

Kalau makan cili pedasla kan..
Ini luahan ikhlas dari lelaki

Jemput keALL IN ONE
Follow u

Syarifah Nornazrah Al Yahya berkata...

nice entry. :)

mOoN berkata...

entry yang bernas dari pandangan sorang lelaki...;)

Syafiq Rosli berkata...

nice one bro

nazrul ashraff berkata...

perghh..berfalsafah inche BL kiter..huk huk huk..

niesz berkata...

bersyukur dgn ape yg ade..hehe..

Abhamz berkata...

salam, wah panjang lebar entri khas utk segmen BA ni....

NOOR FATIN berkata...

best entry ni. kasi 5 bntang. keh3

insyallah, smg dapat jodoh yang sebaik mak awak :)

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)