Ahad, 2 Januari 2011

'kami diludah'

Assalamualaikum..


bengang! bengang! bengang!

terbakar hati dan perasaan ini setelah memebaca muka depan akhbar hari ini. memang menyayat hati bila terkenangkan peristiwa hitam yg menimpa skuad Harimau Malaya sebelum bermulanya perlawanan akhir piala AFF Suzuki di Indonesia. belum ada lagi dalam sejarah bola sepak dunia dimana pasukan bola sepak naik kereta perisai. 



ditambah lagi dengan sikap biadap peminat Indonesia yg bertindak meludah Ketua Jurulatih Pasukan Bola Sepak Malaysia, K Rajagobal ketika keluar dari hotel penginapan. manakala Datuk Subahan Kamal juga dipukul kepalanya manakala pegawai perubatan dibaling objek keras ketika sesi latihan. 


beginikah layanan yg wajar diterima oleh skuad negara kita sedangkan ketika di Malaysia skuad Garuda diberi layanan yang istimewa di mana mereka diiringi polis dan menginap di hotel lima bintang di Seri Kembangan pada perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil.

kemenangan skuad Harimau Malaya menjuarai Piala AFF Suzuki adalah suatu kemenangan besar yg tidak ternilai kerana bukan sahaja telah mencipta sejarah menjadi juara selepas 14 tahun malah dapat membuktikan kepada rakyat Indonesia bahawa segala tekanan yg diberi mereka tidak memberi kesan kepada skuad negara utk terus mara. malah sikap tidak bertamadun mereka telah memalukan imej negara mereka sendiri.

apakah penyebab mereka bertindak sedemikian rupa? tidak sedarkah mereka bahawa berapa ramai rakyat mereka diberi peluang mencari rezeki di bumi Malaysia ini? jika beginilah sikap mereka terhadap kita, wajarkah kita menghormati mereka? 


jika ikut hati dan perasaan ini mahu sahaja menghalau rakyat negara mereka pulang ke nagara asal? manakala segala media seperti muzik, filem, dan sebagainya disekat daripada memasuki negara ini. namun apakan daya diri ini hanya insan biasa yg tidak mempunyai apa-apa.

"Kami diludah, dimaki hamun, digelar anjing, dipukul dan dibaling objek keras dan dilayan buruk tetapi itu sebenarnya yang membakar semangat pemain negara untuk menang dan mencipta sejarah negara" - Datuk Subahan Kamal (Pengurus pasukan bola sepak Malaysia)

"Sepatutnya kita dapat peluang untuk latihan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, tetapi dibatalkan atas alasan keselamatan" - K Rajagobal (Jurulatih pasukan bola sepak Malaysia)

"Banyak sejarah berlaku. Kita bawa pulang piala selepas 14 tahun, kita catat sejarah naik kereta perisai Baracuda ke stadium, umpama ke medan perang. Belum pernah dalam sejarah bola sepak dunia pasukan bola sepak naik kereta perisai" - K Rajagobal (Jurulatih pasukan bola sepak Malaysia)

"Bayangkan betapa panasnya berada di dalam Baracuda selama setengah jam sebab kenderaan perang tidak ada penghawa dingin. Itu semua dugaan yang menguatkan lagi semangat pemain untuk buktikan bahawa kita boleh menjadi juara walaupun menghadapi pelbagai tekanan” - K Rajagobal (Jurulatih pasukan bola sepak Malaysia)





BL: bukan tujuan aku hendak menimbulkan provokasi terhadap rakyat Indonesia sekadar meluahkan apa yg terbuku di hati. semoga kita dapat membuka mata atas sikap rakyat Indonesia terhadap negara kita.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lepas ni diorang pikirlah sendiri....

~SYAZ~ berkata...

mmg tak patot la dorang wat benda mcm tu..
bile pasukan mereka dtg tempat kita x de pon rakyat kita buat bende2 yg x baik mcm tu..

TimMie berkata...

sendiri malukan negara sendiri. patriotik konon. keep doing this to other countries as well, then tunggu la apa jadi kat diorang. malaysia kira berlembut lagi...

Udin berkata...

@azhar

betoi2.. mmg kena pikir blk apa tindakan yg diorg wat selama ni.. hurm

Udin berkata...

~SYAZ~

hurm.. itu la pasal.. apa masalah diorg dgn negara kite xtaw la.. heran sungguh..

Udin berkata...

@TiMmiE

haha! betoi, kalau dgn negara lain silap hari bulan perang la jawabnya.. nasib baek la org2 Malaysia ni baek2 belaka.. :D

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)