~> KONSERT TERHANGAT DI PASARAN <~

Ahad, 16 Januari 2011

kisah si pengemis gila

Assalamualaikum..




hurm.. kejap ja kan masa berlalu.. pejam celik.. pejam celik.. sok dah hari isnin dah.. masing masing sibuk kembali.. dengan karenah anak anak nak ke sekolah la.. traffic jam time nak g keja la.. itu lah.. ini lah.. kan best kalau sok masih g hari minggu.. huhu..


malam ni buka tv pon macam bosan ja.. tak da pa yg menarik.. nak main fesbuk pon macam bosan pulak.. macam ni lah BL.. time mai mood bosan tu.. semua menda yg best jadi tak best.. yg tak best jadi best pulak.. haaa.. macam mana tu?? hahaha!

nak kuar lepak pon badan macam penat ja.. puas bersenam petang tadi.. tunggu masa nak lelap mata ja ni.. haha! sebenarnya malam ni BL nak sentuh sikit pasal pengemis.. kadang kadang bila lalu kat super market ka.. pasar malam ka.. tak pon selekoh kat mana mana.. rasa sedih melihat kelibat diorang yg menaruh simpati dari orang ramai yg lalu lalang.. kadang kadang BL terpikir gak diorang ni tak da family ka.. kalau da mengapa golongan seperti ni terbiar begitu sahaja.. especially golongan warga emas dan OKU.. tak sampai hati tengok diorang.. hurm..

tapi BL sangat bengang kalau pengemis yg masih lagi boleh menggunakan tulang empat keratnya untuk mencari rezeki tapi sengaja mencari jalan mudah dengan mengemis di tepi jalan.. bukan nak prasangka yg bukan bukan.. tapi kalau dah keadaan tubuh badan pon ok.. kenapa memilih jalan nak jadi pengemis pulak kan.. orang lain sikit punya payah cari rezeki.. golongan macam ni senang senang ja dok saja tunggu duit masuk.. hurm..

tapi kalau pengemis jenis macam ni macam mana pulak?? haa.. jom layan kisah si pengemis gila ni.. haha!


di suatu petang yg damai Ali keluar berjalan jalan di sebuah pasar malam di sebuah taman.. sambil tengah asyik menijau segala juadah makanan dan barangan yg macam macam terjual.. tiba tiba ada sepasang tangan menarik seluarnya.. rupa rupanya seorang pengemis yg cuba menaruh simpati darinya..


Si Pengemis : encik! kasihanilah saya encik, saya ni orang bisu..
Ali : isk isk isk.. bisu rupanya.. kesian.. tak sangka orang bisu pon boleh bercakap ye?
Si Pengemis : alamak! saya tersilap cakap.. saya bukan bisu tapi pekak encik!
Ali : hai? tadi bisu ni pekak pulak? tak sangka orang pekak boleh mendengar ye?
Si Pengemis : alamak! silap lagi encik.. sebenarnya saya ni buta encik!
Ali : isk isk isk.. buta rupanya.. kesian

lalu Ali menyeluk poket seluarnya.. lalu mengeluarkan wang satu ringgit..

Ali : nah amik duit ni!
Si Pengemis : hai encik tak kan seringgit ja kot! bagila lima ringgit ka.. sepuluh ringgit ka!
Ali : hai? tadi kata buta! ni boleh nampak pulak!!!
Si Pengemis : Alamak! maaf encik.. sebenarnya saya ni gila encik!
Ali : ah! malas aku layan orang macam kau ni!




kahkahkah! memang tak bleh blah! dah la menipu! demand pulak tu.. :D






p/s: tangan yg memberi adalah lebih baik daripada tangan yg menerima.. :D

7 ulasan:

fathiahRAIHANA berkata...

dasyat gak r pengemis nie . buta pekak dan bisu .. tapi taw segala-gala . haha

udin berkata...

@fathiahRAIHANA

dasyat! mmg dasyat! pengemis alaf baru.. siap pakej g.. 3in1.. haha!

nazrul ashraff berkata...

huk huk huk..pengemis zaman sekarang..

Hagio Sae berkata...

tp gambar pengemis tu cute..hahaha~

Hagio Sae berkata...

tp gambar pengemis tu cute..hahaha~

udin berkata...

@nazrul ashraff

haha! :D

udin berkata...

@Hagio Sae

haha! senyuman mengoda tu.. :D

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)