Sabtu, 16 April 2011

Atlit Bunuh Bayi Sendiri Demi Olimpik

Assalamualaikum


KEJAM...Keli ketika tiba di mahkamah untuk mendengar hukuman ke atasnya, semalam.

SYDNEY: Seorang pemain polo air berbakat Australia yang dituduh membunuh bayi perempuannya bagi membolehkan dia menumpu perhatian untuk Sukan Olimpik Sydney dihukum penjara 18 tahun, semalam.


Mahkamah mendapati Keli Lane, 35, bersalah membunuh bayinya, Tegan, pada Disember tahun lalu.

Anak itu adalah hasil hubungan Keli dengan teman lelakinya dan kehamilan itu dirahsiakan daripada semua pihak, termasuk keluarga dan rakan sepasukannya.

Dia melakukan pembunuhan itu pada September 1996.

Sambil terus mendakwa dia tidak bersalah, Keli berkata, dia menyerahkan Tegan kepada pasangannya sejurus dilahirkan dan tidak pernah menjenguknya.

Bagaimanapun, hakim Mahkamah Agung New South Wales, Anthony Whealy, mendapati Keli bertanggungjawab atas kematian Tegan.

Kata Whealy, Keli - mewakili Australia sebagai pemain polo air junior - terdesak apabila membunuh Tegan yang sehingga kini tidak ditemui mayatnya.

“Daripada semua aspek, kes ini dilihat sebagai tragedi membabitkan ibu dan anak,” katanya.

Kata Whealy, hakikat bahawa Keli memusnahkan hubungan semula jadi di antara ibu dan anak akan terus menghantui hidupnya.

Dia kemudian menjatuhkan hukuman maksimum dan tanpa parol selama 13 tahun lima bulan.

Keli mendakwa dia menyerahkan Tegan kepada teman lelakinya sebelum mereka memutuskan hubungan tidak lama kemudian.

Namun, pendakwa berpendapat Keli membunuh anak keduanya itu kerana ia mengganggu kehidupan sosial dan kerjayanya, termasuk untuk mewakili Australia dalam Sukan Olimpik 2000.

Ketika perbicaraan, mahkamah diberitahu, Keli pernah memberi anak pertama dan ketiganya kepada pasangan lain untuk dijadikan anak angkat.

Dua lagi kehamilan berakhir dengan pengguguran. - AFP


sumber: myMetro

14 ulasan:

EqhaZin berkata...

bersukan dlm jail jela nmpknyer~

Udin berkata...

@eqhaZIN

haha.. tu la pasal.. konon boleh fokus sgt la sampai sanggup bunuh ank sendiri.. mcm2..

Unknown berkata...

itu mcm ka?

Miecyber berkata...

Ini bukan ibu manusia, tetapi ini lagi teruk dari ibu binatang.Sebab Ibu binatang pun sayang anak..


Kera serang bayi

s.y.a.r.q berkata...

budak logam, awak kene tag TQ (^_^)

GA Contest POLKA.espadrilla

SiS NaD berkata...

SaLaM ZiaRaH DaRi SiS... DaTaNG ZiaRah DaRi BLoG aBG BeN... Nak KoTaKan JaNJi TuK ZiaRaH RaKaN2 BLoGGeRS!~ (^_____^)V

JoM MeRiaHKaN DooNia BLoGGeRS MaLaYSia!~ (^_____^)V

Tanpa Nama berkata...

kenapalah ada manusia cam gni kan?..

Tanpa Nama berkata...

terlalu obses ngn kerjaya kot...

Udin berkata...

@af sembilan

haha.. mcm tu la bro..

Udin berkata...

@Miecyber

hurm.. tu la bro.. ni baru yg luar negara.. yg dlm negara kita pun dah mcm2 skang ni..

Udin berkata...

@s.y.a.r.q

thanks.. :)

Udin berkata...

@SiS NaD

welkem Sis Nad.. :) happy blogging k..

Udin berkata...

@senydream

huhu.. tu la kan.. mcm2 sgt skang ni.. yg kat dlm negara kita pun dah mcm2 kes.. hurm..

Udin berkata...

@Mr.IX

haha.. agak2 la.. kalau xnak ank tu kasi ja kat sapa2 yg nak.. ni sanggup pula bunuh..

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)