~> KONSERT TERHANGAT DI PASARAN <~

Sabtu, 9 April 2011

Gelanggang Maharaja Lawak Minggu Kedua Milik Jambu

Assalamualaikum




haha! ada siapa layan Maharaja Lawak malam semalam? amacam? okay? bagi aku keseluruhan persembahan okay la kan.. walaupun ada beberapa peserta yang masih di takuk lama.. apa apa hal aku puas hati.. terhibur la juga kan.. masa pembukaan tirai pon dah dijamukan dengan kehadiran si Ucop Wilcha.. kelakar mamat ni.. tapi kalau dia buat adegan ayunan tangan yang lemah gemalai tu lagi lawak kot.. kat mana nak beli baju kita bakor tu eh? macam menarik pula aku tengok.. hehe.. ;)


pada pandangan aku.. kumpulan Jambu ( Yus dan Tauke ) paling terbaik! siap boleh rewind balik lawak diorang.. gadingan si Yus dengan Tauke ni memang sempoi.. semoga korang boleh maju lagi.. persembahan Nabil pun sempoi.. mana ada lagi yang buat lawak jenis bersiri ni.. lawak minggu lepas sambung ke minggu ni.. terbaik! aku harap nabil antara bakal calon untuk finalis Maharaja lawak nanti.. persembahan Jozan ( Johan dan Zizan ) pun okay la.. tapi sebab diorang dah pernah buat lawak jenis ni masa jadi pengacara Raja Lawak.. maka bagi aku biasa aja.. tapi tetap kelakar.. hehe..

bagi aku untuk minggu ini persembahan Amir nampak ada penigkatan berbanding minggu lepas.. okay la kan.. semangat si Amir ini masih ada.. cuma si Man tu.. alahai.. sayang.. walaupun si Man ini Juara Raja Lawak musim ke lima.. tapi tersenarai antara lima peserta yang mendapat undian terendah untuk minggu ini.. sebaris dengan Amir, Jihan, Wai ( Kecik dan Idlan ), dan XN3.. siapa la antara mereka berlima ni yang bakal keluar dulu eh? keputusan di bawa ke minggu depan la pula.. bijak betoi astro buat marketing.. kalau nak tau.. kena langgan pakej mustika.. adoi.. astro.. astro.. jawabnya minggu depan aku layan Youtube aja lah.. kalau ada yang upload la kan.. huhu.. :(



3 ulasan:

daylachan berkata...

sokong jozan,sepah ngn balas!!

udin berkata...

@daylachan

wah! minat balas gak eh? hehe.. ;)

MiZ Rayy berkata...

Jambu terbaaaikkk... =)

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)