~> KONSERT TERHANGAT DI PASARAN <~

Jumaat, 22 April 2011

Kanak-Kanak Suka Tonton TV Terlalu Lama Berdepan Masalah Kesihatan

Assalamualaikum


MELBOURNE: Kanak-kanak yang terlalu lama menonton televisyen daripada had yang sepatutnya, kemungkinan besar berdepan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes dalam kehidupan mereka, penemuan kajian terbaru di Australia.


Kajian oleh penyelidik University of Sydney mendapati kanak-kanak berusia enam tahun yang menghabiskan masa menonton televisyen mempunyai arteri yang menyempit di belakang mata mereka.

Ini meningkatkan peluang mereka untuk mengidap penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes apabila usia mereka semakin meningkat, menurut kajian itu yang dikeluarkan pada Rabu.

Kira-kira 1,500 kanak-kanak yang berusia antara enam hingga tujuh tahun dari 34 sekolah rendah di Sydney menjalani pemeriksaan dalam kajian itu.

Mereka yang melakukan aktiviti fizikal paling kerap iaitu setengah jam sehari atau melebihi tempoh itu ternyata mempunyai arteri retina yang lebih lebar berbanding mereka yang melakukan aktiviti fizikal kurang daripada setengah jam sehari.

"Kami dapati kanak-kanak yang rajin melakukan aktiviti fizikal mempunyai profil mikrovesikel yang lebih baik berbanding mereka yang kurang melakukan aktiviti fizikal," kata Dr Bamini Gopinath, felo penyelidik kanan di Pusat Penyelidikan Penglihatan, University of Sydney.

"Ini membuktikan gaya hidup tidak sihat akan mempengaruhi mikroedaran yang awal dalam kehidupan dan meningkatkan ancaman terhadap penyakit jantung dan tekanan darah tinggi apabila usia semakin meningkat."

Menggantikan tempoh satu jam di hadapan televisyen dengan melakukan aktiviti fizikal membawa kepada perubahan yang besar, kata penyelidik itu.

"Bermain secara percuma harus digalakkan dan sekolah harus menetapkan mandatori dua jam seminggu untuk aktiviti fizikal kanak-kanak," kata Dr Gopinathyang berasal dari Sri Lanka.

"Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak mereka agar bergerak dan larang mereka daripada duduk terlalu lama di kerusi." - BERNAMA


sumber: mStar Online

Tiada ulasan:

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)