Jumaat, 29 April 2011

Rumah Tok Wan Dilanda Banjir

Assalamualaikum


dalam hidup ini kadang kala baik.. kadang kala sebaliknya.. mungkin hari ini kita tersenyum.. tapi ada juga yang merintis kesedihan.. namun sama ada suka atau tidak harus gagah tempuhi jua liku liku kehidupan ini.. peh! apsal tiba tiba berpunjangga pula BL nih.. haha! macam ini.. sebenarnya pagi tadi lepas subuh dapat panggilan dari mak.. heran juga ingatkan mak terlupa apa apa ka.. yelah pagi pagi selepas subuh dah keluar pergi kerja kan.. mak cakap rumah tok wan (datuk BL) masuk air.. terdiam seketika bila mendapat panggilan tu.. jarang sebelum ini kampung BL dilanda banjir..


lalu dengan pantas terus bergegas ke rumah tok wan.. tergaman seketika.. dapat melihat di depan mata aliran air mengalir begitu deras sekali.. terus bergegas masuk ke rumah tok wan tanpa memberi salam.. dapat melihat mak tok (nenek BL) dengan tangan terketar ketar cuba mengangkat kapet dan tikar di ruang tamu rumah.. ketika itu tok wan tiada di rumah.. masih lagi belum pulang dari masjid.. maka BL pun tolong la apa yang patut.. kemuadian adik BL datang juga.. dia ponteng sekolah hari ini.. sebab sekolah dia pun nak air juga.. lalu BL dengan adik la yang membantu mak tok alihkan apa apa yang patut barangan yang sedia ada.. fuh! penat.. penat.. bukan senang woooo nak angkat segala kabinet dan almari kat dalam rumah tu..

dalam pukul 8 lebih macam tu baru tok wan balik.. terkejut juga dia bila tengok bawah rumah dah dipenuhi air.. hari ini sehari suntuk BL dekat rumah tok wan aja.. dari pukul 6 lebih macam tu sampai nak dekat masuk waktu zahor.. penat tu tak mau kata la.. benda dah nak jadi.. sama ada suka atau tak kena terima la.. nasib baik la pak tih (bapa saudara BL) balik.. ringgan sikit beban nak tolong bersihkan rumah tok wan yang dilanda banjir ini..

hurm.. macam ini eh rupanya penangan bila air masuk rumah.. rasa bersyukur sangat sangat kerana nak dibandingkan banjir dekat kampung BL ni tak lah seteruk banjir yang pernah berlaku di Johor dan Kedah.. diorang lagi kasihan.. habis rosak harta benda.. apa apa pun ni pengalaman pertama BL dalam situasi banjir.. walaupun tak la seteruk mana.. hehehe.. bersyukur juga sebab rumah BL atas tanah tinggi.. cuma beberapa buah rumah aja di kampung BL yang menjadi mangsa banjir ini.. alhamdulillah.. syukur.. tiada apa apa kemalangan yang berlaku.. :)

keadaan dalam rumah tok wan semasa banjir berlaku..





BL: segala musibah yang berlaku atas kehendakNya.. :)

2 ulasan:

Unknown berkata...

nasib baik tak teruk.at least x de lah byk rosak.sabar ye.dugaan.

p/s nasib baik rumah wan tak pernah banjir.syukur.

Udin berkata...

@wan

thanks bro.. nasib baik la tak teruk sgt.. cuma agak penat juga la nak cuci segala kapet dgn tikar kat dlm umah tu.. hehehe..

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)