Isnin, 18 April 2011

Tukar Menu Baru Untuk Cegah Obesiti?

Assalamualaikum


PENGUSAHA kantin bukan sahaja perlu mengurangkan kekerapan menjual nasi lemak tetapi juga makanan ringan yang digoreng seperti nugget. - Gambar hiasan


SUBANG JAYA - Kerajaan menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah di seluruh negara bagi membendung risiko semakin ramai pelajar mengalami masalah obesiti.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu semalam menegaskan, pengusaha kantin juga hanya dibenarkan menjual nasi lemak sehari dalam seminggu.

Walaupun beliau menganggap nasi lemak mempunyai khasiatnya sendiri, pengambilan makanan itu secara kerap dan berlebihan akan mendorong seseorang itu mengalami obesiti.

"Peraturan melarang penjualan makanan tidak berkhasiat ini termasuk air bikarbonat bukan sahaja melibatkan pengusaha kantin tetapi juga penjaja lain di sekitar kawasan sekolah,'' katanya pada sidang akhbar selepas Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan peringkat kebangsaan ke-5 2011 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.


sumber: Kosmo!


hurm.. apa pendapat korang? perlukah menu ditukar secara menyeluruh? adakah masalah obesiti ini akan kurang jika langkah ini dilaksanakan?

pada pandangan aku tidak salah jika langkah ini dilaksanakan kerana tidak dinafikan makanan yang kurang berkhasiat juga antara punca obesiti dikalangan murid sekolah.. tapi jika difikirkan semula pada sekitar tahun 80-an dan 90-an dahulu kita dijamukan menu yang sama bukan? tapi mengapa tidak timbul masalah obesiti ini?

hal ini kerana murid sekolah hari ini kurang aktif bersenam? mengapa aku kata sedemikian? jika dahulu pada setiap petang boleh kita lihat di padang permainan penuh kanak kanak dan remaja bermain di padang.. tapi kini hanya segelintir sahaja yang kita lihat bermain di waktu petang bukan?

mengapa hal ini terjadi? sebab kebanyakkan murid sekolah hari ini lebih gemar habiskan masa bermain permainan komputer di rumah atau pusat komputer berbanding budak sekolah sekitar tahun 80-an dan 90-an dahulu yang aktif dengan aktiviti diluar..

maka gaya hidup memainkan peranan penting sebagai langkah untuk mencegah masalah obesiti ini.. jika seseorang itu rajin bersenam, menu permakanan juga seimbang, maka tidak dinafikan masalah obesiti ini dapat dicegah bukan?

sekadar pandangan peribadi.. sekian, wassalam.. :)

4 ulasan:

Fyqa berkata...

nafsu kuat makan tetap juga boleh jadi obes tu..

Luqman Zakaria berkata...

bgus gk nih...huhu

arepnakbebel: tutorial letak BLOG dalam ENTRY!!

Udin berkata...

@fyqa

haha.. tu antara punca gak.. ;)

Udin berkata...

@arep

huhu~

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)