~> KONSERT TERHANGAT DI PASARAN <~

Jumaat, 15 April 2011

BEN ASHAARI AJAK JADI BUDAK BUDAK SAT !

Assalamualaikum






haa.. jom layan nostalgia jadi budak budak sat.. amacam? minat? nak join klik aja header kat atas tu.. okay..


APAKAH KAREKTOR KARTUN YANG PALING KORANG MINAT DAN KENAPA?




korang pernah dengar siri anime ni.. Hajime no Ippo.. aku memang minat siri anime ni.. dalam banyak siri anime yang aku layan.. siri ni antara yang dapat menarik minat aku.. sebab mengisahkan watak seorang budak sekolah yang dikenali sebagai Ippo.. dia ni selalu menjadi mangsa buli di sekolah.. hendak dijadikan cerita.. suatu hari ippo ni telah bertemu dengan seorang jaguh tinju yang dikenali sebagai Takamura yang sedikit sebanyak telah mengubah diri Ippo.. sejak itu Ippo mula berjinak dalam dunia tinju.. apa yang menarik sangat dengan cerita ini ialah kegigihan watak Ippo yang tidak pernah kenal erti putus asa.. walaupun sering bertemu dengan pelbagai cabaran dari pihak lawan.. si Ippo ni juga seorang yang merendah diri walaupun telah bergelar Juara Tinju.. jika ada siapa yang minat layan siri anime jenis sukan.. aku cadangkan korang layan siri Hajime no Ippo ni.. hehe..


APAKAH KARTUN PALING KORANG TAK MINAT LANGSUNG NAK TENGOK dan kenapa?




aku cukup tak suka dengan siri animasi ni.. tengok gambar pon korang sudah tahu kan.. bukan apa sebab jalan cerita pun ntahapahantah.. tak habis habis setiap episod asyik cari binatang pelik pelik tu.. dan siri Pokemon ni juga ada makna makna tersirat bagi nama setiap watak yang tidak sewajarnya ditontonkan kepada kanak kanak..


Jika aku SUPERHERO ,AKU NAK JADI




korang kenal tak watak dekat atas ni? masa aku kecil dulu memang fanatik sangat dengan siri Kamen Rider Black atau dalam bahasa inggeris Masked Rider Black.. kalau dekat Malaysia lebih dikenali sebagai Satria Baja Hitam.. aku pun heran kenapa dinamakan sebagai Baja Hitam.. rasanya kalau letak nama Penuggang Bertopeng Hitam lagi sempoi kot.. hehe.. sebenarnya aku ada buat satu blog khas untuk peminat siri Kamen Rider ni.. cuma segan aja nak promote.. aku cuma promote blog ni dekat laman Facebook yang berkaitan aja.. kalau nak tahu ni lah blog yang aku cakap tu.. sini.. korang jangan gelak dekat aku pula.. siyes aku memang fanatik dengan siri kamen rider ni.. huhu..

2 ulasan:

saya YANA berkata...

dulu selalu gak tengok pokemon tu.. dulu la.. sekarg da tak.. hehe..

udin berkata...

@saya YANA

hehe.. masa kecik2 dulu main layan aja semua.. biasa lah budak2 kan.. ;)

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)