huhu.. dah hampir setahun lebih aku berpisah dengan si dia.. namun demi hari esok.. aku membuat keputusan untuk merujuk kembali dengan si dia.. semasa di kampus dulu.. si dia sentiasa menemani aku.. walaupun kadang kala aku merasa sangat meluat untuk menatap wajah si dia.. tapi si dia tetap cekal hari melayan karenah aku ni..
setelah tamat pengajian di kampus aku mengambil keputusan untuk berpisah dengan si dia.. walaupun aku tahu keputusan aku itu telah melukan hati si dia.. tapi kini aku terpaksa mengubah pendirian aku ni.. aku perlu membuang persaan ego aku itu.. aku perlu merujuk kembali dengan si dia..
khabaran berita yang aku baru terima ni memaksa aku untuk kembali kepada si dia.. aku mula mencari si dia di serata pelosok.. akhirnya aku bertemu kembali dengan si dia.. walaupun segan hati ini ingin meluahkan persaan hati kepada si dia.. tapi demi hari esok.. aku perlu menerima si dia kembali disisi..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V
si dia
oh tidak.. berat hati aku untuk menelaah semula buku ni.. tapi disebabkan esok pagi ada interview apa ntah dengan syarikat apa ntah.. maka mau tak mau aku kena jengok jengok sikit la apa yang patut.. huhu.. :(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan