Isnin, 21 Mac 2011

Apakah Hukum Nikah Di Masjid?

Assalamualaikum


hurm.. ramai sudah baca belum tentang kenyataan akhbar kosmo bahawa "amalan nikah di masjid di dakwa amalan kristian".. sini.. maka aku ada jumpa satu artikel berkaitan hukum akad nikah di masjid..
untuk lebih kepastian sila baca artikel ni..




Tidak ada keterangan bahawa Rasulullah S.A.W dan para sahabat serta para salihin mengadakan akad nikah di masjid, andaikan itu disyari'atkan pasti mereka akan beramai-ramai melakukannya. Adapun hadits yang berbunyi;

"Umumkanlah pernikahan ini, dan jadikan (akad nikah) itu di masjid-masjid, serta pukullah padanya duf (rebana)."

Maka hadits di atas adalah DHO'IF atau LEMAH, kerana dalam sanadnya ada perawi yang lemah iaitu 'Isa bin Maimun al-Anshori, bahkan Abu Hatim rahimahullah mengatakan dia perawi Matrukul Hadits (haditsnya ditinggalkan atau tidak dipakai).

Hadits ini juga didho'ifkan oleh Al-Albani rahimahullah dalam Silsilah al-Ahadits adh-Dho'ifah 980, dengan alasan di atas, lalu beliau mengatakan; "Adapun Tirmidzi menghasankan hadits ini, maka hal itu jika dilihat dari potongan pertama hadits (tentang perintah mengumumkan pernikahan), sesungguhnya potongan pertama dari hadits ini memang ada penguatnya dari jalan Abdullah bin Zubair, oleh kerana itu Imam Tirmidzi menuliskan hadits ini dalam Sunannya pada bab "Mengumumkan Pernikahan", adapun potongan hadits setelahnya maka aku (al-Albani) tidak menjumpai penguatnya, oleh kerana itu hadits ini hukumnya MUNGKAR."

Akan tetapi, itu bukan bererti akad nikah di masjid dilarang, kerana asal hukum akad nikah itu sah dilakukan dimana saja termasuk masjid, maka akad nikah di masjid tidak dilarang dan kita tidak boleh mengatakan itu adalah sunnah ataupun afdal, kerana tidak ada dalil yang sah dari al-Qur'an dan Sunnah. Jadi apabila Rasulullah S.A.W pernah menikahkan seorang wanita yang datang ke masjid, maka di sini hukum akad nikah di masjid adalah menjadi HARUS, bukannya sunat ataupun haram.

Untuk masakini, saya lebih cenderung kepada sebaik-baiknya akad nikah diadakan di rumah perempuan, kerana lebih mendekati sunnah dan dapat mengelakkan pelanggaran adab yang berlaku di dalam masjid. Seringkali, apabila berlaku akad nikah di masjid, terdapat yang mendedah aurat, bergaul bebas, tidak solat tahiyatul masjid. Tidak kurang juga yang merokok, berada didalam keadaan berhadas besar (contohnya Haid bagi perempuan)kemudian diiringi hilai tawa dan percakapan sia-sia dalam masjid. Sebaik diakad nikah, pasangan melakukan acara membatal wuduk di dalam masjid. Jika di rumah kan lebih bagus? Itu belum termasuk, sebaik di akad nikah, suami isteri terus bersalaman tidak kira mahram atau tidak, kerana orang-orang yang hadir ke majlis itu belum dikenali dan diketahui status hubungannya.

Walaubagaimanapun, Jika ingin juga akad nikah dilakukan di Masjid maka jagalah peringatan-peringatan berikut....

1. Jika pengantin perempuan uzur syar’ee maka wali boleh menjemput jurunikah terlebih dahulu datang ke rumah untuk wali meminta izin dan menyerahkan wakilnya kepada jurunikah.
2. Perlu ada di dalam majlis itu ialah jurunikah, wali, 2 orang saksi sebelah perempuan dan pengantin perempuan.
3. Pengantin perempuan yang uzur itu hadir juga ke masjid pada hari akad nikah tetapi tidak boleh masuk ke dalam masjid.
4. Barang-barang hantaran diserahkan selepas akad nikah di rumah pengantin perempuan.
5. Hanya mas kahwin yang dibawa ke masjid.
6. Penyerahan mas kahwin suami kepada isteri boleh dibuat di rumah pengantin perempuan.

Dan ingatlah, keutuhan rumah tangga yang dibina itu bukan bergantung pada dimananya anda melakukah akad nikah, tetapi ianya bergantung kepada keberkesanan IMAN suami dan isteri...

Wallahualam...


sumber: sini


boleh juga merujuk tentang isu ni di sini:



p/s: hurm.. aku sekadar berkongsi sahaja.. untuk lebih kepastian.. sila rujuk kepada para ustaz dan alim ulama yang lebih arif tentang hukum nikah di masjid ni.. sekian.. wassalam.. :)

4 ulasan:

Mr. N berkata...

kalau aku..aku lebih nak buat kat rumah...rsenye lebih bebas......~

(Qiqie ♥) berkata...

nak share bley?

Udin berkata...

@sembil9n

haha.. terpulang pada keselesaan masing2.. janji selamat diijab kabul sudah.. :D

Udin berkata...

@(Qiqie ♥)

okay.. =)

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)