~> KONSERT TERHANGAT DI PASARAN <~

Rabu, 16 Mac 2011

bersama semula

Assalamualaikum


terkenang, terbayang,
tak dapat aku lupakan,
tapi sayang semuanya tinggal kenangan.


teman ku, kasihku,
ku ingin seperti dulu,
bersama menjelajah dunia.

kekuatan, kebanggaan,
bebas dan terus berjalan,
kenangan tak mungkin aku lupakan.

aku harap teman semua
dapat bersama semula
perjuangan kita masih belum pudah

kemananya
teman setia
perjuangan…

ku ingin kau semua…
bersama semula…


hurm.. bersama semula.. lirik lagu ni memang memberi makna pada diri aku.. lirik ni membuatkan aku terkenangkan kenangan bersama member2 masa study dekat kampus dulu.. rindu aku dekat diorang.. ntah apa la yang diorang buat sekarang ni.. sekarang ni hanya FB la medium untuk borak2 bersama mereka.. ntah bila la nak jumpa dengan diorang balik.. 

kini dah setahun lebih aku tamat pengajian di kampus.. tapi tak banyak perubahan pada diri aku.. aku masih lagi seperti mana diri aku yang dahulu.. aku masih lagi fanatik dengan siri anime dan tokusatsu yang ntahapahapa tu.. masih lagi dengan jiwa grunge aku tu.. pergi mana2 still dengan imej serabai.. rambut tak pernah sikat.. masih lagi single.. sampai member2 aku pernah cakap aku ni songsang.. sebab tak nak cari awek.. haha! 

bukan aku tak nak cari.. tapi aku masih belum besedia untuk itu semua.. biarlah buat masa ni.. aku dengan diriku.. tapi yang pasti aku harap sangat suatu hari kami dapat berkumpul bersama semula.. yeah! sentimental pulak malam ni.. huh!


2 ulasan:

cik pulau berkata...

sesungguhnya.. saat bersama teman-teman memang satu kenangan terindah,..
walau jauh berpisah..
kenangan akan tetap abadi selamanya..
cik pulau sayang member2 cik pulau.. ^^,

tak salah pun kalau nak sentimental ke hape, lalala~ ^^,

udin berkata...

@cik pulau

sekali sekala nak sentimental jugak.. baru feel.. hehe.. yup.. kenangan bersama member2 memang saat paling indah.. rasa sempoi ja bila dengan diorang.. ;D

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)