Selasa, 10 Mei 2011

Penangan Dangdut Rimba

Assalamualaikum


dangdut rimba? benda apa ini? genre muzik baru kah? haa.. dangdut rimba ini merujuk kepada sebuah restoren dalam ladang ternakan di atas bukit di Lubok Cina.. pada asalnya restoren ini berkonsepkan keluarga tapi kini menjadi 'kelab dangdut rimba' yang menyediakan kemudahan karaoke sehingga menimbulkan gangguan kepada penduduk kampung berhampiran..





ALOR GAJAH: Kewujudan sebuah restoran dalam ladang ternakan di atas bukit di Lubok Cina di sini yang menyediakan kemudahan karaoke menimbulkan gangguan kepada penduduk kampung berhampiran kerana ia kini menjadi ‘kelab dangdut rimba’ dan bukan lagi restoran berkonsepkan keluarga.

Premis itu yang terletak agak tersembunyi dengan lokasinya hampir dua kilometer dari jalan utama menjadi tumpuan bukan saja golongan muda tetapi juga warga emas untuk berdangdut di bawah cahaya lampu samar-samar.
Difahamkan, premis itu beroperasi menggunakan lesen perniagaan kedai makan dan karaoke, namun pada masa sama pengusahanya menyediakan kemudahan kepada pelanggan untuk menari dangdut sehingga lewat pagi sebagai daya tarikan.

Tinjauan Harian Metro mendapati, berikutan lokasinya jauh di dalam ladang, pelanggan termasuk dari luar negeri ini perlu menyusuri laluan gelap ladang kelapa sawit sebelum sampai ke situ.


Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan (JKKK) Kampung Titian Bitanggor, Ahmad Bakar berkata, ketika mula dibuka dulu, premis berkenaan beroperasi sebagai tempat hiburan berkonsepkan keluarga.


BERDANGDUT...pelanggan lelaki dan wanita leka berjoget tanpa menghiraukan pelanggan lain menjamu selera.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


sumber: myMetro

Tiada ulasan:

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)