Rabu, 4 Mei 2011

Sampai Bila Amalan Seperti Ini Akan Berakhir?

Assalamualaikum


rambut sama hitam, tapi hati lain lain.. jika dahulu disangka kawan, tapi kini menjadi lawan.. wah apa hal tiba tiba ayat pujangga pula kan.. hehehe.. sebenarnya baru aja layan ekspose mistik tadi.. ngeri gak tengok reaksi pompuan yang kena rasuk itu.. kalau tiada ilmu di dada bukan senang nak lawan dengan makhluk halus ini.. selagi hasad dengki masih ada maka segala amalan khurafat ini tidak akan lenyap dari muka bumi ini.. huh!


kebanyakkan mangsa yang sering terkena penangan sihir, santau, pukau dan macam macam lagi adalah golongan wanita.. namun tidak dinafikan golongan lelaki pun ada juga yang terkena.. kebanyakkan kes seseorang itu di santau disebabkan oleh perbuatan orang sama ada untuk membalas dendam, hasad dengki atau untuk tidak memudaratkan diri disebabkan mengamalkan ilmu ilmu tertentu.. akibatnya mangsa yang tidak bersalah yang menderita akibat penangan santau ini hingga ada yang melibatkan kematian..

persoalannya adakah dengan bertindak 'menyantau' seseorang sedemikian rupa dapat menyelesaikan masalah? jawapannya tidak kerana disatu pihak hanya sekadar melepaskan geram dengan perbuatan 'santau'nya, manakala yang menjadi mangsa seksa menanggung derita akibat kesan santau tersebut.. padahal tidak membawa apa apa jalan penyelesaian.. namun itu lah yang sering terjadi.. sampai bila la pemikiran seperti ini akan berakhir.. bila seseorang itu maju sedikit maka disantaunya sampai habis tergendala segala yang diusahakan.. janji dapat lihat orang itu sama jatuh.. hurm.. kalau beginilah pemikiran.. sampai bila tak akan maju.. di tahap itu lah sampai bila bila..

ingatlah setiap perbuatan kita di muka bumi ini akan dibicarakan di akhirat kelak.. di bahu kira dan kanan kita akan dicatatkan segala amalan kita di muka bumi ini.. mungkin di dunia ini kita boleh tersenyum lebar melihat kesengsaraan orang lain.. tapi di akhirat sana nantilah seksaan yang amat pedih dari Allah S.W.T..

4 ulasan:

fRaMe+LenSeS berkata...

moga kita dijauhkan bro. :D

Udin berkata...

@nadh

ya.. moga2 mcm tu bro.. :)

semutsengal berkata...

hoh, tau takpa . cetek sungguh pemikiran.. ;)

Udin berkata...

@muhamad hanif

hehe.. betul2.. ;)

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)