Jumaat, 6 Mei 2011

Bieber Kena Baling Telur Di Pentas

Assalamualaikum


Remaja ditahan pecah bumbung dewan konsert

SYDNEY: Seorang remaja Australia didakwa semalam kerana memecah masuk dari bumbung sebuah arena konsert supaya dapat membaling telur ke arah bintang pop sensasi Kanada, Justin Bieber, yang meneruskan persembahannya tanpa sebarang masalah.


“Bieber sepatutnya dipuji kerana meneruskan persembahan yang menghiburkan penonton,” kata akhbar The Vancouver Sun.
Penyanyi berusia 17 tahun yang menjadi kegilaan jutaan peminat itu mengadakan jelajah Australia, disambut dengan gadis yang menjerit dalam persembahan, namun enam telur dibaling ke arahnya ketika persembahan single pertamanya One Time dalam konsert Jumaat lalu.

Semua telur itu tidak mengenainya dan beliau berjaya menghabiskan lagu itu sebelum berehat.

Pengendali konsert Acer Arena membuat aduan kepada polis selepas menyedari insiden itu yang didedahkan laman rangkaian sosial.

Australia Associated Press, melaporkan seorang penduduk tempatan berusia 17 tahun di sini ditahan di rumahnya awal pagi semalam dan didakwa dengan tuduhan memecah masuk, menceroboh dan melakukan kerosakan. Dia dikenakan ikat jamin dan dijadual hadir di mahkamah kanak-kanak, 2 Jun depan.
Menurut MTV News, Beliebers, kumpulan peminat Bieber, segera menulis dalam Twitter untuk mengutuk tindakan membaling telur.

“Ke hadapan mereka yang membaling telur kepada @justinbieber di Sydney, anda kini mempunyai lebih sembilan juta Beliebers memburu anda, tolong rasa takut! Kami akan buru anda lebih gigih daripada biasa!”

Bieber meneruskan jelajah ‘My World’ dengan satu lagi persembahan di Melbourne, Selasa lalu. Ia bukan kali pertama bintang terkenal itu dibaling, kali pertama ialah dua tahun lalu apabila dibaling botol air ke arahnya.

Menurut laman web Popeater, sesetengah peminat percaya insiden membaling telur mungkin kerja orang dalam kerana telur kelihatan jatuh betul-betul dari atas pentas. – Agensi




BL: macam macam.. macam mana reaksi si bieber ini agaknya kalau telur telur tu jatuh tepat atas kepala dia kan.. hahahahaha.. ;)

Tiada ulasan:

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)