Isnin, 9 Mei 2011

Esok (10 Mei 2011) Harga Gula Naik 20 Sen

Assalamualaikum




Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei).


Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.

"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.


Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).

Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.

Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1.

Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu.


sumber: Malaysiakini


BL: adoii.. mampuih pokai lepas ni.. minyak naik.. itu naik.. ini naik.. lepas ni apa pula nak naik??? naik lagi.. naik lagi.. jangan sampai rakyat naik minyak sudah..

4 ulasan:

Abu Bagi berkata...

wah naik lagi..nasib baik aku tak makan gula..hahaha
mampu tak makan gula?..:)

Unknown berkata...

skrang gula dah naik jgn pula makanan atau minum yang perlukan gula naik juga huhu

Udin berkata...

@ABU

haha.. kalau jenis tak mkn gula takpa la tak terasa sgt.. tapi jarang ada golongan mcm ni.. kebanyakkan sgt bergantung pada sumber gula.. bila harga dah naik akn memberi tamparan hebat kpd pengguna.. hurm..

Udin berkata...

@Manja

tapi selalunya kalau salah satu sumber naik harga sama ada minyak, gula dan beberapa barangan yg lain.. sudah tentu golongan perniga akan naikkan harga makanan dan minuman juga.. selalunya mcm tu la kan.. hurm..

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)