Ahad, 14 Ogos 2011

Lelaki Usia Emas Dangdut Sampai Sahur

Assalamualaikum


Hurmmm.. Entah la.. Patut bulan Ramadhan yang mulia ni berlumba lumba cari pahala.. Tapi ada juga segelintir mereka mereka ni yang berlumba lumba cari dosa.. Hasih! Korang dah baca belum akhbar metro hari ni? Kalau belum isu kali ni tentang golongan lelaki belang termasuk yang dah berusia emas sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan leleki Islam dengan berfoya foya di sebuah kelab dangdut di ibu kota Kuala Lumpur sampai sahur pada bulan Ramadhan yang mulia ini.. Sungguh memalukan!






KUALA LUMPUR: Memalukan apabila ramai lelaki hidung belang, termasuk berusia emas, terperangkap dengan pakej ‘dangdut sampai sahur’ di sebuah kelab dangdut terkenal di ibu kota hingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan lelaki Islam pada bulan mulia ini.

Nyata lelaki terbabit longlai dengan tarikan istimewa di kelab itu. Keadaan itu tidak mengejutkan kerana hanya dengan bayaran RM40 sejam, pelanggan bukan saja boleh mendapatkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) ‘bergetah’ sebagai teman berhibur, malah menemani mereka bersahur dan di bilik tidur.

Wartawan Metro Ahad yang menyamar sebagai pelanggan di kelab itu mendapati khidmat hiburan ditawarkan menarik perhatian, terutama mereka yang lemah iman.

Dibuka seawal jam 9 malam, pelanggan boleh menempah mana-mana 20 pelayan yang sedia menemani hingga ke pagi. Layanan diberi juga terserah kepada pelanggan, sama ada ingin berhibur di bilik karaoke atau menjadi teman menari dangdut sampai ke pagi.


Berdasarkan perbualan bersama seorang pelayan, dia bersetuju dibawa ke mana saja destinasi diingini, asalkan pelanggan sanggup menanti sehingga tamat waktu bekerja dengan bayaran tertentu.


DIULIT... pelayan muda beri layanan istimewa kepada lelaki hidung belang.


Sumber: myMetro


BL: Ingatlah sesunggunya kematian itu akan tiba.. Kita tidah tahu bila ajal kita.. Hanya Allah S.W.T. yang menentukan segalanya.. Bayangkan jika nyawa kita diambil oleh Malaikat Izrael ketika kita sedang leka melakukan dosa.. Masa itu menyesal pun tak guna.. Hanya tunggu balasan hasil daripada dosa dosa kerana tidak sempat bertaubat.. Renung renungkan lah.. Sesunggunya pintu bertaubat masih terbuka..

5 ulasan:

Unknown berkata...

dsyatnye

mr_right berkata...

dunia akhir zaman.. ish2

Tanpa Nama berkata...

xthu lar nk ckp pe ngan dunia skrg ni kan,ermm..

Bunga berkata...

itulah..tanda2 bumi ah mkin tua...dah nak dekat denga kiamat,,

Aleen Aiden berkata...

pesen org mcm ni memang kuang hasam!Hu3

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)