~> KONSERT TERHANGAT DI PASARAN <~

Ahad, 21 Ogos 2011

Usia Sebenar Bulan 4.36 Bilion Tahun?

Assalamualaikum


Hurmmm. Pernah terfikir tak berapakah usia sebenar bulan? Tahukah anda bahawa usia sebenar bulan kemungkinan sudah mencapai 4.36 tahun? Dalam satu kajian yang telah dilaporkan dalam jurnal Nature, kajian terbaru terhadap batu bulan yang dikutip angkasawan Apollo 16 menunjukkan usia bulan mungkin lebih muda 60 tahun berbanding apa yang dilaporkan sebelum ini. Berdasarkan kajian yang dibuat ke atas pembentukan kerak, telah wujud kesilapan dalam menentukan usia sebenar bulan.



CALIFORNIA: Kajian baru terhadap batu bulan yang dikutip angkasawan Apollo 16 menunjukkan bulan mungkin lebih muda 60 juta tahun berbanding apa disangkakan sebelum ini. Kajian terbabit dilaporkan dalam jurnal Nature menunjukkan bahawa usia sebenar bulan mungkin 4.36 bilion tahun.

Lars Borg dari Makmal Nasional Lawrence Livermore di California dan rakannya berkata, bahawa wujud kesilapan dalam menentukan usia sebenar bulan berdasarkan kajian yang dibuat ke atas pembentukan kerak.

Borg berkata, usia bulan lebih muda meletakkan ia hampir kepada 4.4 bilion tahun berbanding mineral Bumi dikenali zircon ditemui di Jack Hills di Barat Australia. Ini bermakna kerak tertua bagi Bumi dan bulan terbentuk pada masa sama.

Hipotesis mengenai asal bulan itu, teori kesan gergasi, membabitkan pelanggaran antara proto-Bumi awal dan satu lagi proto-planet dipanggil Theia, yang mempunyai saiz sebesar planet Marikh.

Cairan dan serpihan daripada kesan berkenaan terlontar ke ruang angkasa, malangnya pembentukan jisim mengambil masa berjuta-juta tahun untuk mewujudkan bulan. (Bagaimanapun, ini hanya tanggapan saintis Barat kerana semua cakerawala ciptaan Allah).

Sebaik saja bulan sejuk, magma terbabit berpadu menjadi komponen mineral berbeza dengan batuan kerak bulan dipanggil ferroan anorthosites (FAN) yang menjadi semakin tua.

Borg dan rakannya menggunakan teknik penapisan semula untuk menganalisis isotop plumbum dan neodimium dalam sampel 1.88 gram FAN mereka dari batu bulan yang dikutip Pusat Angkasa Lepas Johnson NASA. Angka 4.36 bilion tahun diletakkan pada masa itu membabitkan sampel yang menjadi kristal.

Angka itu adalah 200 juta tahun selepas pembentukan sistem solar dan kemudian dianggarkan oleh model pembentukan bulan.

“Ia adalah kali pertama satu sampel tunggal FAN mengandungi usia daripada pelbagai isotop teknik menentukan usia,” kata Borg.

“Cubaan sebelum ini untuk memberikan usia batuan hanya pada satu isotop yang boleh tercemar menyebabkan kita tersilap menganggarkan usia bulan. Justeru kita mulakan dengan idea bahawa kita boleh mendapatkan sampel usia pelbagai dan kita yakin ia dapat memberi gambaran usia pengkristalan sampel.” – Agensi




2 ulasan:

Gen2Merah berkata...

ooo mc tu ya.. baru plak tau info bulan macam tu.. nice info...
Bulan oh bulan

SuzaDin berkata...

bulan ! tua nyer ko ... baru ak thu ... thanks for the info yer ...

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)