Assalamualaikum
Alhamdulillah.. Tepat pukul 12 pagi hari ni usia aku telah melangkah setapak lagi.. Besyukur daku kepadaNya kerana masih lagi memberikan nafas untuk aku melihat wajah kedua dua orang tua ku.. Adik adik aku.. Sanak saudara dan rakan taulan.. Syukur.. Alhamdulillah..
Ramai rakan rakan yang seusia dengan aku telah selamat berumah tangga dan beranak pinak.. Aku? Buat masa ini biarlah aku fokus dahulu pada kerjaya.. Bagi aku jika ada jodoh tidak kemana.. Hurmm.. Semoga di usia ni aku akan lebih matang dan lebih bertanggungjawab dalam setiap tingkah laku aku..
Tidak dapat aku bayangkan jika nyawa aku telah diambil oleh malaikat Izrail.. Sememangnya jika dihitung dari segi amalan.. Hanya umpama setitis air di jari kelingking dengan lautan yang luas.. Rasanya lagi kurang kot.. Semoga dengan dilanjutkan usia sehingga hari ni aku masih lagi dapat sujud kepadaNya..
Terima kasih kepada rakan rakan yang telah menghantar ucapan hari lahir di mukabuku.. Semoga kalian juga akan dimurahkan rezeki dan mendapat rahmat dariNya.. InsyaAllah.. :)
BL: Mood blur tak tau nak tulis apa.. Adoi hari ni aku ulang alik berapa kali tandas tak tau la.. Dugaan di hari keempat bulan Ramadhan yang mulia ni.. Semoga aku lebih tabah menjalani ibadat puasa ni.. Huhuhu..
4 ulasan:
hengatkan setapak kehadapan tuh tunang tadi. hehe. hepi besday budak logam !
biase lar buln ramadhan ni, hati2 ketika membeli juadah berbuka puase tuh...:)
ainihussin
hish! mana da.. lom ada calon g.. lalala~ maceh wish~ takde adiah ker? ;)
senydream
huhu~ tula.. maybe pasal mkn pedas kot masa sahur haritu..
Catat Ulasan