~> KONSERT TERHANGAT DI PASARAN <~

Sabtu, 20 Ogos 2011

NGO Islam Dakwa Kristian Guna Hak Asasi Ganggu Akidah Muslim

Assalamualaikum


Salam semua. Sekadar berkongsi artikel berita yang di ambil dari laman yahoo.com. Satu badan NGO Islam telah membuat dakwaan bahawa kumpulan-kumpulan Kristian telah "mempergunakan" Perlembagaan Perseketuan dan hak asasi manusia sebagai jalan untuk menyebarkan agama mereka kepada umat Islam.



Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mendakwa kumpulan-kumpulan Kristian “mempergunakan” Perlembagaan Persekutuan dan hak asasi manusia untuk menyebarkan agama mereka kepada umat Islam.

Tegas Presidennya Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, kumpulan-kumpulan Kritian juga berselindung di sebalik badan-badan kebajikan dengan tujuan yang sama.

“Kita percaya bahawa ini adalah hasil dan natijah dan di belakangnya tentu ada perancangan yang tersusun rapi untuk mengkristiankan dan mengeksploitasi kebebasan beragama dalam Perlembagaan dan di atas nama hak asasi manusia.

“Tanpa kita sedari sebenarnya mereka (kumpulan Kristian) menggunakan peruntukan Perlembagaan dan hak asasi manusia untuk mencucuk jarum permusuhan dan merosakkan akidah umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru jelas beliau, kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya membuktikan agenda memurtadkan umat Islam wujud.

“Hasil siasatan Jais menjadi bukti jelas bahawa kegusaran umat Islam selama ini terhadap aktiviti memurtadkan bukan lagi menjadi perkara yang tersembunyi.

“Isu ini menjadi sensitif bagi umat Islam bukan sahaja kerana kerosakan akidah yang berlaku di kalangan masyarakat Islam yang hanya tinggal pada nama sahaja tetapi lebih penting daripada itu, kita perlu memahami bahawa usaha tersusun pihak bukan Islam yang mengancam keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya.

Tegas Abdullah Zaik, kumpulan Kristian telah melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang tidak membenarkan agama lain disebarkan kepada umat Islam.

“Pada hari ini, kumpulan Kristian berselindung di sebalik alasan kebebasan beragama. Sebenarnya tindakan mereka terang-terang telah melanggar peruntukan Perlembagaan di dalam Perkara 11 (4) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti mengajak orang Islam keluar daripada agama itu.

“Dalam Perlembagaan tercatat bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan ajaran agama masing-masing tetapi undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara penganut Islam,” katanya.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.


Gambar dipetik dari Yahoo

Sumber: Yahoo

7 ulasan:

Iffah Afeefah berkata...

mcm2 la zmn skng ni

iMBobo berkata...

byk cabaran umat Islam di Malaysia ni..

H.J berkata...

tak habis llagi ke kes ni?

Abhamz berkata...

salam, gerakan dakwah mereka ni memang terancang dan secara halus serta nampak mcm ikut undang-undang klu umat islam lemah mmg habislah kita...

cik pulau berkata...

itulah.. macam2..

yang penting.. bekalkan diri dgn iman agar kita tak tergolong dalam kalangan tidak terlibat dgn sume ni.

padlie berkata...

Kenapa kerajaan tak ambil tindakan tegas? Benda ni pun menyalahi perlembagaan jugak.

Lagi satu, diorang guna wang untuk tarik orang Islam. Wang zakat kita pergi mana? Ke ramai yang tak bayar zakat?

Kita yg bawah ni hanya mampu usaha pertahan diri sendiri je :(

bunga berkata...

semoga kita dilindungi-NYA

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)