Assalamualaikum
Salam semua.. Hurmmm.. Agak blur dua tiga hari ni.. Nak buat entri pasal isu murtad tu pon.. Ramai dah buat.. Korang pandai pandai terjah la kan.. Siyes.. Isu isu macam ni jangan dibuat main main.. Sepatutnya tindakan diambil terhadap golongan yang dah murtad tu.. Tapi aku tengok macam saling dok salah antara satu sama lain pulak.. Sedih la kan isu penting macam ni pon nak kaitkan dengan politik juga.. Sepatutnya kena saling bersatu la kan banteraskan masalah ni.. Hurmmm.. Entah la..
Memandangkan blog usang ni pun dah agak kureng update sejak kebelakangan ni.. Maka nak kasi sapu sikit sikit sawang sawang yang dok ada.. Aku join satu segmen bloglist yang dianjurkan oleh saudari MO ni.. Berminat nak join.. Sini..
Hurmmm.. Apa aku nak cerita eh pasal anak sulung nih? Macam ni jelah.. Bila sebut saja pasal anak sulung ni.. Ramai yang meletakkan golongan ni di suatu tahap dimana mempunyai tanggungjawab yang besar dalam keluarga.. Betul ker? Ya aku tak nafikan.. Namun bergantung kepada situasi sesebuah keluarga itu juga.. Aku bagi contoh macam family member aku.. Abang dia terlibat dalam suatu kemalangan.. Akibat insiden tu abangnya lumpuh separuh badan.. Maka tanggungjawab terhadap keluarga diambil alih oleh member aku sebagai anak lelaki kedua dalam keluarga dia.. Maka kesimpulannya bagi aku tak semua tanggungjawab dalam keluarga tu hanya diletakkan pada bahu anak sulung sahaja.. Sebaik baiknya sama sama la memikul tanggung jawab tu kan.. Kan.. Kan.. Tak kan sorang aja kot yang tanggung.. Sama sama tolong lagi baik kan.. Dah nama satu keluarga ye dak.. hehehe..
Berbalik pasal kisah aku pula.. Macam aku merupakan abang kepada tiga adik lelaki.. Haa.. Paham paham sendiri la kan kalau semua laki laki macam mana.. Macam macam ragam punya dok ada.. Semua baloq liat bila suruh buat kerja.. Tapi dah aku abang kan.. Bila buat kepala angin sikit.. baru nak ikut cakap.. Hehehe.. Jangan jadi abang macam aku okay.. jadilah abang yang penyang.. Hehehe.. ;) Teringin lak nak merasa ada adik pompuan.. Lalala.. Macam aku buat masa ni tak la berat sangat tanggungjawab tu.. Aku ni pun baru aja tamat belajar tahun lepas.. Sekarang ni buat part time jadi agen takaful tapi masih dalam proses cari kerja lain apa yang patut yang lagi baik.. Haa.. Ada sapa sapa nak amik takaful dari aku? Hehehe.. Melawak aja.. Aku jenis tak suka paksa paksa.. ;)
Macam dalam family aku sekarang ni adik lelaki aku yang kedua masih lagi belajar dekat USM.. Baru nak masuk semester tiga.. Adik lelaki yang ketiga pula bakal nak memduduki STPM tahun ni.. Adik aku yang bongsu tu pula baru tingkatan dua.. Sekarang ni aku masih belum rasa beban lagi la.. Sebab Ayah dengan Mak aku masih bekerja.. Tapi kalau diorang dah bersara nanti.. Jawabnya aku la pula nak kena tanggung hal keluarga pula.. Harap harap la aku dimurahkan rezeki dapat kerja tetap cepat sikit.. Hurmmm..
Setakat ni aja kot aku kongsi pasal kisah aku sebagai anak sulung nih.. Hehehe.. Haa.. Korang pula macam mana? Jom sama sama kongsi kisah masing masing.. ;)
3 ulasan:
slamat berjoin!heh~
wahh..dalam keluarga semua lelaki.. hhihi.. mesti pandai masak belaka nih.. hihi... :-)
terima kasih sudi join
kita jd adik pompuan kamu boleh??? hehehe..lawak ja....
Catat Ulasan