Ahad, 21 Ogos 2011

Saintis Cipta Dinosaur?

Assalamualaikum


Anda percaya kewujudan dinosaur? Percayakah anda bahawa saintis telah berjaya cipta dinosaur? Biar betul kan? Tak mungkin lah. Hurmmm. Sebenarnya hanya sekadar kajian dibuat oleh saintis barat yang telah berjaya mengubah komposisi DNA ayam bagi menghasilkan embrio yang mempunyai muncung seperti buaya berbanding paruh yang berkemungkinan menukar ayam biasa menjadi Maniraptora, iaitu sejenis dinosaur kecil yang terdiri daripada 10,000 spesies burung.


LONDON - Saintis berjaya mengubah komposisi DNA ayam bagi menghasilkan embrio yang mempunyai muncung seperti buaya berbanding paruh, proses yang dianggap membolehkan mereka memutar kembali sejarah evolusi dunia sejak 65 juta tahun lalu de­ngan menghasilkan dinosaur.

Menurut penyelidik Universiti Harvard, Amerika Syarikat, perubahan DNA embrio ayam semasa peringkat awal penghasilannya mampu memberikan haiwan itu muncung seperti buaya, sekali gus menukar ayam biasa menjadi Maniraptora, iaitu sejenis dinosaur kecil terdiri daripada 10,000 spesies burung.

Walaupun embrio dalam kajian itu tidak akan dibiarkan menetas kerana etika sains, eksperimen itu dianggap boleh menghasilkan haiwan yang dapat menyesuaikan diri lebih baik dengan iklim dunia pada masa akan datang sekali gus menghalang kepupusan.

Pasukan pakar biologi universiti itu juga percaya proses perubahan DNA itu dapat membantu menghilangkan kecacatan semasa lahir dalam kalangan manusia.


Gambar dipetik dari google


Sumber: Sinar Harian

Tiada ulasan:

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)