Assalamualaikum
Gambar dipetik dari Malaysiakini
Haish! Biadap betoi la.. Tak ada sensitiviti langsung! Grrrrr.. Tak kan la tak tahu kot 'Ramadhan Delights' tu untuk apa? Mesti la panduan untuk umat Islam mencari restoren untuk berbuka puasa kan.. Habis tu apa kes siarkan juadah daging babi tak halal kat ruangan tersebut? Apa motif? Huh!
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana menyiarkan artikel mengenai berbuka puasa dengan memuatkan berita tentang restoran tidak halal dalam segmen sisipannya.
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata artikel itu dimuatkan dalam sisipan 'Dining Out' akhbar itu dengan 'Ramadan Delights' sebagai tajuk muka depan.
Gambar dipetik dari Malaysiakini
Beliau berkata kementerian ingin menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana menyiarkan artikel berkenaan.
"Kementerian memandang serius perkara ini, terutamanya kerana sisipan itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.
- Bernama
Sumber: Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan