Jumaat, 5 Ogos 2011

Suasana Perang Sepanjang Bulan Ramadhan

Assalamualaikum


Fuh! Hari ni dah masuk ramadhan ke 5.. Amacam? Okay.. Mesti okay kan.. Tak kan dah besaq panjang nak memonteng posa lagi kot.. Malu aih kat bebudak kecik yang baru belajaq posa tu.. Kan.. Kan.. Hehehe.. Tapi kalau ada sebab musabab.. Tak bole nak buat apa la kan.. Hurmm.. Bila masuk bulan posa ni.. Satu benda aja aku ternanti nanti.. Berita kat tibi nuh.. Apa lagi kes main mercun la.. Sampai putus jari la.. Buta mata sebelah la.. Rambut terbakor la.. Macam macam lagi la.. Grrrr.. Agak agak tahun ni ada lagi tak berita macam tu eh??? Harap harap takda la kot..


Kadang kadang aku heran.. Bukan apa.. Kaum mata sepet main la juga mercun mercun ni.. Tapi tak penah lak dengar kes cedera parah sampai macam tu sekali.. Yelah dari sudut positif orang kita ni bagus la.. Berani mencuba.. Macam macam analisis diorang kaji nak kasi power itu mercun.. Tapi kesannya.. Haa.. Mengelupuq habis.. Kalau yang terkena la kan.. Yang terselamat tu kalau tak reti reti insaf lagi tak tau nak kata la kan.. Tak kan nak kena baru nak insaf kot.. Hurmm..

Bagi aku tak salah kot main mercun ka.. Apa ka.. Tapi tak payah la nak over sangat kan.. Masa aku kecik kecik dulu dalam era 90'an rasanya mercun ni tak la diharamkan lagi betul tak.. Perbetulkan aku kot silap info ka okay.. Siap boleh jual lagi kat merata pasaraya.. Tapi dah orang kita.. Anak anak muda la terlebih cerdik sangat.. Haa.. Dah kena haram penjualan mercun ini semua.. Dah hilang satu nikmat kan.. Siapa yang rugi??? Tapi ada juga yang seludup juga kan.. Biasa la.. Buat la undang undang macam mana pun.. Mesti ada dalang dalang yang langgar punya.. Biasa la tu kan.. Hurmm..

Apa apa pun semoga Ramadhan tahun ni tiada lagi la kes kes akibat main mercun ni.. Tak main lagi baik kot.. Mana tau kesan letupan mercun korang tu.. Ada yang sakit jantung arwah pula.. Haa.. Jangan buat main main menda macam ni.. Kesian la kat orang yang jemaah tarawih kat masjid tu.. Kadang kadang tok iman sampai tersasul kes terkejut bunyi mercun punya pasal.. Hurmm.. Haru sungguh.. Haa.. Tempat korang macam mana? Dah ada bunyi kedebam kedebum mercun ni.. Tempat aku dah start dah.. Grrrrr.. Dah la main kat masjid pulak tu.. Alahai.. Dah macam suasana perang pula aku rasa.. Hurmm..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tapi rasenyer x meriah musim perayaan ni tanpa bunyi mercun to,ngeeee~~~
tapi mcm y en.logam cakap la berpada-pada n hati-hati..jgan over..:D

Abe Goreng berkata...

meriam paip bru best! huhuhu.

UPDATE: Hah! Memang betul la tu!!!

Cik Pulau berkata...

rasanya ada kot..
malam first terawih pun bersepah bunyi mercun sana sini,,
nak habiskan sebulan tu,
ada la nt kes..hehhe

bukan mendoakan..

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)