Assalamualaikum
Hurmm.. Isu larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara di Masjid dan Surau di Pulau Pinang.. Majlis Fatwa Kebangsaan meminta Jawatankuasa Majlis Fatwa Pulau Pinang menimbangkan sehalus-halusnya larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh di negeri Pulau Pinang kerana ditakuti mendatangkan kesan pada penyatuan Umat Islam di negara ini.. Baca selanjutnya di Sini..
Aku sebenarnya tak layak untuk mengulas tentang isu ini.. Cuma cuba kita kaji balik bukankah hanya Azan sahaja yang sewajarnya disebarkan menggunakan pembesar suara untuk memberitahu dan memperingati umat Islam bahawa sudah masuk waktu solat.. Perkara lain seperti bacaan Al-Quran seelok-eloknya dibaca tapi tidak sehingga menganggu ketenteraman orang lain kerana mengikus hadis Nabi Muhammad S.A.W. juga melarang mengangkat suara bacaan di Masjid sehingga menganggu mereka yang lain beribadah, atau menyakitkan orang lain..
DRMAZA-Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa'id al-Khudri: "Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
Mari sama sama kita hayati ceramah ini.. Sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan tentang isu ini..
Dah tengok klip video ceramah ni? Semoga persoalan tentang isu larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara di Masjid dan Surau terjawab.. Wallahualam.. Sekian.. Wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan