Assalamualaikum
Raja Farah dan suami,Megat Bashirun Qhuyum Zakaria
Eh? Raja Farah dah bertudung ker? Betul eh? Alhamdulillah.. Semakin ramai artis yang dah mula bertudung sekarang ni.. Raja Farah mengakui dia lebih selesa dengan penampilan terbarunya itu..
KUALA LUMPUR: Pelakon “Aku Masih Dara” yang kini sudah memakai tudung mengakui lebih selesa dengan penampilan barunya itu.
Tambah Farah, selepas menutup aurat sepenuhnya dia lebih menjaga adap dari segi percakapan dan pergaulan dengan lelaki bukan muhrim.
"Saya bertudung sejak dua bulan lalu dan mengakui ia datang daripada hati saya sendiri. Selepas melakukan penghijrahan tersebut saya rasa kelainan yang sangat ketara.
"Saya lebih menjaga adap pergaulan terutama untuk bersalam dengan lelaki bukan muhrim, begitu juga dari segi tutur percakapan," ujarnya yang ditemui pada rakaman Melodi Raya, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Rabu lalu.
Menceritakan detik hatinya terbuka untuk memakai tudung, Farah berkata ia bermula selepas membeli beberapa helai tudung di sebuah butik selepas menjalani penggambaran drama Cinta Abang Lori.
"Saya sebenarnya sudah lama berhasrat untuk memakai tudung tapi tiada tarikh yang tepat untuk itu, jadi suatu hari selesai penggambaran saya singgah di sebuah butik dan membeli beberapa helai tudung.
"Ketika pulang suami saya bertanya mengapa saya membeli tudung tersebut, justeru saya terus mengambil keputusan untuk memakainya," jelasnya.
Tambah Farah, dia gembira penghijrahan tersebut mendapat sokongan sepenuhnya daripada keluarga kedua belah pihak.
"Perkara yang baik sudah tentu keluarga sokong, bila saya katakan mahu bertudung sepenuhnya, mereka sangat gembira dan tidak menolak cadangan ini," tuturnya.
Ditanya tentang kerjayanya dalam bidang lakonan, Farah berkata dia bersyukur masih mendapat tawaran berlakon biarpun dia akui watak yang diterimanya agak terhad.
"Alhamdulillah, ramai dalam industri ini menerima keputusan saya untuk bertudung dan tawaran berlakon masih sama seperti dahulu cuma watak sahaja yang agak terhad berbanding dahulu.
"Ada juga produksi yang meminta saya untuk membuka tudung tetapi saya tetap dengan pendirian saya," ujarnya.
Dalam pada itu, ketika ditanya soal cahaya mata selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, Farah mengakui masih lagi berharap.
Kata Farah, dia masih terkilan dengan kontroversi yang mengatakan dia telah mengandung sebelum melangsungkan pernikahannya November lalu.
"Saya masih berharap untuk mendapatkan anak tapi buat masa ini ia tidak terlalu terdesak. Saya masih kesal dengan tuduhan yang mengatakan saya hamil sebelum bernikah sedangkan sehingga sekarang saya masih lagi belum dikurniakan rezeki tersebut," ujarnya.
Sumber: mStar
BL: Alhamdulillah.. Semoga terus kekal la bertudung.. Hehehe.. ;)
3 ulasan:
Alhamdulillah..semoga lebih ramai artis yang berhijarah memakai tudung..
Semoga qanaah~
doakan yang terbaik. dia sebagai role mdel anak2 muda masa kini. yeah!! alahamdulillah
waaa santek...hu3
Catat Ulasan