Assalamualaikum
Tepat pukul empat setengah pagi alarm handphone aku memainkan rentak lagu royal jelly memecahkan kesunyian pagi ramadhan.. Aku dengan mamai meraba raba mencari handphone dekat atas meja tulis.. Capai handphone tengok jam set balik alarm pukul lima pagi.. Aku sambung tidur balik.. Zzzzzzz.. Jeng.. Jengg.. Jenggg.. Alarm memainkan rentak yoyal jelly entah kali keberapa.. Meraba raba lagi aku cari handphone atas meja tulis.. Capai handphone aku tersentak..
Aku hanya mampu memandang jam menunjukkan pukul enam pagi.. Dalam hati aku menjerit.. Arggghhhhh.. Aku terlepas sahurrrrr.. Dalam keadaan sedih teramat sangat aku gagahkan diri bangun juga bergerak ke tandas sebelah bilik aku.. Dalam hati aku terdetik perasaan.. Kalau aku ada roomate mesti aku dah bangun tadi.. Huhuhu.. Masa ni aku duduk sorang aja.. Tiada roomate lagi masa tu..
Sampai sahaja di depan pintu tandas.. Ternampak kelibat seseorang.. Pagi pagi dah terpacak mamat jiran sebelah bilik aku tengah gosok gigi sambil mata terpejam.. Bunyi tapak selipar aku menyeret lantai tandas buatkan dia membuka mata.. Dia menegur aku..
"Woiii baru mangkit tidoq ka?" Aku hanya mampu menjawab "hurmm" sahaja dengan nada melodi yang amat perlahan sekali.. Mamat tu tanya lagi "Sahur kat mana tadi? Tak nampak muka pon?" Aku menjawab lagi dengan nada melodi yang perlahan sekali lagi.. "Terlajak tidurrr" Aku pon malas nak layan lagi mamat tu terus selak pintu tandas.. Arghhhhhh.. Lega.. Buang apa yang patut sisa sisa yang masih ada dalam perut..
Huhu.. Bila kenangkan balik kenangan masa dekat kampus dulu.. Aku memang selalu terlajak sahur.. Sekarang ni Alhamdulillah.. Lega.. Hari hari aku sempat menjamah hidangan yang siap tersedia di atas meja makan.. Dah tak terlepas sahur dah macam dulu dulu dah..Pagi pagi dah mendengar suara mak aku memanggil anak anak dia sorang demi sorang.. Fuh! Alhamdulillah.. Hari ni dah masuk hari yang ke dua puluh kita berpuasa.. Pejam celik pejam celik sekejap aja kan dah nak habis.. Hurmmm..
BL: Okay.. Aku nak pergi mandi.. Baru bangun tidur.. Boleh terlajak tidur pulak hari ni.. Grrrrr.. Selamat berpuasa kalian semua.. Hehehe.. ;)
4 ulasan:
hahahahaha mesti menyesal gila kan time terbangun pukul 6 pagi tu? ekeke, tak bestlah puasa kat kmpus, takde makan sedap2. klu kt rumah lagi smangat nk sahur sbb mak msk sedap2. :D
hahaha takpela
slalu sgt cmtu
mak ade untungla kejutkan
ps: Terlajak tdo pas subuh takpe
Cik Pija
huhu.. mmg menyesal gile masa tu.. sedih xde roomate. tapi sem2 lepas tu legi sikit dah ada roomate balik.. a'ah mmg sahur kat kampus mmg tak best kalau nak dibandingkan dgn sahur kat umah.. mcm2 ada.. baru selera sikit.. hehehe.. ;)
miss ran
huhu.. hari ni lepas subuh plan nak tido kejap je.. sedar2 dah nak dekat pukul 11 lebih.. grrrr..
Catat Ulasan