Khamis, 25 Ogos 2011

Sinar Harian Mohon Maaf?

Assalamualaikum


Hurmmm.. Dah beberapa hari tak online.. Berita satu apa pun tak tau.. Buka aja laman yahoo.. Jumpa satu artikel ni.. "'Kristian "Halal Pelacuran': Sinar Harian Mohon Maaf".. Menurut artikel ni akhbar Sinar Harian memohon maaf atas penyiaran satu kolum berhubung "rancangan pemusnahan umat Islam" yang didakwa didalangi kumpulan kristian.. Kolum bertajuk 'Matlamat Gerakan Kristian" itu diakui "silap" dan "tidak tepat.. Pihak akhbar Sinar Harian telah menarik semula (kolum) info tersebut dan memohon maaf kepada semua pembaca Sinar Harian, khususnya kepada para penganut agama Kristian di atas kesilapan yang dilakukan.. Hurmm.. Aku tak mau komen apa apa pasal isu ni..


Akhbar Sinar Harian hari ini memohon maaf atas penyiaran satu kolumnya semalam berhubung "rancangan pemusnahan umat Islam" yang didakwa didalangi kumpulan Kristian.

Kolum bertajuk 'Matlamat Gerakan Kristian' itu hari ini diakui "silap" dan "tidak tepat", menurut notis permohonan maaf yang disiarkan di halaman nasional akhbar tersebut hari ini.

"Dengan ini kami menarik semula (kolum) Info tersebut dan memohon maaf kepada semua pembaca Sinar Harian , khususnya para penganut agama Kristian di atas kesilapan yang dilakukan," notis itu dipetik.

Tulisan itu juga telah ditarik balik semalam oleh pengarah urusannya Datuk Hussamuddin Yaacub yang turut memohon maaf menerusi satu tulisan di laman Twitter.

Akhbar itu semalam mendakwa gerakan Kristian antara lainnya merancang untuk menggalakkan pergaulan bebas remaja lelaki dan perempuan serta menghalalkan pelacuran.

Gerakan Kristian juga didakwa berusaha "merosakkan moral dengan kegiatan luar" serta memasukkan "unsur kurang baik (atau) adegan keterlaluan dan muzik yang melampau" sehingga menyebabkan orang Islam "leka dan lupa diri."

Tulisan berkenaan disiarkan ketika isu berhubung siasatan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church semakin mendapat perhatian.

Siasatan yang dijalankan JAIS ke atas gereja berkenaan pada awal bulan ini adalah berhubung dakwaan kemasukan orang Islam ke agama Kristian.

Sumber: Yahoo

Tiada ulasan:

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)