Assalamualaikum
Gambar dipetik dari Yahoo
Apabila bulan Ramadhan tiba, pasti ramai selebriti yang akan mengambil peluang untuk berniaga bagi mencari duit lebih. Tidak terkecuali adalah pelakon kacak kelahiran Kelantan, Fizo Omar yang sibuk menguruskan perniagaan serundingnya.
Menariknya serunding yang dijual di Gerai "Serunding Fizo Omar" yang terletak di hadapan pusat beli-belah Kompleks Pertama, Kuala Lumpur bukanlah sebarangan serunding kerana ia adalah resipi turun-temurun oleh keluarganya.
Kata Fizo yang kehilangan ayahanda tercinta awal Julai lalu, "Resipi ini memang milik keluarga dan sejak gerai ini dibuka, lebih 100 kilogram telah dijual. Ia dijual dalam bungkusan yang berharga RM15 setiap satu dan bukanlah dijual pada musim perayaan sahaja."
Menurut pelakon "Kongsi" berusia 26 tahun ini, perniagaan ini sudah lama dimulakan cuma ia dijual melalui tempahan sahaja. Fizo turut meletakkan sasaran agar dapat menjual 1000 kilogram serunding pada bulan Ramadhan ini.
Tidak hanya memikirkan keuntungan, Fizo turut menyalurkan sumbangan RM2 melalui setiap satu kilogram serundingnya terjual kepada anak-anak yatim.
Terbaru Fizo yang baru sahaja menerima tawaran mengacara program pagi popular, "Nasi Lemak Kopi O" mengakui gementar apabila mula bersiaran beberapa minggu lalu. Tahun 2011 juga merupakan tahun bertuah buat Fizo apabila lima buah filem lakonannya iaitu "Hello", "Halim Munan", "7 Petala Cinta", "Azazil" dan "Minyak Dagu" hanya menunggu masa untuk ditayangkan di pawagam tempatan.
Sumber: Yahoo
BL: Wahhh.. Ada sapa sapa pernah rasa serunding Fizo Omar nih? Amacam? Sedap tak? Hehehe.. ;)
1 ulasan:
wahhhh! da bertukar orang ke pengacara nasi lemak kopi o? ke yang lama ade lagi?
Catat Ulasan