Khamis, 25 Ogos 2011

Marilyn Monroe Pengaruh Negatif?

Assalamualaikum


Anda peminat filem "Transformers"? Mesti kenal siapa Megan Fox bukan? Kenal tak? Tipu la kalau tak kenal kan.. Hehehe.. Tahukah anda bahawa Megan telah membuang tatu simbol seks lagenda Hollywood terkenal, Marilyn Monroe dibadannya? Dia mengambil tindakan sedemikian kerana tidak mahu menarik unsur-unsur negatif yang boleh memperngaruhi hidupnya terutama berakitan karier.. Megan telah melakukan rawatan laser pada bahagian lengan bawah kanan sejak awal tahun lagi..


24 Ogos – "Saya tidak mahu menarik unsur-unsur negatif yang boleh mempengaruhi hidup terutamanya karier saya," jelas aktres jelita berusia 25 tahun ini ketika ditanya mengapa dia membuang tatu simbol seks lagenda Hollywood terkenal, Marilyn Monroe.

Bekas aktres filem francais "Transformers" mengakui dia telah melakukan rawatan laser pada bahagian lengan bawah kanan sejak sejak awal tahun lagi.

"Saya sudah membuangnya. Saya berpendapat karakter tersebut negatif memandangkan dia (Marilyn) menderita gangguan personaliti dan juga seorang bipolar," katanya ketika ditanya oleh majalah dari Itai, Amica mengapa dia membuang tatu figura ikonik era klasik yang meninggal dalam usia 36 tahun pada tahun 1962.

Tambah isteri kepada aktor Brian Austin Green ini, "Bukan sebab saya membenci Marilyn kerana hakikatnya saya sangat mengaguminya tetapi seperti yang saya katakan, saya tidak mahu unsur-unsur negatif menjejaskan kehidupan saya lagu."

Tatu Marilyn bukan satu-satunya 'perhiasan' di tubuh Megan yang dikesalinya. Sebelum ini dia pernah menindik di bahagian pusatnya pada usia 16 tahun kerana dia merupakan peminat setia Britney Spears ketika itu dan ingin kelihatan persis seperti imej Britney.

"Saya bangga memiliki tindik tersebut sehinggalah saya menanggalkannya empat tahun kemudian kerasa merasakan ianya seperti melekat dan tidak selesa," ujar Megan yang sudah memiliki hampir sembilan tatu termasuklah tatu dedikasi buat aktor Mickey Rourke.


Gambar dipetik dari Yahoo

Sumber: Yahoo

Tiada ulasan:

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)