Selasa, 18 Oktober 2011

Pelajar Kelar Perut Anak Di Bilik Asrama

Assalamualaikum


Kejam! Bila dah terlanjur bayi yang tidak tahu apa apa juga yang jadi mangsa.. Sebelum ni kita kerap kali dengar berita bayi dibuang dalam tong sampah, sungai, longkang, perigi, dari atas bangunan dan macam macam lagi.. Kali ni gara gara teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di Betong, semalam..



Gambar myMetro

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter..

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya..

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek..

MAUT...anggota polis membawa mayat bayi perempuan yang dikelar ibunya. - Gambar myMetro

“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai..

Sumber: myMetro

BL: Hurm.. Macam ni lah.. Bila dah terlanjur si anak yang tak bersalah tu la yang jadi mangsa.. Si jantan lepas tangan boleh cari betina lain.. Si betina pula mula la nak minta simpati sana sini.. Semakin parah masalah masyarakat kini.. :(

5 ulasan:

kinathehambapedosa berkata...

...remaja zaman sekrng..da x ingat dosa .. kesian baby tu..x bedosa jadi mngse... haihhh..

Unknown berkata...

salam,klu dah benci kat anak tu, beri je kat orang lain...tak payahlah nak cedera budak yang tidak berdosa sampai mati...nauzibillah huminzalik.

Tanpa Nama berkata...

bangang pnyer org!!!cam setan!geram akuu!

Norma Jeane berkata...

kna beratkan lagi hukuman buat setan2 mcm tu. stakat penjara tu xde makananya. buat hukuman yg sama diorg buat kat baby x berdosa tu. biar diorg rasa camner seksanya kesakitan tu. kelar jer "mak bapak" tu hudup2 jugak. baru adil! terbela gak nasib baby. sayang nyer tengok baby yg sempurna sifat dprlakukan camtu. skrg ni dunia dah terbalik. Manusia jadi binatang, binatang jadi manusia... coz, binatang pun tahu syg anaknya, jaga anak nya, x bunuh anak..... knapa manusia yg ada otak mcm tu yer? ya Allah...... beri lah hidayah kpd suluruh umatMu di dunia ini....

Tanpa Nama berkata...

Tak boleh jugak nak hukum perempuan tu sewenang-wenangnya. Kena siasat dahulu. Mungkin perempuan tu meroyan kerana terlalu fikir keadaan dia. So siasat dulu.... Orang yang waras tidak sampai hati nak membunuh satu nyawa manusia.

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)