Assalamualaikum
Hish! Apa nak jadi la.. Tak habis habis dengan kes buang bayi.. Rasa naik menyampah bila mendengar atau membaca berita kes kes macam ni.. Ni la akibatnya bila terlalu mengikut hawa nafsu.. Bila dah terlanjur.. Si jantan cari jalan nak lepaskan diri.. Si betina pula terhegeh hegeh la mintak simpati.. Pastu yang jadi mangsa anak dalam kandungan tu.. Anak yang tak berdosa dicampak tanpa rasa simpati terbiar begitu sahaja.. Konon selesai la segala masalah! Macam ####!
Kes terbaru berlaku di kawasan kebun getah, Kampung Belimbing dekat Limbat, Kota Bharu apabila seorang penoreh getah yang dikenali sebagai Tuan Mat Tuan Lunik, 64, telah menjumpai mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat bukan sahaja dihumban kedalam perigi sedalam lima meter, malah disumbat di dalam beg..
Mayat bayi yang dipercayai dilahirkan beberapa hari lalu ditemui
pada jam 8 pagi sebelum laporan kepada pihak polis dibuat.. Menurut Tuan Mat, dia dan isterinya, Siti Fatimah Awang, 60, seperti biasa mahu memulakan kerja menoreh getah di kebun mereka.. Katanya, ketika mahu mengambil air di sebuah perigi , dia ternampak sebuah beg sebelum menaikkan beg itu menggunakan galah..
“Saya buka beg itu sedikit dan terkejut apabila ternampak muka bayi.
Saya terus memaklumkan kepada penghulu kampung, Zakaria Awang Teh
sebelum menghubungi polis,” katanya.. Sementara itu, Ketua
Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, polis tiba di
tempat kejadian pada jam 10 pagi dan bayi itu dipercayai dilahirkan
antara dua hingga tiga hari lalu.. Katanya, polis turut menemui sebuah bungkusan berisi pakaian dalam
wanita dan kain tuala dipenuhi darah yang ditinggalkan kira-kira 20
meter dari perigi berkenaan..
“Mayat bayi ditemui cukup sifat
itu dicampak ke dalam perigi. Kita sedang mengesan suspek dan kes
disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.. Menurut Jalaluddin, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat.. “Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta
menghubungi polis dengan segera bagi membantu siasatan,” katanya..
KEJAM...anggota polis memeriksa mayat bayi perempuan yang ditemui di dalam perigi. Gambar kecil, Tuan Mat.
Sumber: myMetro
2 ulasan:
kesiannyeeeeeeeee.... mana perikemanusiaan ..
main pandai. da dapat tamo plak jaga. sebab tu Islam cakap. tawen.. tawen lah kamu.. tapi tak salahkan depa saja. budaya masyarakat kita pn sama..
Catat Ulasan