Isnin, 3 Oktober 2011

Kejam! Mayat Bayi Perempuan Dihumban Ke Dalam Perigi

Assalamualaikum

Hish! Apa nak jadi la.. Tak habis habis dengan kes buang bayi.. Rasa naik menyampah bila mendengar atau membaca berita  kes kes macam ni.. Ni la akibatnya bila terlalu mengikut hawa nafsu.. Bila dah terlanjur.. Si jantan cari jalan nak lepaskan diri.. Si betina pula terhegeh hegeh la mintak simpati.. Pastu yang jadi mangsa anak dalam kandungan tu.. Anak yang tak berdosa dicampak tanpa rasa simpati terbiar begitu sahaja.. Konon selesai la segala masalah! Macam ####! 


Kes terbaru berlaku di kawasan kebun getah, Kampung Belimbing dekat Limbat, Kota Bharu apabila seorang penoreh getah yang dikenali sebagai Tuan Mat Tuan Lunik, 64, telah menjumpai mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat bukan sahaja dihumban kedalam perigi sedalam lima meter, malah disumbat di dalam beg..

Mayat bayi yang dipercayai dilahirkan beberapa hari lalu ditemui pada jam 8 pagi sebelum laporan kepada pihak polis dibuat.. Menurut Tuan Mat, dia dan isterinya, Siti Fatimah Awang, 60, seperti biasa mahu memulakan kerja menoreh getah di kebun mereka.. Katanya, ketika mahu mengambil air di sebuah perigi , dia ternampak sebuah beg sebelum menaikkan beg itu menggunakan galah..



“Saya buka beg itu sedikit dan terkejut apabila ternampak muka bayi. Saya terus memaklumkan kepada penghulu kampung, Zakaria Awang Teh sebelum menghubungi polis,” katanya.. Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, polis tiba di tempat kejadian pada jam 10 pagi dan bayi itu dipercayai dilahirkan antara dua hingga tiga hari lalu.. Katanya, polis turut menemui sebuah bungkusan berisi pakaian dalam wanita dan kain tuala dipenuhi darah yang ditinggalkan kira-kira 20 meter dari perigi berkenaan..



“Mayat bayi ditemui cukup sifat itu dicampak ke dalam perigi. Kita sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.. Menurut Jalaluddin, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat.. “Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi polis dengan segera bagi membantu siasatan,” katanya..


KEJAM...anggota polis memeriksa mayat bayi perempuan yang ditemui di dalam perigi. Gambar kecil, Tuan Mat.

Sumber: myMetro

2 ulasan:

panda montel berkata...

kesiannyeeeeeeeee.... mana perikemanusiaan ..

fRaMe+LenSeS berkata...

main pandai. da dapat tamo plak jaga. sebab tu Islam cakap. tawen.. tawen lah kamu.. tapi tak salahkan depa saja. budaya masyarakat kita pn sama..

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)