Assalamualaikum
Alahai.. Sejak akhir akhir ini ramai peminat bola sepak tempatan yang menghamburkan tohmahan dan kejian terhadap penyerang Harimau Muda, Fakri Saaraini gara gara kegagalan beliau menyempurnakan beberapa peluang terhidang ketika tewas 0-2 kepada Syria dalam aksi kelayakan Olimpik Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil.. Ternyata, peminat tempatan masih belum dapat melupakan ‘dosa’ Ahmad Fakri yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menewaskan Indonesia sekali gus mempertahankan pingat emas Sukan SEA baru-baru ini..
Hurmmm.. Sedih pula aku dengan nasib si Fakri ini.. Seolah-olah jasa beliau berjaya menjaringkan gol ketika menewaskan Myanmar pada pusingan separuh akhir, sekali gus melayakkan pasukan Malaysia beraksi di final Sukan SEA 2011 dilupakan begitu sahaja.. Ini aku nak kongsi keratan akhbar tentang luahan dari Fakri sendiri terhadap tohmahan dan kejian yang dihamburkan kepada nya..
"SAYA juga ada perasaan, sesiapa pun pastinya terkilan jika dikutuk sebegitu rupa.“Mulut orang memang susah nak ditutup, jadi saya tidak peduli dengan kutukan itu dan menganggapnya sebagai suatu cabaran buat saya.”
Demikian respons ringkas penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saaraini ketika menjawab segala tohmahan dan kejian yang dihamburkan kepadanya ketika ini.
Kegagalan Ahmad Fakri, 22, dalam menyempurnakan beberapa peluang terhidang ketika tewas 0-2 kepada Syria dalam aksi kelayakan Olimpik Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin, ternyata mengundang kemarahan majoriti peminat fanatik bola sepak tempatan yang lantang mengecam pemain Negeri Sembilan itu secara terbuka, tidak kira dari tepi padang mahupun di laman sosial Facebook.
Ternyata, peminat tempatan masih belum dapat melupakan ‘dosa’ Ahmad Fakri yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menewaskan Indonesia sekali gus mempertahankan pingat emas Sukan SEA baru-baru ini.
Sama ada sedar atau pun tidak, mungkin ada yang terlupa dengan jasa pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu yang berjaya meledak gol tunggal ketika menewaskan Myanmar pada pusingan separuh akhir, sekali gus menempah slot untuk beraksi di final Sukan SEA 2011.
Malah, mungkin ramai juga yang tidak percaya betapa Ahmad Fakri sebenarnya merupakan antara penyerang termuda terbaik yang dimiliki negara selain Thamil Arasu ketika ini, gara-gara kecederaan yang menimpa Syahrul Azwari Ibrahim dan Izzaq Faris Ramlan.
“Apa salah saya sebenarnya? Bukannya saya sengaja tidak mahu menjaringkan gol, cuma saya kurang bernasib baik.
“Hendak kutuk pun biarlah berpada-pada dan ada batasnya, namun setakat ini saya masih mampu bersabar,” katanya kecewa.
Menurut Ahmad Fakri, dia berazam untuk membuktikan sesuatu sekiranya diturunkan Ong Kim Swee ketika menentang Bahrain, Ahad ini.
“Jika saya berjaya menjaringkan gol ketika menentang Bahrain nanti, sudah tentu ia memberikan moti- vasi yang lebih baik buat saya.
“Cuma pada masa sama, saya tetap berharap supaya penyokong faham dengan kesungguhan saya setiap kali beraksi. Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat saya, sudah tentu ia tidak semudah dijangkakan,” katanya yang memohon dimengertikan.
FAKRI dikutuk peminat tempatan gara-gara persembahan yang kurang meyakinkan sebagai peledak utama skuad Harimau Muda.
Sumber: Kosmo! Online
BL: Cukup cukup la korang melontarkan cacian yang pelbagai kepada si Fakri ini.. Dia juga ada perasaan.. Kalau korang di tempat dia macam mana? Aku perasan ada yang kritik sampai nama bapa si Fakri pun nak kutuk.. Ini dah melampau kan? Jangan sampai macam tu sekali.. Kena fikir juga perasasan dia macam mana kan.. Cukup cukup la melemparkan tohmahan dan kejian yang melampau kepada penyerang Harimau Muda ini.. Bagi aku tak salah nak kritik tapi berpada-pada la kan.. Ini sampai nak maki hamun yang tak sepatutnya.. Memang tak wajar la kan..
8 ulasan:
jangan terus menghukum dia.setiap org punya perasaan
saya pun rasa mcm tu juga... kesian si fakri tu... bukan dia sengaja tak nak score kan... dah bukan rezeki dia dan pasukan negara...
pastinya dia akan sentiasa melakukan yang terbaik utk pasukan negara walaupun dalam keadaan fizikal yang penat dan sebagainya... semoga dia dapat menebus kekurangannya dalam perlawanan sebelum ini dgn membantu negara kita menewaskan pasukan Bahrain nanti...
inilah kita yang pandai cakap luar pdang..bila masuk padang baur tahu perasaannyer..bila kiri kanan bagi pressure.bila permainan sengit..jangan mcm ni.rugi.kita kena bagi support apa yang tak kena.improve it..
ENTRI TERBARU: Cultus photography @ toilet photography
ak rasa fakri dah tampilkan apa yang mampu dan terbaekk ketika beraksi dgn harimau muda...
tetapi itu saja kemampuan dy...jadi dy tak patut diberi tohmahan atau kutukan kerana telah banyak menyumbang utk skuad harimau muda..
cuma bagi aku..dy sepatutnya digantikan dgn penyerang lain rentetan aksi y kurang berkesan y tlh dipamerkan..krn berada di depan gol bukan kerja mudah..harimau muda perlukan penyerang yang mempunyai idea berkesan utk menjaringkan gol..barulah jentera srngn negara digeruni..mungkin dy lebih sesuai bermain di posisi lain..
setuju sangat,
nak kutuk pun ada batasan,
jangan nk hoverr n kuarkan perkataan x sepatutnya yg menunjukkan betapa rendahnya nilai moral kita..
huhu..bila jaringkan gol,smua puji2..tpi bila mamat tu berusaha tpi tk dpt..smua kutuk2..bkn nye nak bagi kata2 semangat ke..
rasenye yg kutuk tuh pun bkn boleh jaring gol dihadapan gol kan?hehehehe
yang penting buktikan saja yang anda mampu memberi impak positif dalam pasukan dan tidak semestinya dalam perlawanan tersebut anda perlu skor gol sebijik untuk jadi hero pasukan. Bantu pasukan anda dengan mencipta peluang-peluang untuk menghasilkan gol dan jangan mencipta peluang untuk mengutip kad kuning seterusnya kad merah..ini boleh menjejaskan pasukan secara tidak langsung...Jika itu anda mampu lakukan, pasti ramai dah tidak mengutuk anda lagi.
sepattnya kita bagi sokongan.nak kritik boleh tp tak perlu sampai thp nak mengaibkan dia.panggil nama yang tak sepatutnya.
kita ni mudah lupa.kalau tak sebab jaringan dia, msia tak sampai ke final kot.
Catat Ulasan