Sabtu, 22 September 2012

Sekeping Ijazah Tidak Jamin Kehidupan Lebih Baik?

Assalamualaikum



Hurm.. Kali ni aku tertarik nak kongsi dengan korang pasal satu artikel akhbar yang aku jumpa dekat Facebook.. Korang baca tajuk entri pun dah dapat tangkap apa yang ingin aku sampaikan kali ni.. Entri ni lebih sesuai untuk bakal graduan sebenarnya.. Sebelum tu aku nak Tanya korang satu soalan sahaja.. Apa tujuan korang sambung belajar sebenarnya?


Tak kisah la diperingkat sijil kah.. Diploma kah.. Ijazah kah? Untuk apa? Adakah niat korang sambung belajar kerana nak mengharapkan peluang pekerjaan mengikut kursus yang korang pilih setelah tamat belajar kelak? Atau untuk apa korang habiskan masa dalam beberapa tahun di kampus?


Sebelum tu korang baca dulu artikel akhbar di bawah ni..


Dah baca? Isu pengangguran ni adalah isu lapok sebenarnya.. Namun sampai kini masih belum dapat ditangini bukan? Salah siapa sebenarnya? Tepuk dada tanya selera lah ye.. Pada pendapat aku ilmu yang dipelajari dikampus belum tentu lagi dapat menjamin seseorang bekas graduan untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan mengikut bidang kursus yang dipelajari.. Senang cakap bergantung pada rezeki masing-masing la kan..

Setiap seseorang itu telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T. rezeki masing-masing bukan? Namun jangan gunakan alasan ni untuk kita duduk sahaja tanpa bertindak melakukan apa-apa.. Nasihat aku kepada bakal graduan diluar sana.. Korang terjah dulu la kerja apa pon.. Jangan rasa malu.. Sekurang-kurangnya korang ada juga la pengalaman berbanding duduk sahaja tanam anggur kan? Dapat juga duit poket kan dari tak ada apa-apa betul tak? Hurm.. Sampai sini sahaja kot entri aku kali ni.. Sekian.. Wassalam..

BL: Rezeki itu adalah rahsia ALLAH S.W.T.. Namun kita sebagai hamba harus berusaha untuk mencari.. Jangan berputus asa.. Setiap sesuatu kesulitan itu ada jalan penyelesaiannya..

2 ulasan:

Unknown berkata...

lectrer ade ckp

kalo ijazah first class ramai y akn offer keje

kalo y cikai, pastu demand lebih

mmg tkkan dapat

jdi, jgn terlalu take for granted

ramai je beralih bidang dr ijazah dorg

di mana ada usaha, di situ ade rezeki

Udin berkata...

yup.. saya setuju dgn pendapat iffah tu.. :)

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)