Sabtu, 4 Ogos 2012

Aku Mara Setapak Lagi Ke Hadapan


Assalamualaikum


Fuhhh.. Macam tak percaya aku dah melangkah ke angka 2#.. Tinggal lagi berapa angka saja lagi aku boleh join geng geng angka 30 pula.. Isk isk isk.. Dah tua aku ni rupanya.. Hahaha.. Ada siapa siapa lagi yang lahir pada 4 Ogos juga.. Kalau ada aku ucapkan selamat melangkah ke angka seterusnya lah ye.. Umur hanya sekadar angka kan? Tapi diri kena ubah lah ye.. Jangan umur meningkat diri masih macam tu juga kan? Hahaha..
Hurmmm.. Tak banyak perbezaan diri aku sekarang dengan tahun lepas.. Aku masih lagi bekerja ditempat yang sama.. Badan pon macam dah berisi sikit.. Status diri pon masih lagi bujang.. Mak aku dah hingaq (bising) suruh aku cari calon.. Kalau tak dia yang nak tolong cari untuk aku.. Maklum la anak anak kawan mak aku tu semua dah kawin habis.. Dah beranak pinak pon ada.. Mampus aku.. Hahahaha.. 



Nak buat macam mana mak tak sampai seru lagi.. Huhuhu.. Bukan aku tak mau cari cuma aku nak kasi stabil kewangan aku dulu.. Senang cerita selagi impian aku tak tercapai.. Selagi tu la aku malas nak fikir bab rumah tangga ni.. Bukan senang wooo nak tanggung anak orang.. Dah la dosa diorang pon bakal kena tanggung nanti kan? Ala kalau ada jodoh tak kemana kan? Hahahaha..

Dengan usia aku hari ni aku kena ubah sedikit sebanyak gaya hidup aku.. Bukan tak boleh nak enjoy tapi bab bab agama pon kena ambil berat juga la kan.. InsyaAllah aku akan cuba untuk berjinak pergi masjid lepas ni.. Paling koman pon seminggu sekali jadi la.. Ni sekadar nasihat untuk diri aku la.. Kalau korang nak ikut pon takda hal.. Benda baik betul tak? Hehehe..



Hurmmm.. Pasal blog Budak Logam ni pula.. Aku tak plan apa apa lagi.. Buat masa ni biar kan blog ni seperti seadanya.. Lagi pun aku jarang ada masa sangat nak update macam dulu dulu.. Tengok la kot tahun ni aku ada rezeki dapat kerja yang lebih stabil dari segi masa ka.. InsyaAllah aku kembali aktif berjinak di alam maya ni.. Sampai sini saja coretan aku untuk kali ni.. Sekian.. Wassalam.. Chow..


BL: Alhamdulillah.. Masih lagi dikurniakan nyawa dariNya untuk hidup di dunia ni.. Syukur! :)

Tiada ulasan:

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)