Assalamualaikum
Grrrr. Macam duduk dekat medan perang la pula rasanya. Nak
layan movie pon tak senang aih! Tepat saja pukul 12 pagi tadi bersamaan 1 Januari 2013 masihi bermula la adengan
peperangan antara daerah kampung aku, kampung sebelah dan kampung seberang. Punya la depa dok
celen mercun sapa bunyi paling power. Haish!
Memang tak sah kalau tak dengaq bunyi benda alah tu. Tak
kira la tahun baru kah, tahun baru cina kah, raya puasa kah, malahan deepavali sekali
pon adengan perang perang ni dah macam satu trend. Kalau tak bunyi tu memang
suatu yang pelik lah. Mesti ada something wrong somewhere. Tapi takpa aku suka
suasana tu semua. Baru Nampak macam meriah sikit. Hahaha.
Apa aktiviti korang semasa menanti ketibaan kemuncak tahun
baru masihi ni? Mungkin ada yang tak kisah langsung dan ada juga yang terlebih
excited kan? Biasa la tu. Terpulang kepada diri masing masing. Tak salah pon
nak sambut tahun baru ni. Sekali jer dalam setahun kan? Cuma pandai pandai la korang
jaga diri. Especially gurl diluar sana tu.
Macam aku pula sekadar menghabiskan sisa sisa malam tahun
2012 yang lepas dengan bersantai bersama keluarga di rumah jer. Entah aku rasa
macam jemu pula nak ikut member sambut countdown dekat pesta Penang tu. Rasa
macam ulang benda yang sama jer tiap tiap tahun right? Hurm.
Okay lah sampai sini saja kot celoteh aku kali ni. Mood nak layan movie sebenaqnya. Apa apa
pon aku bersyukur kerana masih dikurniakan nafas untuk meneruskan kehidupan di
dunia ni. Alhamdulillah. Semoga ketibaan tahun baru masihi ni membuka pintu
rezeki kepada kami sekeluarga dan segala urusan kehidupan akan dipermudahkan.
InshaAllah. Sekian, Wassalam.
BL: Haa. Tak lupa juga kepada mereka yang tarikh lahir jatuh
pada 1 Januari tiap tiap tahun tu. Pergh! Tahniah diucapkan. Untung wooo satu dunia sambut
birthday korang kan. Hahaha.
2 ulasan:
Usop Santorian ! :D
minat ek? ;)
Catat Ulasan