~> KONSERT TERHANGAT DI PASARAN <~

Sabtu, 2 Februari 2013

Mati hidup kembali


Assalamualaikum

Fuh! Alhamdulillah. Punya la risau BL risau takut tak lepas exam ni. Tapi akhirnya. Syukur! Hahahahaha. Okay la. BL malas nak merapu panjang sangat entri kali ni. Sekadar nak berkongsi perasaan puas dan lega lulus Computerised Unit Trust Exam (CUTE) petang tadi. Fuh! Alhamdulillah.


Sebenarnya tak susah mana pun exam ni. Tak caya try Tanya member korang yang pernah ambil exam ni. Ala setakat objektif jer kan. Tapi jenis yang lambat tangkap macam BL ni memang ketaq lutut juga la nak ambil exam ni. Punya la dok pulun pergi kelas tutorial dengan mengadap nota dalam cd sebulan yang lepas. Akhirnya. Alhamdulillah. Syukur.


Untuk apa ek BL amik exam ni? Haa. Sebenarnya memang dah lama BL rancang nak amik exam ni. Dari tahun lepas lagi rancang nak ambil. Cuma dok bertagak (tangguh) ja. Fikir punya fikir awal tahun ni BL buat keputusan untuk daftar dengan suatu syarikat unit amanah (Unit Trust) sebagai konsultan unit amanah. Sebulan jadi penganggur terhormat kot semata mata nak study untuk ambil exam ni. 

Hurm. Apa yang menarik sangat jadi konsultan unit amanah ni? Haa. Untuk persoalan ni bergantung kepada minat sebenarnya. BL memang minat sangat dalam bidang perniagaan ni terutama yang melibatkan produk kewangan. Sanggup ambil keputusan berhenti kerja woo semata mata nak join kerjaya ni. Takpa ni jalan yang BL pilih. Redah jer. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan kan? 

Hari Isnin depan akan bermula training sebagai konsultan unit amanah. Fuh! Macam tak sabar pula nak tunggu hari Isnin ni. Okay la korang. Sampai sini saja kot entri kali ni. Entri dengan tajuk macam tiada kaitan kan? Belasah jer. Hahahahaha. Sekian. Wassalam.

BL: Korang berminat nak join kerjaya sebagai konsultan unit amanah?   

Tiada ulasan:

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)