Ahad, 19 Februari 2012

Mengapa Sambung Belajar Di Tingkatan Enam Adalah Pilihan Bijak?

Assalamualaikum


Salam semua kepada pembaca blog Budak Logam.. Kali ni BL sekadar nak berkongsi entri tentang pendapat sahaja.. Terutama kepada adik adik yang ternanti-nanti keputusan peperiksaan SPM yang bakal diumumkan tak lama lagi.. Sudah pasti bagi mereka yang telah memasang cita-cita untuk melanjutkan pelajaran masih tertanya-tanya bidang apa yang bakal diceburi kelak bukan? Okay! Malas nak berceloteh panjang.. Sebelum tu sekadar nak bertanya satu soalan sahaja.. Berminat tak korang untuk menyambungkan pelajaran diperingkat STPM pula? Atau dalam erti kata lain masuk tingkatan enam la? Amacam? Berminat? Tak minat?


BL tanya soalan ni bukan apa.. BL ada membuat sedikit 'survey' tentang pendapat rakan sekerja BL yang kebanyakkannya pelajar lepasan SPM.. Kebanyakkan respon yang diberi mereka lebih cenderung untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma atau Matrik berbanding STPM.. Antara alasan yang diberi belajar di tingkatan enam tak 'glamour' la, bosan nak jadi budak sekolah la, dan macam macam lagi.. Takpa masing masing ada pendapat tersendirikan.. Hehehe.. 

Bagi BL belajar di peringkat tingkatan enam adalah lebih berbaloi kot.. Sekadar pandangan BL sahaja lah..

Masa

Tempoh pengajian di peringkat tingkatan enam dalam 1 tahun setengah sahaja kan? Ala lambat setengah tahun je dari budak Matrik betul tak? Hehehe.. Kalau korang sambung belajar diperingkat diploma pula sudah ambil masa tiga tahun betul tak? Kalau korang rancang nak sambung belajar sampai diploma saja pastu nak melangkah ke alam pekerjaan tak apa la.. Tapi kalau korang merancang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah rasanya belajar diperingkat STPM adalah antara jalan yang terbaik.. 

Wang

Haa.. Dalam bab ni belajar di peringkat tingkatan enam paling jimat kot.. Tak percaya? Kalau korang sambung belajar diperingkat diploma yuran pengajian sudah berapa kan? Tu tak kira ambil pinjaman PTPTN lagi.. Kalau belajar dekat kolej Swasta lagi la berat yuran yang bakal dikenakan betul tak? Ala setakat yuran sekolah tak la semahal yuran kolej betul tak? Tu tak kiran kos lain lagi.. Terutama badi mereka yang merantau jauh.. Kena cari rumah sewa la.. Macam macam lagi la kan.. Hehehe..

Beban

Hurmmm.. Siyes belajar diperingkat tingkatan enam paling relax kot.. Minumum subjek yang korang perlu daftar untuk mengambil peperiksaan STPM dalam empat subjek saja kan.. Campur sikit dengan ujian MUET baru lima subjek yang korang kena belajar.. Paling maksimum pun dalam lima subjek saja yang korang boleh ambil.. Kalau korang masuk diploma silibus pelajaran adalah mengikut semester.. Dalam satu semester tu paling minimum dalam empat subjek yang korang bakal kena ambil.. Setiap semester subjek lain lain kan? Strategi korang kan nak sambung belajar diperingkat ijazah? 


Haa.. Ni la sekadar pendapat aku mengapa belajar di tingkatan enam adalah pilihan terbaik.. Apa-apa pun terpulang kepada minat korang juga la kan.. Kalau dah bercita-cita nak jadi Jurutera tu lebih baik korang sambung buat diploma saja kan dekat politeknik atam mana-mana IPTA yang menawarkan program kejuruteraan kan.. Tepuk dada tanya selera.. Buat pilihan yang bijak.. Sekadar pandangan BL je ni.. Sekian, Wassalam..


BL: Ala.. Belajar je dekat mana-mana pun.. Janji niat tu memang betul betul nak menimba ilmu.. Hehehe.. ;)

4 ulasan:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

GKSB ex-student yg amik STPM.

memang xmenyesal langsung amik stpm apatah lagi bila dah ada kehidupan mcm skrg ni...

;)

Chempaka Aziz berkata...

saya memang lepasan STPM.slps tu continue degree.memang belajar zamn ni paling best!

tambahan entri BL:-budak form 6 ni adalah yg paling"tua" kat sek..so glam jugalah masa tu...hihi..pakai kasut hitam,tak yh bawak beg,bwk fail je coz tk byk buku nak bawak.tulis pun bukan nota meleret2 tapi skdar yg ringkas2 sj coz cikgu dah tahu kita boleh gerak sdri.mmg enjoy this time.mmg bdk STPM kalau score dah sure terus buat degree.tapi bdk matrik kalau sangkut...mereka hanya ada sijil spm sja.rendah lagi dari budak stpm.at least depa ada stpm.setiingkat lebih tinggi.tapi tu lah stpm ni kan kt sek,so mmg masih panggil bdk sekolah.tapi bdk matrik kat U,so depa dah dapat panggilan bdk U...itu saja.apa pun,belaja kat mana yg penting komitment itu...

Unknown berkata...

Lpas stpm tu.. Pergi sambung degree brape tahun ? Sem ada brape?

Unknown berkata...

Selalunya lps stpm,nk sambung degree,brape tahun ? Sem pulk ada brape?

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)