Ahad, 4 September 2011

Tahun Ni Raya Sakan Dalam Rimba

Assalamualaikum 

Wahhhh.. Rindu la nak update blog usang ni.. Pejam celik.. Pejam celik.. Dah hampir seminggu beraya kan.. Esok masing masing dah kembali bekerja.. Haa.. Ka dah ada yang masuk kerja.. Takpa dah tugas kan.. Layan aja.. Haa.. Korang pula amacam? Banyak kumpul angpau raya ka? Kuih muih raya dah habis belum? Hehehe.. Urmmm.. Tahun ni BL sekadar beraya bersama keluarga aja.. Yelah dah keluarga besar kan.. 

Raya pertama aja dari pagi sampai petang pergi ziarah rumah mak dan bapa saudara aja.. Tu pun ada yang tak sempat nak jumpa.. Masuk hari raya kedua pula pergi ziarah sanak saudara sebelah ayah pula.. Memang tak bleh blah betui.. Raya sakan punya pasal sampai boleh jumpa menatang tu.. Hahaha.. Adoiii.. Memang tak leh lupa raya tahun ni.. Haa.. Korang nak tahu apa? Pelan pelan baca noh.. Kalau tak mau pon takpa.. Klik aja tanda pangkah kat atas tu.. Hehehe.. 


Haa.. Kisah dia macam ni.. Kes nak tunjuk tanah pusaka arwah tok wan la ni.. Dah alang alang jarang balik kampung.. Pak Long ajak ayah nak pergi tunjuk tanah wasiat peninggalan arwah tok wan.. Bukan apa sebelum ni sekadar bagi tau macam tu aja pasal tanah tu.. Tapi masih belum pergi cari lagi dekat mana.. Bukan tak mau amik berat.. Cuma tak ada kesempatan nak pergi cari.. Haa.. Dah alang alang Pak Long nak pergi cari.. Apa lagi beramai ramai la kami sekeluarga termasuk Pak Long jadi pemandu pelancong.. 

Fuhhh.. Bila fikir balik orang orang tua dulu dulu memang gigih betul usaha.. Kalau nak kira jarak dari rumah Pak Long sampai kawasan tapak tanah tu.. Jauh bebbb.. Tapi tu la.. Kadang kadang bila fikir balik.. Apa pasal la bila dah sampai anak cucu.. Gadai macam tu aja tanah tu kan.. Hurmmm.. Mungkin kepala otak diorang dah sampai tahap tak tahu nak usaha apa kot tanah tu.. Entah la.. 

Okay.. Berbalik pasal kisah tadi.. Pehhh.. Jauh tu memang tak mau kata la kan.. Orang lain sibuk raya ziarah rumah orang.. Kami sibuk beraya cari tapak tanah.. Jenuh punya dok cari.. Fuhhh.. Akhirnya jumpa juga.. Tanah rimba woi.. Bila la agaknya nak usaha tanah tanah ni agaknya.. Yelah.. Masa nak ada dekat rumah pun masa hari minggu.. Hari lain masing masing sibuk dengan hal sendiri.. Jawabnya tunggu ayah pencen kot baru boleh usaha tanah tu.. Harap harap macam tu la.. Hurmmm.. 

Opsss.. Lupa pulak.. Menatang yang aku maksudkan tu.. Ala binatang yang gitu gitu tuu.. Kerbau pendek.. Boleh faham kot.. Hahaha.. Tahun ni raya memang lain dari yang lain.. Memang tak bleh blah.. Grrrrrr.. Nasib baik la menatang tu lari.. Buat kena kejar.. Naya wooo.. Kalau masa sekolah dulu takpa la.. Setakat nak pecut tak ada hal.. Sekarang ni badan dah berkilo kilo.. Rasanya semput gak la kalau nak lari.. Fuhhh.. Alhamdulillah.. Tak jadi apa apa.. 

BL: Tahun ni raya ala kadar aja.. Rumah member member pun tak sempat nak ziarah.. Sekadar ziarah rumah sanak saudara aja.. Macam ni la bila keluarga besar.. Huhuhu..

4 ulasan:

Unknown berkata...

salam, hebat pengalaman tu...

Bunga berkata...

bunga pun ala kadar jer tahun ni.

org tua biasa la..

Sunah Sakura berkata...

ahahahha...tak salam raya dengan benda tu keeee... :p

Ajumeh berkata...

singgah sini dan salam perkenalan dari saya :)

www.azmeerahmadshahruddin.blogspot.com

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)