Jumaat, 16 September 2011

Pesakit 'Sangap' Nekad Mencabul Jururawat

Assalamualaikum 

Hahaha.. Memang spesis ‘sex maniac’ nih! Ni mesti kes hari hari layan ‘porn’ kot.. Tu pasal 'sangap' sampai macam tu sekali..Grrrrrr.. Gadis gadis yang bakal dan telah jadi jururawat hati hati la kalau ada pesakit jenis macam ni.. 

Gara gara ghairah melihat seorang jururawat muda, seorang pesakit dipercayai gagal mengawal nafsunya apabila nekad meraba buah dada dan kemaluan gadis berkenaan dalam kejadian di bilik wad sebuah hospital pakar di Jalan Alor Akar, di Kuantan, kelmarin. 


Tidak cukup dengan itu, lelaki berusia 20 tahun yang sedang menjalani rawatan penyakit tonsil, turut mencium mulut dan pipi mangsa berusia 19 tahun itu.. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud, berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 petang, suspek dari Kemaman, Terengganu yang sudah dua hari berada di wad berkenaan dikatakan bertindak menekan butang bagi memanggil bantuan perubatan.. 

Beliau berkata, sebaik jururawat terbabit tiba untuk memberi bantuan, suspek kemudian meminta mangsa untuk memandikannya namun permintaan ditolak secara baik.. "Namun selepas permintaannya tidak dilayan, suspek yang berang kemudian secara tiba-tiba menarik tangan mangsa sebelum mencabulnya malah mencium mulut dan pipi mangsa," katanya ketika ditemui dipejabatnya, semalam.. 

Mohd Haris berkata, mangsa kemudian berlari keluar dari wad berkenaan dan memaklumkan kejadian itu kepada rakan setugas.. "Susulan kejadian terbabit mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada hari sama.. 

"Siasatan lanjut kini sedang dijalankan dan suspek akan ditahan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.. 

Sumber: Surat Khabar Berita Harian, Jumaat, 16 September 2011. 

BL: Fuhhh..Seminggu lebih blog ni dibiarkan terbiar macam tu aja.. Ada sapa sapa rindu tak? Huhuhu.. Apa apa pun dengan kesempatan ini BL ingin mengucapkan selamat bercuti ye.. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 dan Hari Malaysia 2011.. :)

3 ulasan:

Shazwan Azizan - wanblur berkata...

bila nafsu menguasai jiwa

Leen Ismail berkata...

erkkk..mintak dijauhkan dari sy. huuu

shafiqabdshukor berkata...

kesian..
cabaran utk jururawat2...

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)