Jumaat, 16 September 2011

Panduan Memilih Buah Durian Yang Baik

Assalamualaikum 


Salam semua.. Haa.. Korang peminat durian? Rasanya semua kenal kot durian ni benda apa kan.. Ada yang tak kenal? Sedap wooo lebih lebih lagi dimakan dengan pulut dan santap.. Peh! Melelehhhh.. Rugi la kalau ada yang tak minat dengan buah durian ni kan.. Okay sebelum tu nak terang serba sedikit info tentang buah durian ni.. Mereka mereka yang tak gemarkan durian sila abaikan entri ni.. Hehehe.. 

Durian merupakan sejenis buah tropika yang berasal dari Asia Tenggara yang isinya manis, lembut dan aromanya yang enak.. Ia menjadi kegilaan peminat buah-buahan tempatan yang sentiasa menantikan kedatangan musimnya saban tahun.. 


Raja buah ini juga dikatakan sedap dan berkhasit dimakan sebaik saja buahnya gugur sehingga empat hari kerana itu menandakan buahnya sudah masak dan tidak perlu dijolok, manakala kualiti rasanya akan berkurangan seminggu selepas gugur.. 

Selain rasanya yang sedap, durian juga antara buah-buahan tempatan yang memiliki banyak khasiatnya.. Ia mengandungi phytonutrien dan antioksidan tinggi yang dapat menurunkan kadar kolestrol dan membersihkan darah.. 

Kajian mendapati durian berpotensi mengelakkan jangkitan kulat kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semula jadi untuk membunuh jangkitan.. 

Tidak hairanlah ramai peminat durian tidak mahu melepaskan peluang menikmati sepuas-puasnya kerana ia lengkap dari segi rasa dan khasiatnya.. 

Menurut Chef Shamsul Rizal dari The Royal Chulan Kuala Lumpur, beliau berkata isi durian ini boleh dipelbagaikan untuk dijadikan suatu jenis juadah menu yang sedap dan lazat.. Ia juga boleh dijadikan tempoyak sebagai pes.. 

Selain itu, isi durian juga boleh diubah untuk dijadikan bubur, wafle, kek, krim kek, jemput-jemput (orang utagha panggil cekodok), aiskrim, roti dan sebagainya yang sesuai dengan cita rasa ramai.. 

Namun, keistimewaan berbanding dengan buah-buahan tempatan yang lain kerana ia tidak boleh dimasak atau dicampur bersama buah lain disebabkan aromanya mampu menenggelamkan rasa buah berkenaan..

Haa.. Ni nak kongsi sedikit panduan bagaimana untuk memilih durian yang baik.. 


  • Tengok luaran kulit durian.. Jangan pilih kulit yang ada kesan gigitan tupai, merekah atau kulitnya ada tompokan hitam kerana ia sudah busuk.. 
  • Tengok duri durian.. Cari buah yang berduri tumpul dan jarang.. 
  • Cuba rasa berat buah durian.. Kalau terlalu ringgan dibandingkan dengan saiznya, mungkin itu durian lama.. Cari durian yang mampat dan dirasakan beratnya sepadan dengan saiznya.. 
  • Tengok tangkal durian.. Jika tangkal berwarna coklat, kecut, dan kering berkemungkinan ia sudah lama gugur.. Cari yang berlendir dan berwarna hijau. Ada juga durian yang tangkainya jenis liat dan teguh.. Biasanya isi buahnya memang lebih sedap dan manis daripada biasa.. 
  • Cium bau durian.. Selalunya kalau durian yang cukup matang dan sedap, baunya pasti harum semerbak dan rasa begitu menyelerakan.. 


Haa.. Tak rugi makan buah durian ni.. Banyak khasiatnya.. Antaranya ialah.. 


  • Mengatasi sembelit kerana ia mengandungi banyak serat.. 
  • Mengatasi anemia kerana mengandungi folat atau Vitamin B9 yang boleh menghasilkan sel darah merah.. 
  • Menjaga kesihatan kulit kerana mengandungi Vitamin C yang berfungsi sebagai antioksidan dan antipenuaan.. 
  • Mengandungi banyak potasium atau kalsium sehingga baik untuk kesihatan tulang dan sendi.. 
  • Mengatasi migrain kerana mengandungi riboflavin atau vitamin B2.. 
  • Meredakan tekanan kerana mengandungi Vitamin B6 atau piridoksin. 
  • Menjaga kesihatan gigi dan mulut kerana mengandungi posphor..





Sumber: Surat Khabar Berita Harian, Jumaat, 16 September 2011. 


 BL: Amacam? lepas ni jom pakat ramai ramai pergi cari durian okay.. hehehe.. ;)

8 ulasan:

Sunah Sakura berkata...

ok akak abaikan entri...hahahahah

Emilly Amisa berkata...

wheeeee~~~~ br je mkn durian td :D trus tnmpak post nih~~~

suria lekatlekit berkata...

1 jer kekurangan durian.. tak blh buat jus buah sebab baunya yg terlalu harum.. :D

Chempaka Aziz berkata...

isi doyan yg kuning ni mmg sdp.rugi sapa yg tk makan.kuning mcm emas.jom tgok sni:http://chempaka-aziz.blogspot.com/

Aleen Aiden berkata...

penggemar durian dah datang!heh~

Unknown berkata...

salam, sukar juga nak cari orang jual durian yg betul2 elok dan puashati belinya....dgn tips ini InsyaAllah tak kena tipu lagi.

Bunga berkata...

hehehe..sblm ni ikut beli jer..eee

Cik Pulau berkata...

xreti pilih..
reti makan je,,haha

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)