Ahad, 1 September 2013

Gundah Gulana

Assalamualaikum

Dua pertiga dari tahun 2013 telah berlalu pergi. Tinggal satu pertiga saja lagi baki yang tinggal sebelum  melangkah masuk ke tahun 2014 masihi pula. Fuh! Sekejap sungguh masa berlalu kan? Hurm. Lapan bulan yang telah berlalu pergi. Setiap hari-hari yang berlalu ada kisah-kisah tersendiri untuk kita semua kan. Apakah pencapaian yang telah kita capai sejak dari awal Januari hingga kini? 



Aku? Setakat ini aku hanya fikirkan macam mana untuk improve (tingkatkan) pencapaian aku dalam bidang kerjaya yang aku ceburi sekarang ini. Sini. Mampukah aku mencapai target sebelum berakhir tahun 2013 masihi ini? Tambahan pula mulai tahun depan kadar simpanan asas Akaun 1 KWSP akan berubah ke kadar yang lebih tinggi. Hurm.

Sebelum aku berceloteh yang ntahapahapa dekat blog usang ini, aku ambil kesempatan ini hendak mengucapkan tahniah kepada pasangan blogger yang baru sahaja menimbang cahaya mata. Geng Kami Blogger Utagha (KBU) mesti sangat mengenali pasangan blogger ini. Nadh Zher Ee dan Syakira Yaakub. Tahniah Nadh jadi bapa juga ang noh! Kira iklan sekejap la ni. Hehehe.

Okay sambung balik. Kadang-kadang bermain difikiran aku adakah aku mampu mengejar impian yang aku impikan dalam kerjaya yang aku ceburi sekarang ini? Aku tidak menafikan kerjaya ini memang boleh Berjaya. Memang ramai yang telah Berjaya dalam kerjaya yang aku ceburi ini. Namun tidak dinafikan juga ramai juga yang telah gulung tikar dan telah beralih arah ke kerjaya yang lain pula. 

Aku cuba menjadi seorang yang positif. Aku berpegang kepada kata-kata pujangga seorang ahli gusti lagenda ini “If you want to be the man, you must beat the man. And that man is yourself.” - Ric Flair. Tidak kisah lah bidang apa yang kita ceburi sekalipun. Bagi aku jika hendak terus mara kehadapan minda harus positif. Ketepikan segala bisikan-bisikan negatif yang bermain difikiran kita. Jika orang lain boleh Berjaya takkan kita tidak boleh betul tak? Hurm.

Jika korang ada rakan-rakan atau saudara mara yang mungkin berminat untuk menceburi bidang kerjaya yang aku ceburi sekarang ini, korang boleh cadangkan kepada mereka untuk menghadiri Grand Business Opportunity Program (GBOP) yang akan diadakan pada tarikh 23 September 2013 dekat Sunway Hotel Seberang Jaya, Pulau Pinang. GBOP ini akan bermula pada pukul tujuh petang (7.00 PM). Untuk maklumat lanjut tentang kerjaya ini korang boleh hubungi  04-3702155 atau 04-3702156. Sekian, wassalam.

BL: Kerjaya ini mencabar tapi menarik. ;)

2 ulasan:

H Y D E berkata...

hang ni positif selalu.

baguih la baguih la

Udin berkata...

@H Y D E

positif kasi jiwa kita happy bro

negatif kasi jiwa stress hari hari

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)