Jumaat, 24 Januari 2014

Sedih tapi benar

Assalamualaikum

Salam hari Jumaat 22 Rabiul Awal 1435 Hijrah. Entri kali ini sekadar berkongsi pandangan jer. Hurm. Aku sedih sebenarnya bila tengok gelagat segelintir orang melayu kita ni yang gadai tanah hasil peninggalan nenek moyang mereka tu. Habis dijual kepada bangsa lain.

Gambar sekadar hiasan ;)

 
Diorang tak terfikir ker macam mana nasib anak cucu cicit diorang nanti masa akan datang? Alasan diorang pasal tak tau nak usaha apa tanah peninggalan nenek moyang mereka tu? Dari dibiarkan macam tu lagi baik jual. Hurm.

Pada pendapat aku lah kalau wang hasil jual tanah tu disimpan atau dilaburkan di tempat yang kalis Inflasi takpa la juga. Tak pun beli aset hartanah lain ker kan? Tapi sayang dihabiskan kepada benda yang susut nilai dan tak sepatutnya.


Yelah tanah diorang kan? Lantak diorang lah nak buat apa pun betul tak? Aku nak sibuk sibuk apa citaaa? Memang betul tanah diorang cuma cuba fikirkan kesan kepada anak cucu cicit nanti macam mana? Tambahan sekarang nak beli rumah bukannya harga macam dulu dulu dah? Macam dekat penang ni? Fuh! Gila bapak ahhh punya mahal harga rumah beb!  

Andaikanlah kalau untung hasil jual tanah tu RM 500,000. Kalau disimpan atau dilaburkan di tempat yang kalis Inflasi agak agak berapa bakal dapat? (Anggaran purata kadar pulangan setahun 10%-15%)

Andaikan anggaran kadar pulangan setahun = 10%

FV = PV (1+i)^n

FV = ?
PV = RM 500,000
i = 10%
n = (andaikan 7 tahun)

FV = RM 500,000 (1 + I)^n
FV = RM 500,000 (1 + 10%)^7
FV = RM 500,000 (1.1)^7
FV = RM 500,000 (1.9487171)
FV = RM 974,358.55


Nampak tak kalau disimpan atau dilaburkan di tempat yang bagi anggaran kadar pulangan setahun 10% dalam tempoh tahun 7 tahun nilai wang RM 500,000 tu akan berkembang kepada RM 900,000 lebih. Lagi lama wang tu disimpan dan dilaburkan lagi berkembang kembanglah nilai wang tu.

Sekali lagi aku tekankan dari dibazirkan macam begitu sahaja wang hasil jual tanah nenek moyang kepada benda yang susut nilai dan tak sepatutnya adalah lebih baik di simpan dan dilaburkan ke tempat yang kalis Inflasi. Sekurang kurangnya dapat la juga wang tu berkembang dari di bazirkan macam tu sahaja kan? Tanah pun dah habis gadai kan? Tu belum kira bab berkelahi riuh rendah pasal berebut tanah! Sekadar pandangan jer. Jom layan klip video dekat bawah ni. Hehehe. ;) Sekian, Wassalam.



BL: Jom gandakan simpanan di tempat yang kalis Inflasi! Berminat? Sini.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Hello Admin!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)