Memaparkan catatan dengan label Hukum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hukum. Papar semua catatan

Khamis, 15 Disember 2011

Filem Pendek Tentang Hudud! Oley!!

Assalamualaikum


Sekadar berkongsi video mengenai sebuah filem pendek yang menerangkan Hudud secara umum.. Filem pendek ni diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk 'Musim hudud' dan 'Hudud PAS lagi'.. Semoga klip video ni dapat memberi manfaat dan menjawab segala persoalan dan kekeliruan tentang hukum Hudud..

Sabtu, 10 Disember 2011

Adakah Hukum Merokok Itu Haram?

Assalamualaikum


Kali ni aku nak berbicara pasal isu merokok pula.. Gejala merokok ni bukan sahaja melibatkan golongan dewasa sahaja tapi turut juga melibatkan golongan muda yang masih lagi di bangku sekolah.. Paling menyedihkan golongan wanita juga turut terjebak dengan gejala merokok ni.. Sebelum ni aku pernah buat entri mengenai adakah hadis mengenai hukum merokok palsu? Hurmmm.. Sudah pasti isu seperti ni tidak akan disenangi oleh perokok perokok tegar di luar sana.. Kali ni aku nak kongsi info dari blog Ar-Rifke mengenai fatwa merokok pula.. Adakah hukum merokok ni haram?

Jumaat, 9 Disember 2011

Bila Manusia Jahil Berbicara

Assalamualaikum


Alahai.. Sebelum ni pasal isu golongan artis bagi pandangan mereka tentang hukum Hudud.. Kini timbul pula isu penyebaran video di Youtube yang seolah-olah macam mempersendakan hukum Hudud.. Tak kan politik punya hal.. Sanggup mempersendakan hukuk agama? Apa motif la melakonkan babak ni semua? Macam main main pula.. Korang tengok sendiri la video ni.. Hampeh!

Khamis, 6 Oktober 2011

Pandangan Mereka Tentang Hudud

Assalamualaikum

Alahai.. Sedih bila baca komen komen artis pasal hukum hudud ini.. Adoiii.. Nak salahkan siapa? Wartawan pasal tanya soalan kepada artis artis tersebut? Habis tu macam mana pula dengan pandangan Sisters in Islam yang mendakwa hukum hudud tidak adil kepada wanita? Haish! Haru biru betoi la depa ni.. Bagi BL la kan.. Kalau sesuatu perkara tu kita tak tahu, lebih baik diamkan diri aja.. Sebab bila dah tersalah cakap, nampak sangat diri tu jahil! 

Mengapa nak dipersoalkan pasal hukum hudud tu? Ni hukum Allah S.W.T. okay.. Ada yang cakap tak sesuai diamalkan dizaman ni la.. Kesian la.. Itu la.. Ini la.. Apa kes?! Kalau tak tahu duduk diam sudah! Jangan bikin malu diri sendiri wei! BL tak nak komen apa apa.. Korang nilai sendiri gambar dekat bawah ni.. Hurmmm..

Sabtu, 16 Julai 2011

Mengapa Masih Dianggap Zina Walaupun Sudah Bernikah?

Assalamualaikum


Salam semua.. Hurmm.. Entri kali ni sekadar perkongsian untuk renungan bersama.. Jika berlaku sesuatu kes dalam sesebuah keluarga dimana anak perempuan mengandungkan anak luar nikah, antara jalan penyelesaian adalah dengan mempercepatkan perkahwinan anak itu demi untuk menutup malu.. Tapi? Persoalannya adakah pernikahan seperti itu sah? Jika tidak sah, maka ini bermakna pasangan tersebut hidup dalam zina? Untuk menjawab persoalan ni sila teruskan membaca artikel ini.. Mengapa Masih Dianggap Zina Walaupun Sudah Bernikah?


Khamis, 14 Julai 2011

Hukum Berkahwin Dengan Orang Yang Pernah Berzina?

Assalamualaikum


Hurmm.. Sambil baring atas katil sambil layan album Butterfingers, terlintas satu persoalan yang pernah ditanya oleh member aku masa dekat kampus dulu.. Lebih kurang macam ni la.. "Hangpa boleh terima tak kalau dah kawin nanti isteri hangpa buat pengakuan dia pernah berzina? Tapi dia dah bertaubat? Hangpa sanggup terima tak isteri hangpa tu?" Peh! Aku dengan member lain tersentap dengar soalan cepu emas member aku ni..

Jawapan aku senang aja, aku berpegang pada satu pernyataan ni.. "Orang baik akan dijodohkan dengan orang yang baik, manakala yang sebaliknya akan dijodohkan dengan orang yang sama taraf dengan mereka" Tapi semua ni atas ketentuanNya bukan? Mungkin jika seseorang itu dijodohkan dengan seseorang seperti itu adalah satu ujian untuk menguji tahap keimanan seseorang itu.. Tapi? Bolehkah kita terima jika kita dalam situasi sedemikian? Adakah kita sanggup lagi menerima si dia?

Maka sambil godek godek pasal isu ni aku jumpa satu artikel berkaitan hukum berkahwin dengan orang yang berzina ni..

Selasa, 26 April 2011

Hukum Berkhatan Lelaki Dan Perempuan

Assalamualaikum




Kebanyakan kita hanya tahu atau rasa bertanggungjawab untuk mengkhatan anak-anak lelaki sahaja. Dizaman moden sekarang tidak ramai yang tahu atau sedar tentang keperluan berkhatan untuk anak-anak perempuan, banyak anak-anak perempuan sekarang yang membesar menjadi anak dara atau isteri-isteri yang tidak dikhatan. Apakah ini salah satu dari banyak punca-punca yang menjadikan anak-anak gadis sekarang sukar dikawal???

Selasa, 22 Mac 2011

Hukum Memakai Cincin Bagi Lelaki

Assalamualaikum


anda suka pakai cincin? sebab apa anda memakai cincin terutama lelaki? adakah mengikut trend atau disebabkan sesuatu? salah atau tidak jika seseorang lelaki memakai cincin? jawapannya adalah tidak salah bagi lelaki untuk memakai cincin tetapi harus mengikut apa yang disarankan oleh Baginda Rasullullah S.A.W..




Rasulullah s.a.w. ada mengingatkan menantunya Sayidina Ali k.w. sebaik mengahwini puteri baginda Sayidatina Fatimah r.ha. Baginda berpesan kepada Sayidina Ali, jika memakai cincin, pakailah di:

1. Jari manis
2. Jari kelingking


Rasulullah s.a.w. menegah memakai cincin pada jari tengah (jari hantu) dan jari telunjuk. Kenapa? Kerana ia menyamai cara kaum Nabi Lut berhias. Kaum Nabi Lut itu ialah kaum dilaknati Allah kerana derhaka kepada-Nya.

Justeru, sama ada anda lelaki atau perempuan, ikutlah sunnah nabi s.a.w. apabila berhias memakai cincin. Bukan sahaja jari manis dipandang, malah dapat pahala pula.


Jumhur fuqaha' berpendapat ia adalah sunnah Nabi; Imam al Baihaqi dalam al Jami' menjelaskan ia adalah sunnah. Imam az Zuhri meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahwa Nabi bersabda,aku diperintah memakai kasut dan cincin (alQadhi dalam kitab libas wal zinah min assunnah hal.172)

Bahan/logam pembuatan cincin?

Imam al Baihaqi: perak bagi lelaki dan emas bagi wanita. Dalil diharamkan emas bagi lelaki, HR Ibn Abbas meriwayatkan Nabi telah terlihat seorang lelaki memakan cincin mas, baginda mengambilnya dan melemparkannya. (HR Muslim) Logam-logam lain: Ibn Rajab al Hambali; makruh memakai cincin besi, tembaga dan tembaga merah. Harus memasukkan batu permata pada cincin; kecuali batu permata atau seumpamanya yang berkaitan dengan khurafat.

Hukum membuat tulisan pada cincin?

Imam al Baihaqi: harus menulis tulisan pada cincin kerana berdasarkan amalan Nabi saw yang membuat sebentuk cincin dr perak dan menulis kalimah Muhammad RasuluLlah.Ibn Umar, Imam Syafi'iy, para khalifah dan hakim menulis nama-nama mereka pada cincin merka. Imam Nawawi (alAzkar) harus menulis kalimah zikrullah atas cincin

Hukum memakai beberapa bentuk cincin?

Imam al Baihaqi: tidak ada keterangan melarang amalan memakai cincin lebih daripada satu. Ia terpulang kepada adat, tempat dan kumpulan manusia

Mana lebih afdhal, pakai pada tangan kiri atau kanan?

Al Baihaqi: Rasulullah saw dan seluruh para khulafa arrasyidin memakai pada tangan sebelah kiri. Namun ia menjadi khilaf fuqaha': Malik dan Syaf'iy: afdhal tangan kiri; Hanbali dan Hanafi: sebelah kanan.

Imam Nawawi: (kitab: syarah sahih Muslim) Jumhur fuqaha' berpendapat harus pada jari kiri tetapi tiada makruh memakai pada jari kiri atau kanan.

Pada jari manakah lebih afdhal?

Imam Malik, Syafi'iy dan Hanbali: yang paling utama ialah jari kelingking, sesudah itu jari manis (al binsyir)

Keutamaan memberi cincin sebagai hadiah?

Ibn Hajar asqalani (al Isti'dad): HR Aisyah menceritakan sebelum Allah memasukkan ahli syurga ke Syurga , Dia mengutus Malaikat yang membawa pakaian dan sesuatu hadiah; ditanyakan apakah hadiah itu. jawab Aisyah: 10 bentuk cincin

Menjadikan cincin sebagai sebahagaian daripada mahar (maskahwin)?

Ia harus dan menjadi sebahagian daripada adat umat Islam menjadikan cincin sebagai tanda pertunangan dan mahar, Ini menepati dengan firman Allah dan kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka (wanita yang dikahwini) dengan mahar yang banyak.: (maksud s An Nisa': 20)


sumber: sini

Isnin, 21 Mac 2011

Apakah Hukum Nikah Di Masjid?

Assalamualaikum


hurm.. ramai sudah baca belum tentang kenyataan akhbar kosmo bahawa "amalan nikah di masjid di dakwa amalan kristian".. sini.. maka aku ada jumpa satu artikel berkaitan hukum akad nikah di masjid..
untuk lebih kepastian sila baca artikel ni..


Khamis, 17 Mac 2011

APAKAH HUKUM MEMAKAI GELANG BAGI LELAKI?

Assalamualaikum




Apa pandangan dan reaksi anda apabila melihat seorang lelaki memakai seutas gelas pada pergelangan tangannya ? Bagi kita yang berbangsa Melayu yang telah sebati dengan ajaran bahawa gelang adalah pakaian perhiasan bagi wanita, tentu kita akan memandang dengan perasaan kurang senang dan tidak kurang pula yang akan melemparkan pelbagai tuduhan walaupun hanya melalui luahan di dalam hati.

Selasa, 1 Februari 2011

Hukum Oral Seks? Haram? Makruh? Atau Harus?

Assalamualaikum



hurm.. kebelakangan ni agak jarang update belog.. so time tengah da masa terluang ni.. kali ni nak share dengan korang hal berkaitan hukum pulak.. seperti mana tajuk entry di atas.. isu yg nak dibincangkan berkaitan hukum oral seks ni.. isu ni amat sesuai dijadikan panduan kepada pasangan yg bakal berumah tangga atau telah berumah tangga.. 

Jumaat, 7 Januari 2011

Apakah Hukum Mandi Telanjang?

Assalamualaikum..




hurm.. kali ni aku nak kongsi hal berkaitan hukum agama pulak.. aku terbuka hati nak kongsi pasal isu ni setelah terbaca akhbar kosmo hari ni di ruangan soal jawab agama.. penah kah korang terdengar dari sapa sapa samada member member atau keluarga yg mengatakan jika kita mandi bogel telanjang maka amalan yg kita lakukan selama 40 hari tidak dikira? biar betul? cuba bayangkan selama 40 hari amalan yg kita dilakukan tidak diterima.. Nauzubillah.. mintak simpang jauh la.. persoalannya adakah benar fakta ini?

Khamis, 23 Disember 2010

Hukum Melancap atau Onani?

Assalamualaikum


sebelum ni BL selalu wat entry pasal cite jepun la, kamen rider la, dan ntahapahapantah g kan? kali ni nak kongsi tentang satu artikel berkaitan hukum melancap atau onani di dalam Islam? memang tidak dinafikan kebanyakkan golongan laki laki suka sangat dengan habit melancap atau onani ni.. bila ditanya ramai yg cakap tak leh kawal nafsu la.. tak cukup dwet nak kawen la.. ada jugak yg cakap lebih baik onani dari layan pelacur.. hoho.. tak kisah la.. tu pendapat masing masing.. BL tak maw komen apa apa pasal isu ni.. jom hayati artikel tentang hukum melancap ini semoga dapat memberi kesedaran kepada kita semua especially kaum kaum adam.. hehe.. :D

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)