Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Ogos 2013

Apakah erti MERDEKA pada diri kita?

Assalamualaikum

Sekadar entri ringkas jer kali ni. Sekadar nak berkongsi pandangan aku tentang isu video "Lelaki Mengamuk Rampas Bendera Sang Saka Malaya" yang telah tersebar di laman Youtube, FacebookTwitter dan juga media sosial yang lain. Apa pendapat korang atas tindakan berani lelaki tersebut? Adakah korang setuju dengan tindakan lelaki tersebut? Atau sebaliknya?


Selasa, 6 Ogos 2013

Roh Yang Kembali Di Bulan Ramadhan?

Assalamualaikum

Entri kali ni sekadar nak berkongsi satu artikel tentang Roh yang kembali di bulan Ramadhan. Tahukah korang bahawa apabila tiba bulan Ramadhan semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T. untuk kembali ke bumi?


Ahad, 28 Julai 2013

Meniti Titian Sirat

Assalamualaikum

Sekadar renungan bersama. Dipetik dari album Langit dan Bumi (1986) yang berjudul Meniti Titian Usang. Lirik lagu kumpulan Rock lagenda Malaysia ini sangat memberi impak kepada diri aku yang sentiasa terleka dengan pancaroba hidup di dunia ini. Jom kita hayati maksud tersirat disebalik lirik lagu Meniti Titian Usang dari kumpulan Search ini.



Jumaat, 26 Julai 2013

Salam Nuzul Al-Quran 1434 Hijrah/2013 Masihi

Assalamualaikum

Pertengahan Ramadhan yang dijanjikan keampunan oleh Allah S.W.T. sudah hampir ke penghujungnya. Masa berlalu dengan cepat kan? Pejam celik pejam celik kita sudah berada di pertengahan Ramadhan. Hurm. Hari ini, sudah masuk 17 Ramadhan 1434 Hijrah bersamaan 26 Julai 2013. Di pertengahan Ramadhan ini juga  ada peristiwa besar yang selalu kita sebut sebagai Nuzul Al-Quran. Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-Quran atau Quran bererti bacaan atau himpunan. 


Isnin, 10 Jun 2013

Mengapa simpanan untuk persaraan perlu mula dari usia muda?

Assalamualaikum

Simpanan untuk persaraan? Bagi segelintir anak muda macam aku ni mungkin tak berapa nak kisah sangat kan? Umur 30 tahun pun belum masuk lagi. Apa nak sibuk sangat pasal simpanan untuk persaraan betul tak? Hurm. Dulu memang aku fikir macam tu. Tapi sejak aku mula aktif dalam kerjaya sebagai perunding kewangan ni bagi aku perancangan simpanan untuk persaraan harus bermula dari usia muda yakni sekarang!


Mengapa simpanan untuk persaraan ni harus bermula dari usia muda? Sebelum tu aku nak berkongsi kisah keluhan seorang pakcik semasa aktiviti aku dengan business partner buka kaunter jualan di sebuah pejabat kerajaan minggu lepas. Pakcik ni mengakui dia menyesal kerana tidak mulakan langkah merancang simpanan untuk persaraan dari usia muda lagi. Kini dia dah berusia 58 tahun dan masih lagi bekerja akibat bebanan hutang.

Selasa, 30 April 2013

Ilmu bukan untuk makan gaji?

Assalamualaikum

Sekadar nak berkongsi entri ringkas sahaja kali ni. Artikel keratan akhbar ni agak menarik untuk dibaca. Pada pendapat BL tak salah jika siswazah nak cari pengalaman dulu selepas tamat pengajian nanti. Tapi tanamkan niat untuk berhijrah sebagai usahawan pula nanti. Pengalaman bekerja makan gaji tu hanya sekadar sebagai panduan untuk mengorak langkah sebagai usahawan pula. Jika bangsa lain boleh berjaya takkan kita tak boleh berjaya kan? Takkan kita hanya sekadar melihat bangsa lain berjaya sedangkan kita hanya makan gaji sehingga bersara? Renung-renungkan. :)

Sabtu, 22 September 2012

Sekeping Ijazah Tidak Jamin Kehidupan Lebih Baik?

Assalamualaikum



Hurm.. Kali ni aku tertarik nak kongsi dengan korang pasal satu artikel akhbar yang aku jumpa dekat Facebook.. Korang baca tajuk entri pun dah dapat tangkap apa yang ingin aku sampaikan kali ni.. Entri ni lebih sesuai untuk bakal graduan sebenarnya.. Sebelum tu aku nak Tanya korang satu soalan sahaja.. Apa tujuan korang sambung belajar sebenarnya?


Tak kisah la diperingkat sijil kah.. Diploma kah.. Ijazah kah? Untuk apa? Adakah niat korang sambung belajar kerana nak mengharapkan peluang pekerjaan mengikut kursus yang korang pilih setelah tamat belajar kelak? Atau untuk apa korang habiskan masa dalam beberapa tahun di kampus?

Jumaat, 30 Disember 2011

Kisah Bermulanya Anak Tarzan

Assalamualaikum

Sekadar renungan bersama.. Ini la hakikat yang sering terjadi dalam masyarakat kita..


Jumaat, 16 Disember 2011

Mereka Memang Kejam!

Assalamualaikum


Kejam! Nyawa insan yang tak bersalah dipertaruhkan sedemikan rupa.. Lihat la sendiri betapa kejamnya bangsa laknatullah ni.. Video yang aku nak kongsikan ni telah tiga kali dihapuskan dari laman Youtube dan Facebook..


Khamis, 15 Disember 2011

24 Jam Dosa Di Facebook?

Assalamualakum


Huh!? Biar betul ni? Apakah yang dimaksudkan dengan 24 jam dosa di Facebook ni? Padahal sekadar berborak dengan ahli keluarga dan rakan rakan sahaja kan? Bagaimana pula boleh mendatangkan dosa? Nak tahu? Jom layan video di bawah ni..


Filem Pendek Tentang Hudud! Oley!!

Assalamualaikum


Sekadar berkongsi video mengenai sebuah filem pendek yang menerangkan Hudud secara umum.. Filem pendek ni diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk 'Musim hudud' dan 'Hudud PAS lagi'.. Semoga klip video ni dapat memberi manfaat dan menjawab segala persoalan dan kekeliruan tentang hukum Hudud..

Ahad, 13 November 2011

Manusia Semakin Pelik!

Assalamualaikum


Hish! Aku tak tau la nak cakap apa.. Boleh istigfar aja la.. Semakin rosak manusia hari ni.. Semakin hari semakin pelik.. Dengan maksiat la.. Kes bunuh la.. Seks luar tabie.. Macam macam lagi la.. Korang tengok sendiri la gambar dekat bawah ni.. Hurmmm.. 

Sabtu, 22 Oktober 2011

Fesyen Tudung Menyerupai Rahib Kristian?

Assalamualaikum


Macam-macam fesyen tudung aih yang ada kat pasaran sekarang ini.. Kalau pergi lepak dekat luar boleh perasan gadis/wanita yang mengayakan fesyen tudung yang pelbagai jenis bukan? Lebih lebih lagi yang digayakan oleh geng geng artis.. (Boleh kira dengan jari) Dari sudut positif bagus juga la bila ada fesyen tudung yang pelbagai ini.. Sekurang-kurangnya dapat juga la nak tarik minat gadis/wanita yang sebelum ini tidak pernah bertudung kepada bertudung kan? Walaupun hanya segelintir.. Alhamdulillah..

Tapi, sejak kebelakangan ini BL perasan ramai pula yang menyebarkan artikel di laman Facebook tentang isu fesyen bertudung yang dikatakan menyerupai rahib Kristian.. Hurm.. Macam macam aih.. Maka BL tertarik nak berkongsi dengan pembaca jawapan dari Ustaz Ahmad Adnan Fadzil sendiri tentang isu ini.. Jom sama sama kita renungkan bersama..

Khamis, 6 Oktober 2011

Pandangan Mereka Tentang Hudud

Assalamualaikum

Alahai.. Sedih bila baca komen komen artis pasal hukum hudud ini.. Adoiii.. Nak salahkan siapa? Wartawan pasal tanya soalan kepada artis artis tersebut? Habis tu macam mana pula dengan pandangan Sisters in Islam yang mendakwa hukum hudud tidak adil kepada wanita? Haish! Haru biru betoi la depa ni.. Bagi BL la kan.. Kalau sesuatu perkara tu kita tak tahu, lebih baik diamkan diri aja.. Sebab bila dah tersalah cakap, nampak sangat diri tu jahil! 

Mengapa nak dipersoalkan pasal hukum hudud tu? Ni hukum Allah S.W.T. okay.. Ada yang cakap tak sesuai diamalkan dizaman ni la.. Kesian la.. Itu la.. Ini la.. Apa kes?! Kalau tak tahu duduk diam sudah! Jangan bikin malu diri sendiri wei! BL tak nak komen apa apa.. Korang nilai sendiri gambar dekat bawah ni.. Hurmmm..

Rabu, 5 Oktober 2011

Video Tun Dr. Mahathir (Dr. M) Vs. Yahudi

Assalamualaikum

Malam ini BL nak berkongsi satu video tentang Tun Dr. Mahathir (Dr. M) berdebat dengan seorang pengacara berbangsa Yahudi.. BL tak pasti sama ada video ini masih baru atau lama, yang pasti tayangan video selama 7 minit 33 saat ini membuktikan mengapa Tun mampu mentadbir negara kita Malaysia dalam tempoh yang lama.. Sebelum tu sila layari dahulu klip video ini..

Khamis, 25 Ogos 2011

Ramai Rela Hati Peluk Islam Ketika Ramadan Di Sana

Assalamualaikum


Alhamdulillah.. Bertambah lagi saudara Islam di sana.. Ketika negara kita tegang dengan isu murtad.. Di sana pada dua minggu awal Ramadhan.. Ramai warga asing memutuskan untuk memeluk Islam, dimana lebih separuh daripadanya adalah rakyat Filipina.. Subhanallah.. Terbuka juga hati mereka untuk memeluk Islam.. Tapi.. Bila kenangkan isu murtad di negara kita.. Sedih.. Siapakah yang harus dipersalahkan? Diri sendiri?

Ahad, 14 Ogos 2011

Jawapan Dr Asri Tentang Isu Larangan Bacaan Al-Quran Menggunakan Pembesar Suara Di Masjid Dan Surau Di Pulau Pinang

Assalamualaikum


Hurmm.. Sekadar berkongsi artikel jawapan dari Dr. Asri tentang isu larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara di negeri Pulau Pinang.. Sila fahami betul betul apa yang tersurat dan tersirat yang ingin beliau sampaikan.. Aku harap segala persoalan dan keraguan tentang isu ini akan terjawab..

Sabtu, 13 Ogos 2011

Isu Larangan Bacaan Al-Quran Menggunakan Pembesar Suara Di Masjid Dan Surau Di Pulau Pinang

Assalamualaikum


Hurmm.. Isu larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara di Masjid dan Surau di Pulau Pinang.. Majlis Fatwa Kebangsaan meminta Jawatankuasa Majlis Fatwa Pulau Pinang menimbangkan sehalus-halusnya larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh di negeri Pulau Pinang kerana ditakuti mendatangkan kesan pada penyatuan Umat Islam di negara ini.. Baca selanjutnya di Sini..

Aku sebenarnya tak layak untuk mengulas tentang isu ini.. Cuma cuba kita kaji balik bukankah hanya Azan sahaja yang sewajarnya disebarkan menggunakan pembesar suara untuk memberitahu dan memperingati umat Islam bahawa sudah masuk waktu solat.. Perkara lain seperti bacaan Al-Quran seelok-eloknya dibaca tapi tidak sehingga menganggu ketenteraman orang lain kerana mengikus hadis Nabi Muhammad S.A.W. juga melarang mengangkat suara bacaan di Masjid sehingga menganggu mereka yang lain beribadah, atau menyakitkan orang lain..

Jumaat, 29 Julai 2011

Bagaimanakah Gambaran Hari Kiamat?

Assalamualaikum


Sekadar renungan.. Sama sama la kita muhasabah diri.. Peringatan untuk diri aku juga.. Jom sama sama kita hayati artikel ni.. Bagaimanakah Gambaran Hari Kiamat? Sesungguhnya kejadian Hari Kiamat adalah pasti akan berlaku.. Sebagai umat Islam kita wajib mempercayainya kerana merupakan salah satu Rukun Iman.. Namun kita tidak dapat meramal bilakah Hari Kiamat ni akan berlaku.. Segalanya ditentukan oleh Allah S.W.T.. Bersediakah kita sekiranya Hari Kiamat tiba kelak? Sudah cukup kah amalan kita? Aku copy paste artikel ni dari Sini..

Sabtu, 16 Julai 2011

Mengapa Masih Dianggap Zina Walaupun Sudah Bernikah?

Assalamualaikum


Salam semua.. Hurmm.. Entri kali ni sekadar perkongsian untuk renungan bersama.. Jika berlaku sesuatu kes dalam sesebuah keluarga dimana anak perempuan mengandungkan anak luar nikah, antara jalan penyelesaian adalah dengan mempercepatkan perkahwinan anak itu demi untuk menutup malu.. Tapi? Persoalannya adakah pernikahan seperti itu sah? Jika tidak sah, maka ini bermakna pasangan tersebut hidup dalam zina? Untuk menjawab persoalan ni sila teruskan membaca artikel ini.. Mengapa Masih Dianggap Zina Walaupun Sudah Bernikah?


~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)