Sabtu, 31 Disember 2011

Selamat Tinggal 2011 | Selamat Datang 2012

Assalamualaikum 


Keputusan Maharaja Lawak Mega Akhir Minggu 10 | Kumpulan Osbon Juara

Assalamualaikum

Fuhhhhh! Akhirnya penantian terjawab sudah.. Setelah berentap selama 10 minggu di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM).. Pelbagai kritikan telah mereka terima.. Akhirnya kumpulan Osbon yang dianggotai Os dan Abon telah bergelar juara Maharaja Lawak Mega.. Bak kata juri MLM Zainal Abidin.. "Orang lama lambat panas" Tahniah kumpulan Osbon selaku juara dan bergelar Maharaja Lawak Mega 2011.. Jom layan video Maharaja Lawak Mega Akhir 2011.. Sini..


Jumaat, 30 Disember 2011

Maharaja Lawak Mega Akhir Minggu 10 | Boboi | Osbon | Saehu | Syok

Assalamualaikum

Fuhhhh! Hari ni pentas terakhir bagi peserta Maharaja Lawak Mega (MLM).. 4 finalis iaitu kumpulan Boboi, Osbon, Saehu, dan Syok bakal berentap di Stadium Melawati, Shah Alam bagi merebut takhta serta bakal bergelar Maharaja Lawak.. Juri jemputan bagi pentas akhir MLM ni adalah Aaron Aziz.. Siapakah yang bakal bergelar juara? Sama-sama kita nantikan.. Jom layan video Maharaja Lawak Mega (MLM) Akhir Minggu 10.. Layannn.. Sebelum tu kepada siapa yang belum tengok video pesanan finalis Maharaja Lawak Mega.. Klik sini..


Video Pesanan Finalis Maharaja Lawak Mega | Boboi | Osbon | Saehu | Syok

Assalamualaikum


Bahang kian terasa.. Hari ni 4 finalis Maharaja Lawak Mega (MLM) bakal berentap di Stadium Melawati, Shah Alam bagi merebut takhta serta bakal bergelar Maharaja Lawak.. Siapakah yang bakal bergelar juara? Adakah Boboi? Osbon? Saehu? atau Syok? Sebelum tu jom layan video pesanan finalis MLM ni kepada kipas susah mati Maharaja Lawak Mega.. Jom layannnn.. Hehehe..


Kisah Bermulanya Anak Tarzan

Assalamualaikum

Sekadar renungan bersama.. Ini la hakikat yang sering terjadi dalam masyarakat kita..


Sabtu, 24 Disember 2011

Maharaja Lawak Mega Minggu 9 Separuh Akhir | Pimai Tersingkir

Assalamualaikum


Yeah! Pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) beraksi lagi di minggu ke sembilan.. Pada minggu separuh akhir ni pentas MLM diadakan di JB.. Tema minggu ke sembilan ni adalah kisah keluarga dan Dongeng rakyat.. Ferhad dijemput sebagai juri jemputan pentas MLM separuh akhir ni.. Hanya tinggal 5 peserta sahaja yang tinggal iaitu Boboi, Osbon, Saehu, Syok dan Pimai bagi merebut takhta serta bakal bergelar Maharaja Lawak.. Minggu ni tiga peserta yang berada pada kedudukan undian terendah adalah kumpulan Pimai, Saehu, dan Syok.. Tapi sayang setelah keputusan diumumkan kumpulan Pimai tersingkir pada pentas MLM minggu ke sembilan ni.. Maka hanya empat peserta sahaja yang tinggal dan layak beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega Akhir minggu hadapan di Stadium Melawati, Shah Alam.. Hurmmmm.. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara? Sebelum tu jom layan video Maharaja Lawak Mega minggu kesembilan ni.. Layannnn.. Hehehe..


Isnin, 19 Disember 2011

Tip Hilangkan Stress?

Assalamualaikum


Korang stress? Selalunya masalah seperti ni akan berlaku bila seseorang menghadapi sesuatu kesulitan.. Macam macam la kan.. Dibebani masalah ditempat kerja.. Bagi yang masih belajar tu dengan esimen yang bersepah sepah.. lagi lagi bila menjelang minggu exam kan.. Bagi yang tengah hangat bercinta tu perselisihan faham dengan pasangan kekasih la.. Tension kan? Hurmmm.. Selalunya bila dilanda masalah stress ni apa yang korang selalu buat? Tidur? Layan TV? Makan? Lepak?

Jumaat, 16 Disember 2011

Maharaja Lawak Mega Minggu 8

Assalamualaikum


Maharaja Lawak Mega (MLM) kembali lagi.. Seramai 7 peserta sahaja lagi yang tinggal di gelanggang bagi merebut takhta dan bakal bergelar Maharaja Lawak.. Pada minggu ke lapan ini setiap peserta diberikan dua tema iaitu komedi bebas dan komedi menggunakan peralatan ataupun "props".. Adakah akan berlaku penyingkiran pada minggu ini? Siapakah yang akan tersingkir? Jom sama sama kita saksikan video online Maharaja Lawak Mega minggu ke lapan.. Layannnn..


Mereka Memang Kejam!

Assalamualaikum


Kejam! Nyawa insan yang tak bersalah dipertaruhkan sedemikan rupa.. Lihat la sendiri betapa kejamnya bangsa laknatullah ni.. Video yang aku nak kongsikan ni telah tiga kali dihapuskan dari laman Youtube dan Facebook..


Khamis, 15 Disember 2011

24 Jam Dosa Di Facebook?

Assalamualakum


Huh!? Biar betul ni? Apakah yang dimaksudkan dengan 24 jam dosa di Facebook ni? Padahal sekadar berborak dengan ahli keluarga dan rakan rakan sahaja kan? Bagaimana pula boleh mendatangkan dosa? Nak tahu? Jom layan video di bawah ni..


Filem Pendek Tentang Hudud! Oley!!

Assalamualaikum


Sekadar berkongsi video mengenai sebuah filem pendek yang menerangkan Hudud secara umum.. Filem pendek ni diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk 'Musim hudud' dan 'Hudud PAS lagi'.. Semoga klip video ni dapat memberi manfaat dan menjawab segala persoalan dan kekeliruan tentang hukum Hudud..

Selasa, 13 Disember 2011

Siri Manga Dan Anime Ranma 1/2 Diadaptasi Ke Drama TV

Assalamualaikum


Pergh! Akhirnya siri manga dan anime Ranma 1/2 hasil karya Rumiko Takahashi telah disiarkan  oleh NTV dalam bentuk drama TV (Live Action Drama TV Special) pada 9 Disember 2011 lepas.. Drama ni melakonkan semula beberapa babak dalam siri manga dan anime Ranma 1/2 yang pernah disiarkan pada sekitar tahun 1989-1992 dahulu..


Isnin, 12 Disember 2011

Macam Ni La Ragam Manusia

Assalamualaikum



Sabtu, 10 Disember 2011

Maharaja Lawak Mega Minggu 7 | Tiada Penyingkiran

Assalamualaikum


Maharaja Lawak Mega (MLM) kembali lagi.. Pada minggu ke tujuh ini para peserta diberi dua tema iaitu Silent Comedy dan Impersonasi (Tiru Gaya Artis).. Hanya tinggal tujuh peserta sahaja yang beraksi bagi merebut takhta Maharaja Lawak Mega 2011.. Pada minggu ini tiga peserta yang berada pada kedudukan undian terendah adalah kumpulan Syok. Pimai, dan BP.. Akhirnya keputusan telah dibuat dimana tiada penyinkiran pada pentas Maharaja Lawak Mega minggu ke tujuh ini..



Adakah Hukum Merokok Itu Haram?

Assalamualaikum


Kali ni aku nak berbicara pasal isu merokok pula.. Gejala merokok ni bukan sahaja melibatkan golongan dewasa sahaja tapi turut juga melibatkan golongan muda yang masih lagi di bangku sekolah.. Paling menyedihkan golongan wanita juga turut terjebak dengan gejala merokok ni.. Sebelum ni aku pernah buat entri mengenai adakah hadis mengenai hukum merokok palsu? Hurmmm.. Sudah pasti isu seperti ni tidak akan disenangi oleh perokok perokok tegar di luar sana.. Kali ni aku nak kongsi info dari blog Ar-Rifke mengenai fatwa merokok pula.. Adakah hukum merokok ni haram?

Jumaat, 9 Disember 2011

Bila Manusia Jahil Berbicara

Assalamualaikum


Alahai.. Sebelum ni pasal isu golongan artis bagi pandangan mereka tentang hukum Hudud.. Kini timbul pula isu penyebaran video di Youtube yang seolah-olah macam mempersendakan hukum Hudud.. Tak kan politik punya hal.. Sanggup mempersendakan hukuk agama? Apa motif la melakonkan babak ni semua? Macam main main pula.. Korang tengok sendiri la video ni.. Hampeh!

Rabu, 7 Disember 2011

Video Fandi Othman Diinterview Secara Live bersama Shila Hamzah Di Hot FM

Assalamualaikum


kahkahkah.. Kelakar betul aku layan video youtube ni.. Video pemain Harimau Muda, Fandi Othman diinterview di stesyen radio Hot FM.. Paling tak tahan Fandi tak sedar gadis yang bercakap dengannya secara live adalah Shila Hamzah sendiri, ala penyanyi yang terkenal dengan lagu Patah Seribu tu.. Fandi siap nyanyi lagi lagu tu untuk Shila Hamzah.. Jom layannnn..

Video Naruto Vs Rocklee Live Action

Assalamualaikum


Sekadar buat entri ringan ringgan sahaja kot kali ni.. Hurmmm.. Korang baca tajuk entri pun dah tahu apa yang aku nak sampaikan kan.. Siri animasi Naruto sudah tentu tidak asing lagi bagi kipas susah mati (die hard fan) anime.. Merupakan hasil karya kartunis Masashi Kishimoto.. Boleh dikatakan siri Naruto ni top la juga.. Sama level dengan Bleach, One Piece, Fullmetal Alchemist, Inuyasha, Rurouni Kenshin, Detective Conan dan beberapa siri anime yang lain..


Sumber: Google

Sabtu, 3 Disember 2011

Maharaja Lawak Mega Minggu 6 | 3G & Bawel Tersingkir

Assalamualaikum


Gelanggang Maharaja Lawak Mega (MLM) kembali lagi di minggu ke enam.. Pada minngu ini hanya 9 peserta sahaja yang akan beraksi bagi merebut takhta bergelar Maharaja Lawak.. 3 peserta yang berada pada kedudukan terendah minngu ke enam ini adalah Bawel, 3G dan Saehu.. Akhirnya keputusan telah dibuat kumpulan 3G dan Bawel tersingkir di gelanggang Maharaja Lawak Mega minggu ke enam ini..



Isnin, 28 November 2011

Harimau Muda Tewas Lagi!

Assalamualaikum


Alahai.. Sedih woo dengan kekalah pasukan Malaysia kepada Bahrain tadi 27 November 2011.. Malaysia 2 - 3 Bahrain.. Pada separuh masa pertama pasukan Malaysia telah mendahului Bahrain melaui gol Nazmi Faiz pada minit 29.. Memang terbaik gol dari Nazmi Faiz ini tadi.. Pada separuh masa kedua pula sekali lagi Mahali Jasuli berjaya menjaringkan gol pada minit 68.. Tapi ini tidak melemahkan semangat pasukan Bahrain.. Hasilnya pasukan Bahrain telah berjaya menjaringkan 3 gol dalam tempoh masa 6 minit.. Huhuhu.. Ini merupakan kekalahan ketiga berturut-turut pasukan Skuad Olimpik..




Ahad, 27 November 2011

Tolong Delete Laman Facebook Mengutuk Fakri Saarani!

Assalamualaikum


Salam 1 Muharram 1433 Hijrah.. Entri kali ni masih berkaitan dengan penyerang Harimau Muda, Fakri Saarani.. Sejak akhir akhir ini nama Fakri Saarani sering menjadi sebutan oleh peminat bola sepak tempatan.. Ada yang menyokong dan ada juga yang membenci penyerang Harimau Muda ini.. Gara gara corak permainan beliau yang agak kurang menyerlah sejak akhir akhir ini ada pihak yang sampai sanggup mewujudkan laman Facebook semata-mata untuk mengutuk si Fakri Saarani ini.. Hish! Tak patut.. Tak patut..

Sabtu, 26 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433 | Doa Awal Tahun Dan Akhir Tahun Hijrah

Assalamualaikum


Hurmmm.. Beberapa jam sahaja lagi tarikh 26 November 2011 Masihi bersamaan 29 Zulhijjah 1432 Hijrah akan meninggalkan kita.. Maka selepas Maghrib akan masuk ke tahun baru 1433 Hijrah.. Maka dengan ini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam Maal Hijrah kepada rakan blogger dan para pembaca blog Budak Logam.. Jika ada kelapangan adalah digalakkan untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.. Doa akhir tahun ini dibaca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.. Manakala doa awal tahun dibaca sebanyak 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharram..

Maharaja Lawak Mega Minggu 5 | Hiro Tersingkir

Assalamualaikum


Yeah! Maharaja Lawak Mega (MLM) kembali lagi di minggu ke lima.. Pada minggu ini hanya 10 peserta sahaja yang bakal beraksi di gelangang MLM.. Tema pada minggu ini adalah purbakala.. Korang dah tengok? Amacam? Best? Boleh la tahan kan.. Pada minggu ini peserta yang berada di kedudukan undian terendah adalah Adlin, Saehu dan Hiro.. Akhirnya nasib tidak memihak kepada kumpulan Hiro kerana tersingkir pada pentas Maharaja Lawak Mega minggu ke lima ini.. Takpa nak buat macam mana kan.. Hurmmm.. Apa apa pun tak sabar tunggu pentas Maharaja Lawak Mega minggu depan yang bertemakan muzikal komedi pula.. Mesti gempak! Harap harap menjadi la kan.. Jom layan video Maharaja Lawak Mega minggu ke lima.. Layannn.. Hehehe..


Jumaat, 25 November 2011

Hentikan Tohmahan Dan Kejian Melampau Terhadap Fakri Saaraini

Assalamualaikum


Alahai.. Sejak akhir akhir ini ramai peminat bola sepak tempatan yang menghamburkan tohmahan dan kejian terhadap penyerang Harimau Muda, Fakri Saaraini gara gara kegagalan beliau menyempurnakan beberapa peluang terhidang ketika tewas 0-2 kepada Syria dalam aksi kelayakan Olimpik Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil.. Ternyata, peminat tempatan masih belum dapat melupakan ‘dosa’ Ahmad Fakri yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menewaskan Indonesia sekali gus mempertahankan pingat emas Sukan SEA baru-baru ini.. 

Selasa, 22 November 2011

Harimau Muda Membaham Garuda Yang Tak Mampu Terbang! Tahniah Malaysia!

Assalamualaikum


Fuhhhh! Alhamdulillah.. Legaaaaa.. Tahniah buat pasukan Malaysia a.k.a Harimau Muda telah berjaya membaham sang garuda yang tak mampu terbang dengan kemenangan 4-3 pada penentuan penanlti selepas perlawan terikat 1-1.. Hahaha.. Tahniah! Tahniah! Tahniah! Tahniah Harimau Muda.. Kemenangan ini cukup besar buat negara kita Malaysia.. Walaupun bendera kita dibakar.. Pemain kita di perlekeh dan tidak mendapat layanan yang baik dari negara mereka.. Lagu kebangsaan kita "Negaraku" di boooo oleh mereka.. Tapi dengan kejayaan ini sudah cukup puas bagi aku.. Sekali lagi tahniah kepada pasukan Harimau Muda.. Semoga selamat sampai ke tanah air..

Sabtu, 19 November 2011

Maharaja Lawak Mega Minggu 4 | Jalil Hamid Tersingkir

Assalamualaikum



Pentas Maharaja Lawak Mega kembali lagi.. Di minggu ke empat ini hanya 11 peserta sahaja yang membuat persembahan.. Juri jemputan adalah Wangi dari the Fabulous Cats manakala Chef Wan tidak dapat terlibat sama menjadi juri pada minggu ini.. Persembahan kali ini peserta di berikan tugasan bertemakan cinta.. Pada minggu ini seorang lagi peserta bakal meninggalkan pentas Maharaja Lawak Mega.. Tiga peserta yang berada pada kedudukan undian terendah adalah Hiro, Syok dan Jalil Hamid.. Akhirnya keputusan telah dibuat dimana Jalil Hamid tersingkir pada pentas Maharaja Lawak minggu ke empat ini..

Ahad, 13 November 2011

Manusia Semakin Pelik!

Assalamualaikum


Hish! Aku tak tau la nak cakap apa.. Boleh istigfar aja la.. Semakin rosak manusia hari ni.. Semakin hari semakin pelik.. Dengan maksiat la.. Kes bunuh la.. Seks luar tabie.. Macam macam lagi la.. Korang tengok sendiri la gambar dekat bawah ni.. Hurmmm.. 

Sabtu, 12 November 2011

Video Maharaja Lawak Mega Minggu 3 | Kumpulan Anje Tersingkir

Assalamualaikum




Fuhhh.. Baru sempat layan dekat Youtube.. Penantian peserta manakah yang bakal tersingkir pada Maharaja Lawak Mega Minggu 2 terjawab iaitu seramai 5 peserta tersingkir iaitu Gebu, Caer, Rap, Lanun dan Comel.. Kumpulan Syok dan Anje masih lagi beraksi membuat persembahan di Maharaja Lawak Mega minggu ketiga ini.. Pada minggu ini seramai 3 peserta berada pada kedudukan undian terendah iaitu Syok, Anje dan Adlin.. Rata rata menjangkakan Adlin akan tersingkir.. Namun tidak kerana kumpulan Anje yang tersingkir meninggalkan gelanggang Maharaja Lawak Mega.. Adakah Adlin mampu lagi bertahan pada minggu hadapan? Sama-sama kita nantikan.. Jom layan video Maharaja Lawak Mega minggu 3.. Layannn.. Hehehe.. ;)

Jumaat, 11 November 2011

Apakah Rahsia Di Sebalik Tarikh 11 November 2011?

Assalamualaikum


Salam Jumaat kepada pembaca blog Budak Logam.. Entri kali ni masih lagi berkaitan dengan tarikh 11 November 2011 (11.11.11).. Hurmm.. Tahukah korang maksud tersirat disebalik tarikh ni? Yelah boleh dikatakan ramai macam teruja sangat dengan tarikh ni kan.. Kebetulan kepada yang bakal bertunang dan berkahwin pada tarikh ni, atau sambut hari lahir tarikh ni aku ucapkan tahniah ye.. Semoga selamat segala yang dirancangkan..

Khamis, 10 November 2011

Apakah Yang Menarik Dengan Tarikh 11 November 2011?

Assalamualaikum

Fuh! Perasan tak esok tarikh apa? Tak kan tak perasan kot.. Ce cuba pergi jengok kalendar kejap.. Haa.. Dah tengok? Dah perasan kot? Sekali sahaja tahun ni beb.. 11 November 2011 atau dalam angka 11/11/11.. Menarik kan? Ada sapa sapa sambut birthday tarikh ni? Tak pun bakal bertunang atau kahwin pada tarikh ni ka? Wah! Kalau ada tahniah la ye.. Siyes aku jeles dengan korang.. Huhu..

Sabtu, 5 November 2011

Salam Aidiladha Blogger!

Assalamualaikum


Hurmmm.. Puas layan Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) tadi? Best ker? Aku  tengok sikit sikit aja sambil layan youtube tunggu Maharaja Lawak Mega (MLM).. Entah la bagi aku macam bosan aja.. Sekadar boleh cuci mata aja la.. Tambah dosa yang dok ada.. Paham paham jelah kan.. Seksi seksi wooo.. Masing masing pakat nak tayang barang masing masing kan.. Hurmmm.. Entah la.. Aku takmo komen pasal hal ni.. 

Jumaat, 4 November 2011

Maharaja Lawak Mega Minggu 2

Assalamualaikum




Fuh! Boleh la tahan Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu kedua ni.. Kumpulan Bawal Power (BP) memang terbaik ah! Gila gila betoi depa ni.. Hahaha! Pada minggu ni Adi Sith Sense merupakan juri jemputan di gandingkan bersama juri tetap MLM 2011.. Dimana pada minggu ni berkemungkinan lima peserta yang mendapat undian terendah akan tersingkir.. Hurmmm.. Adakah akan ada penyinkiran pada minggu ni? Peserta manakah yang akan tersingkir? Jom layan video Maharaja Lawak Mega minggu 2.. Layannn.. Hehehe.. ;)

Sabtu, 29 Oktober 2011

Maharaja Lawak Mega Minggu 1

Assalamualaikum




Pergh! Kelmarin telah berlangsung lagi satu rancangan yang diterbitkan Astro Warna yakni Maharaja Lawak Mega berkonsepkan rancangan realiti yang sebelum ini telah mendapat sambutan hangat dikalangan peminat tanah air.. Namun program Maharaja Lawak Mega ini membawa kelainan berbanding rancangan Maharaja Lawak yang lepas, dimana program istimewa ini adalah untuk mencari yang terbaik di kalangan yang terhebat di rantau Asia.. Program ini menampilkan 47 orang pelawak professional dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.. Bakal memulakan siaran secara langsung pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober 2011, kelmarin..

Sabtu, 22 Oktober 2011

Fesyen Tudung Menyerupai Rahib Kristian?

Assalamualaikum


Macam-macam fesyen tudung aih yang ada kat pasaran sekarang ini.. Kalau pergi lepak dekat luar boleh perasan gadis/wanita yang mengayakan fesyen tudung yang pelbagai jenis bukan? Lebih lebih lagi yang digayakan oleh geng geng artis.. (Boleh kira dengan jari) Dari sudut positif bagus juga la bila ada fesyen tudung yang pelbagai ini.. Sekurang-kurangnya dapat juga la nak tarik minat gadis/wanita yang sebelum ini tidak pernah bertudung kepada bertudung kan? Walaupun hanya segelintir.. Alhamdulillah..

Tapi, sejak kebelakangan ini BL perasan ramai pula yang menyebarkan artikel di laman Facebook tentang isu fesyen bertudung yang dikatakan menyerupai rahib Kristian.. Hurm.. Macam macam aih.. Maka BL tertarik nak berkongsi dengan pembaca jawapan dari Ustaz Ahmad Adnan Fadzil sendiri tentang isu ini.. Jom sama sama kita renungkan bersama..

Selasa, 18 Oktober 2011

Fakta Tentang Jin

Assalamualaikum


Salam semua.. Kali ini nak kongsi sedikit tentang Jin.. BL dapat info ini dari kuliah Ustaz Haji Ismail kamus.. Kenal tak siapa? Kalau tak kenal rajin rajin la 'google' apa yang patut.. Hurm.. Tahukah korang apakah itu Jin sebenarnya? Ni bukan Jin Kazama watak games Tekken itu okay.. Jin yang BL nak kongsikan ini merupakan antara makhluk ciptaan Allah S.W.T. seperti Malaikat dan juga Manusia.. Mengikut sumber dari kuliah ustaz Haji Ismail Kamus, Jin berasal dari Jan (Bapa Jin) dan gelarannya adalah Azazil.. Azazil ini dicipta dari api berwarna biru, dan telah beramal berpuluh ribu tahun lamanya..

Pelajar Kelar Perut Anak Di Bilik Asrama

Assalamualaikum


Kejam! Bila dah terlanjur bayi yang tidak tahu apa apa juga yang jadi mangsa.. Sebelum ni kita kerap kali dengar berita bayi dibuang dalam tong sampah, sungai, longkang, perigi, dari atas bangunan dan macam macam lagi.. Kali ni gara gara teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di Betong, semalam..

Khamis, 13 Oktober 2011

Jom Cipta Ayat Berdasarkan Tarikh Lahir & Warna Baju Anda

Assalamualaikum

Salam semua, kali ni BL nak buat entri berbentuk permainan. Sekadar untuk suka suka aja. BL dapat idea ni dari salah satu laman Facebook. Kepada yang berminat sila teruskan membaca entri ni sampai habis. Cara permainan ni senang aja, korang hanya perlu cipta satu ayat berdasarkan tarikh lahir dan warna baju  korang ketika membaca entri ni. Jangan pening kepala, tak susah pun. Pilih dulu ayat berdasarkan tarikh lahir dan warna baju korang dulu okay. Sila ikut langkah di bawah ni. Sila jujur okay. Hehehe. ;)

Khamis, 6 Oktober 2011

Pandangan Mereka Tentang Hudud

Assalamualaikum

Alahai.. Sedih bila baca komen komen artis pasal hukum hudud ini.. Adoiii.. Nak salahkan siapa? Wartawan pasal tanya soalan kepada artis artis tersebut? Habis tu macam mana pula dengan pandangan Sisters in Islam yang mendakwa hukum hudud tidak adil kepada wanita? Haish! Haru biru betoi la depa ni.. Bagi BL la kan.. Kalau sesuatu perkara tu kita tak tahu, lebih baik diamkan diri aja.. Sebab bila dah tersalah cakap, nampak sangat diri tu jahil! 

Mengapa nak dipersoalkan pasal hukum hudud tu? Ni hukum Allah S.W.T. okay.. Ada yang cakap tak sesuai diamalkan dizaman ni la.. Kesian la.. Itu la.. Ini la.. Apa kes?! Kalau tak tahu duduk diam sudah! Jangan bikin malu diri sendiri wei! BL tak nak komen apa apa.. Korang nilai sendiri gambar dekat bawah ni.. Hurmmm..

Rabu, 5 Oktober 2011

Temuduga Terbuka Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kulim Di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Assalamualaikum

Sekadar berkongsi sedikit maklumat yang baru saya perolehi.. Jabatan Tenaga kerja (JTK), Kulim dengan kerjasama Politeknik Sultanah Bahiyah akan mengadakan Program Penempatan Pekerjaan (3P).. 

Video Tun Dr. Mahathir (Dr. M) Vs. Yahudi

Assalamualaikum

Malam ini BL nak berkongsi satu video tentang Tun Dr. Mahathir (Dr. M) berdebat dengan seorang pengacara berbangsa Yahudi.. BL tak pasti sama ada video ini masih baru atau lama, yang pasti tayangan video selama 7 minit 33 saat ini membuktikan mengapa Tun mampu mentadbir negara kita Malaysia dalam tempoh yang lama.. Sebelum tu sila layari dahulu klip video ini..

Selasa, 4 Oktober 2011

Adakah Lirik Lagu Najwa Latif - Cinta Muka Buku Menghina Islam?

Assalamualaikum

Huh!? Biar betul nih? Tak kan kot.. Relax.. Peminat peminat Najwa Latif jangan mengelabah tak tentu pasal.. Sebenarnya kes ni mungkin hanya salah faham aja kot.. Mengikut laporan artikel yang BL baca di laman sesawang murai.com.my.. Hanya kerana sebaris lirik dalam lagu tersebut yang berbunyi 'itulah cinta yang satu, cinta di muka buku', Najwa Latif telah dikritik oleh beberapa pihak termasuk pengunjung laman Youtube yang menonton video muziknya.. 

Isnin, 3 Oktober 2011

Kejam! Mayat Bayi Perempuan Dihumban Ke Dalam Perigi

Assalamualaikum

Hish! Apa nak jadi la.. Tak habis habis dengan kes buang bayi.. Rasa naik menyampah bila mendengar atau membaca berita  kes kes macam ni.. Ni la akibatnya bila terlalu mengikut hawa nafsu.. Bila dah terlanjur.. Si jantan cari jalan nak lepaskan diri.. Si betina pula terhegeh hegeh la mintak simpati.. Pastu yang jadi mangsa anak dalam kandungan tu.. Anak yang tak berdosa dicampak tanpa rasa simpati terbiar begitu sahaja.. Konon selesai la segala masalah! Macam ####! 

Ahad, 2 Oktober 2011

Khasiat Pokok Ayam Emas

Assalamualaikum


Subhanallah, memang unik kejadian Allah S.W.T. Pagi tadi setelah sarapan di restoren Subaidah, Seberang Jaya, BL terus bergerak ke Pasar Tani, Padang Serai. Macam biasa la aktiviti hari minggu cari bahan dapur apa yang patut. Sampai saja ditempat yang dituju, BL tertarik melihat sejenis tumbuhan yang bagi BL agak unik dan pelik la. Kira kali pertama la BL jumpa tumbuhan pelik macam ni. Tapi sekadar tengok aja la. Tak beli pun. Hehehe. Mungkin ada segelintir pembaca pernah dengar tentang pokok Ayam Emas ni.

Yuna Diberi Penghargaan di Billboard.com! Cover Lagu Nirvana – Come As You Are!

Assalamualaikum

Salam semua, wah dah lama BL tak mengadap blog usang ni. Ada yang rindu tak? Hehehe. Hari ni dah masuk hari kedua bulan Oktober 2011. Kejap aja kan. Pejam celik dah bulan sepuluh sudah. Entri kali ni sekadar nak berkongsi satu klip video daripada artis tempatan Malaysia. Ala tengok tajuk entri tahukan. Hehehe. :D

Pasti nama Kurt Kobain vokalis kumpulan Nirvana sudah tidak asing lagi bagi peminat muzik genre 'Grunge' atau 'Alternative Rock' bukan. Antara lagu yang menjadi kegilaan ramai adalah seperti 'Smell Like Teen Spirits', 'Come As You Are', 'In Bloom', 'Heart-Shaped Box' dan 'About A Girl'.

Jumaat, 16 September 2011

Panduan Memilih Buah Durian Yang Baik

Assalamualaikum 


Salam semua.. Haa.. Korang peminat durian? Rasanya semua kenal kot durian ni benda apa kan.. Ada yang tak kenal? Sedap wooo lebih lebih lagi dimakan dengan pulut dan santap.. Peh! Melelehhhh.. Rugi la kalau ada yang tak minat dengan buah durian ni kan.. Okay sebelum tu nak terang serba sedikit info tentang buah durian ni.. Mereka mereka yang tak gemarkan durian sila abaikan entri ni.. Hehehe.. 

Durian merupakan sejenis buah tropika yang berasal dari Asia Tenggara yang isinya manis, lembut dan aromanya yang enak.. Ia menjadi kegilaan peminat buah-buahan tempatan yang sentiasa menantikan kedatangan musimnya saban tahun.. 

Pesakit 'Sangap' Nekad Mencabul Jururawat

Assalamualaikum 

Hahaha.. Memang spesis ‘sex maniac’ nih! Ni mesti kes hari hari layan ‘porn’ kot.. Tu pasal 'sangap' sampai macam tu sekali..Grrrrrr.. Gadis gadis yang bakal dan telah jadi jururawat hati hati la kalau ada pesakit jenis macam ni.. 

Gara gara ghairah melihat seorang jururawat muda, seorang pesakit dipercayai gagal mengawal nafsunya apabila nekad meraba buah dada dan kemaluan gadis berkenaan dalam kejadian di bilik wad sebuah hospital pakar di Jalan Alor Akar, di Kuantan, kelmarin. 

Ahad, 4 September 2011

Tahun Ni Raya Sakan Dalam Rimba

Assalamualaikum 

Wahhhh.. Rindu la nak update blog usang ni.. Pejam celik.. Pejam celik.. Dah hampir seminggu beraya kan.. Esok masing masing dah kembali bekerja.. Haa.. Ka dah ada yang masuk kerja.. Takpa dah tugas kan.. Layan aja.. Haa.. Korang pula amacam? Banyak kumpul angpau raya ka? Kuih muih raya dah habis belum? Hehehe.. Urmmm.. Tahun ni BL sekadar beraya bersama keluarga aja.. Yelah dah keluarga besar kan.. 

Raya pertama aja dari pagi sampai petang pergi ziarah rumah mak dan bapa saudara aja.. Tu pun ada yang tak sempat nak jumpa.. Masuk hari raya kedua pula pergi ziarah sanak saudara sebelah ayah pula.. Memang tak bleh blah betui.. Raya sakan punya pasal sampai boleh jumpa menatang tu.. Hahaha.. Adoiii.. Memang tak leh lupa raya tahun ni.. Haa.. Korang nak tahu apa? Pelan pelan baca noh.. Kalau tak mau pon takpa.. Klik aja tanda pangkah kat atas tu.. Hehehe.. 

Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Dan Hari Kemerdekaan Yang Ke-54

Assalamualaikum


Salam semua.. Haa.. Macam mana persiapan raya? Dah beli baju raya ka? Kuih raya dah siap ka? Bila balik kampung? Haa.. Yang tengah memandu tu.. Hati hati la ye.. Ingatlah orang yang tersayang.. Hehehe.. Mesti ramai tak sabar sabar nak beraya bukan.. InsyaAllah.. Kemungkinan hari ni hari terakhir kita berpuasa.. Esok kita bakal menyambut hari kebesaran setelah sebulan berpuasa kan.. Lepas ni tunggu lagi 11 bulan lagi la menanti ketibaan Ramadhan yang bakal tiba.. Sedih gak la.. Sebab rasa macam amalan tahun ni agak kurang berbanding tahun tahun sebelum ni.. Semoga dipanjangkan umur bertemu lagi ramadhan tahun depan.. InsyaAllah..

Khamis, 25 Ogos 2011

Projek Belon Angkasa 2013

Assalamualaikum


Projek belon angkasa? Projek apa pula ni? Haish.. Macam macam.. Haa.. Projek ni bukan untuk orang sebarangan tau.. Hanya golongan tertentu sahaja terutama usahawan yang berpeluang menaiki belon angkasa ni.. Belon yang diberi nama The Bloon ini mempunyai ukur lilit 129 meter dan mampu terbang setinggi 35.4 kilometer.. Golongan usahawan yang suka melancong ke tempat-tempat yang 'luar biasa' akan berpeluang mengembara ke ruang stratosfera bumi dengan menaiki belon udara dalam tempoh dua tahun dari sekarang..

Marilyn Monroe Pengaruh Negatif?

Assalamualaikum


Anda peminat filem "Transformers"? Mesti kenal siapa Megan Fox bukan? Kenal tak? Tipu la kalau tak kenal kan.. Hehehe.. Tahukah anda bahawa Megan telah membuang tatu simbol seks lagenda Hollywood terkenal, Marilyn Monroe dibadannya? Dia mengambil tindakan sedemikian kerana tidak mahu menarik unsur-unsur negatif yang boleh memperngaruhi hidupnya terutama berakitan karier.. Megan telah melakukan rawatan laser pada bahagian lengan bawah kanan sejak awal tahun lagi..

Jason Momoa Bawa Watak Conan The Barbarian?

Assalamualaikum


Haa.. Anda peminat filem Hollywood? Kenal tak Jason Momoa? Tak kenal? Ya mungkin nama Jason Momoa masih belum dikenali di Hollywood.. Sama seperti Arnold Schwarzenegger ketika dia mula memegang watak utama dalam filem Conan the Barbarian pada tahun 1982 dahulu.. Sapa tak kenalkan pelakon yang femes dengan filem terminator ni.. Hehehe.. Kemungkinan Jason Momoa juga bakal mengecapi kegemilangan sama seperti yang dikecapi Schwarzenegger mulai 30 tahun dari sekarang.. Peh! Lama lagi tu..

Aktor Lagak Ngeri 'Todd Green' Maut Semasa Melakukan Pertunjukkan Udara

Assalamualaikum


Isk isk isk.. Tersilap langkah membawa maut! Ramai penonton menyangka kemalangan itu sebahagian daripada aksi ngerinya.. Namun tidak.. Seorang pelakon lagak ngeri veteran Amerika Syarikat (AS), Todd Green, 48 tahun, maut selepas terjatuh semasa melakukan pertunjukkan udara.. Beliau telah berkecimpung dalam aksi lagak ngeri lebih 25 tahun dan merupakan anak kepada legenda aksi lagak ngeri AS, Eddie ‘The Grip’ Green, yang juga pernah beberapa kali melakukan aksi ngeri berpindah dari pesawat ke helikopter..

Ramai Rela Hati Peluk Islam Ketika Ramadan Di Sana

Assalamualaikum


Alhamdulillah.. Bertambah lagi saudara Islam di sana.. Ketika negara kita tegang dengan isu murtad.. Di sana pada dua minggu awal Ramadhan.. Ramai warga asing memutuskan untuk memeluk Islam, dimana lebih separuh daripadanya adalah rakyat Filipina.. Subhanallah.. Terbuka juga hati mereka untuk memeluk Islam.. Tapi.. Bila kenangkan isu murtad di negara kita.. Sedih.. Siapakah yang harus dipersalahkan? Diri sendiri?

Wanita Dibelasah Dan Dikurung Selama 4 Hari Oleh kekasih Suami

Assalamualaikum


Hohoho.. Ganaih betoi la.. Sampai cabut gigi guna player tu.. Ni nak kongsi sikit akhbar metro kelmarin.. Dah baca kot? Seorang wanita telah diculik dan didera oleh isteri kekasihnya.. Kes ni berpunca akibat tindakan si suami menjalinkan hubungan sulit dengan wanita tersebut.. Fuhhhh! Dasat kannn.. Nak tau lebih.. Cari akbar metro kelmarin.. Hurmmm.. Macam macam..

Sinar Harian Mohon Maaf?

Assalamualaikum


Hurmmm.. Dah beberapa hari tak online.. Berita satu apa pun tak tau.. Buka aja laman yahoo.. Jumpa satu artikel ni.. "'Kristian "Halal Pelacuran': Sinar Harian Mohon Maaf".. Menurut artikel ni akhbar Sinar Harian memohon maaf atas penyiaran satu kolum berhubung "rancangan pemusnahan umat Islam" yang didakwa didalangi kumpulan kristian.. Kolum bertajuk 'Matlamat Gerakan Kristian" itu diakui "silap" dan "tidak tepat.. Pihak akhbar Sinar Harian telah menarik semula (kolum) info tersebut dan memohon maaf kepada semua pembaca Sinar Harian, khususnya kepada para penganut agama Kristian di atas kesilapan yang dilakukan.. Hurmm.. Aku tak mau komen apa apa pasal isu ni..

Ahad, 21 Ogos 2011

Perkataan Woot! Disenaraikan Dalam Kamus Oxford?

Assalamualaikum


Salam semua.. Korang rajin tak gunakan kamus sebagai sumber untuk merujuk apa apa perkataan yang tak paham? Pernah tak? Pernah tak? Haa.. Ka tak kisah langsung? Hehehe.. Jangan marah.. Sekadar nak berkongsi bahawa sebanyak 400 perkataan baru akan disenarakan dalam kamus Oxford edisi ringkas ke-12.. Biar betul? Haa.. Memang betul.. Antara perkataan baru yang disenaraikan termasuklah 'Woot!'. Perkataan 'Woot!' ini merupakan perkataan yang melahirkan kegembiraan. Betul ker? Ce cuba sebut tengok.. Woot! Woot! Gembira tak? Hehehe.. Macam pernah dengarkan?

Saintis Cipta Dinosaur?

Assalamualaikum


Anda percaya kewujudan dinosaur? Percayakah anda bahawa saintis telah berjaya cipta dinosaur? Biar betul kan? Tak mungkin lah. Hurmmm. Sebenarnya hanya sekadar kajian dibuat oleh saintis barat yang telah berjaya mengubah komposisi DNA ayam bagi menghasilkan embrio yang mempunyai muncung seperti buaya berbanding paruh yang berkemungkinan menukar ayam biasa menjadi Maniraptora, iaitu sejenis dinosaur kecil yang terdiri daripada 10,000 spesies burung.

Penemuan Kubur Terbiar Sejak 50 Tahun Dalam Hutan?

Assalamualaikum


Huh? Kubur terbiar dijumpai dalam hutan? Biar betul? Sepasang suami isteri telah mendedahkan tentang penemuan lebih 50 kubur yang dianggarkan terbiar sejak 50 tahun lalu di Kampung Bukit Beruang, Kuala Sungai Baru. Kemungkinan besar kawasan perkuburan yang telah dinaiki hutan itu merupakan penempatan satu perkampungan besar orang Melayu pada suatu ketika dahulu.

Usia Sebenar Bulan 4.36 Bilion Tahun?

Assalamualaikum


Hurmmm. Pernah terfikir tak berapakah usia sebenar bulan? Tahukah anda bahawa usia sebenar bulan kemungkinan sudah mencapai 4.36 tahun? Dalam satu kajian yang telah dilaporkan dalam jurnal Nature, kajian terbaru terhadap batu bulan yang dikutip angkasawan Apollo 16 menunjukkan usia bulan mungkin lebih muda 60 tahun berbanding apa yang dilaporkan sebelum ini. Berdasarkan kajian yang dibuat ke atas pembentukan kerak, telah wujud kesilapan dalam menentukan usia sebenar bulan.

Robot Kepala Manusia Boleh Membaca Skor Muzik Dan Menyanyi

Assalamualaikum


Pehhhhh. Anda pernah melihat robot boleh menyanyi? Sama ada percaya atau tidak sebuah robot berkepala manusia yang mampu membaca skor muzik sebelum menyanyikan lagu dengan suara tiruan telah berjaya dicipta di Taiwan. Kebiasaan kebanyakan pemuzik memerlukan beberapa minit untuk melihat kerja muzik yang baru dan masih memerlukan masa menghafal. Namun robot ini boleh membaca muzik dalam 40 saat dan menutup matanya untuk menyanyi.

Sabtu, 20 Ogos 2011

NGO Islam Dakwa Kristian Guna Hak Asasi Ganggu Akidah Muslim

Assalamualaikum


Salam semua. Sekadar berkongsi artikel berita yang di ambil dari laman yahoo.com. Satu badan NGO Islam telah membuat dakwaan bahawa kumpulan-kumpulan Kristian telah "mempergunakan" Perlembagaan Perseketuan dan hak asasi manusia sebagai jalan untuk menyebarkan agama mereka kepada umat Islam.

Jom Muat Turun Filem Garo: Red Requiem

Assalamualaikum




Salam semua.. Lama rasanya tak buat entri pasal tokusatsu kan.. Ada sapa sapa spesis suka layan cite macam ni.. Ala pedulikan lah apa orang nak kata.. Cite budak budak ker.. Apa ker.. layan sudahhh kan.. Hehehe.. Kali ni aku nak kongsi satu filem tokusatsu.. Sebelum tu aku nak tanya pernah layan drama bersiri Garo tak? Kalau pernah filem Garo Red Requiem merupakan filem yang terbaru.. Filem ni baru ditayangkan pada 30 Oktober tahun lepas di Jepun.. Filem tahun lepas??? Apsal filem terbaru pulak???

BLOG PILIHAN SAYA IALAH

Assalamualaikum



Isteri 'Playgirl' Kikis Teman Lelaki Di Laman Sosial Facebook

Assalamualaikum


Perghhhhh! Tajuk mesti panasss kan? Kalau tak bukan Metro la namanya.. Hehehe.. Macam macam aih kes sekarang nih.. Seorang lelaki telah membuat pendedahan mengenai sikap isterinya yang mengikis wang kekasihnya di laman sosial Facebook.. Lelaki yang dikenali sebagai Nawab ni terpaksa membuat pendedahan bagi menyelamatkan lebih daripada 10 lelaki yang menjadi mangsa jerat isternya itu.. Hurmmm.. Nak tahu lebih? Dapatkan akhbar Metro hari ni..


BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA

Assalamualaikum



Amacam? Berminat? Klik aja header tu okay. ;)

Orang Simbah Asid Wajar Dikenakan Hukuman Berat!

Assalamualaikum


Haish! Kes menyibah asid semakin menjadi jadi sekarang ni. Orang awam yang tak bersalah menjadi mangsa si penyimbah asid yang bertindak liar. Apakah motif diorang ni bertindak sedemikian rupa? Kes terbaru berlaku kepada seorang lelaki, Mohd Rafie Abdul Latiff (27) yang kini berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur. Mangsa kemungkinan akan menyambut Aidilfitri di Hospital.

Gambar dipetik dari Yahoo

Kenangan Masa Sahur Di Kampus

Assalamualaikum

Tepat pukul empat setengah pagi alarm handphone aku memainkan rentak lagu royal jelly memecahkan kesunyian pagi ramadhan.. Aku dengan mamai meraba raba mencari handphone dekat atas meja tulis.. Capai handphone tengok jam set balik alarm pukul lima pagi.. Aku sambung tidur balik.. Zzzzzzz.. Jeng.. Jengg.. Jenggg.. Alarm memainkan rentak yoyal jelly entah kali keberapa.. Meraba raba lagi aku cari handphone atas meja tulis.. Capai handphone aku tersentak..

Khamis, 18 Ogos 2011

SAYA BLOGGER PRIHATIN

Assalamualaikum




Bantulah Mereka Ini

Assalamualaikum




Sedih bila lihat keadaan mereka di sana sampai macam tu sekali.. Sedangkan di sini kita mewah menikmati pelbagai juadah yang pelbagai.. Jika kita kata kita susah.. Cuba bandingkan dengan mereka pula.. Macam mana? Apa salahnya hulurkan sedikit bantuan kepada mereka ini.. Sekurang kurangnya nilai wang yang sedikit itu dapat juga membantu mereka di sana.. Cuba lihat video di bawah ni..

Rabu, 17 Ogos 2011

Segmen MO (Bloglist) : Saya Anak "Sulung" dalam Keluarga

Assalamualaikum


Salam semua.. Hurmmm.. Agak blur dua tiga hari ni.. Nak buat entri pasal isu murtad tu pon.. Ramai dah buat.. Korang pandai pandai terjah la kan.. Siyes.. Isu isu macam ni jangan dibuat main main.. Sepatutnya tindakan diambil terhadap golongan yang dah murtad tu.. Tapi aku tengok macam saling dok salah antara satu sama lain pulak.. Sedih la kan isu penting macam ni pon nak kaitkan dengan politik juga.. Sepatutnya kena saling bersatu la kan banteraskan masalah ni.. Hurmmm.. Entah la..

Memandangkan blog usang ni pun dah agak kureng update sejak kebelakangan ni.. Maka nak kasi sapu sikit sikit sawang sawang yang dok ada.. Aku join satu segmen bloglist yang dianjurkan oleh saudari MO ni.. Berminat nak join.. Sini..

Ahad, 14 Ogos 2011

Lelaki Usia Emas Dangdut Sampai Sahur

Assalamualaikum


Hurmmm.. Entah la.. Patut bulan Ramadhan yang mulia ni berlumba lumba cari pahala.. Tapi ada juga segelintir mereka mereka ni yang berlumba lumba cari dosa.. Hasih! Korang dah baca belum akhbar metro hari ni? Kalau belum isu kali ni tentang golongan lelaki belang termasuk yang dah berusia emas sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan leleki Islam dengan berfoya foya di sebuah kelab dangdut di ibu kota Kuala Lumpur sampai sahur pada bulan Ramadhan yang mulia ini.. Sungguh memalukan!



Jangan Boros Berbelanja Sangat!

Assalamualaikum


Hari minggu.. Memang tak lekang shopping coplex kalau tak dipenuhi manusia.. Tak kan binatang pulak nak pergi beli belah ye dak.. Hehehe.. Jangan marah.. Biasa la.. Lagi separuh aja puasa dah nak raya kan.. Semua pakat berduyun duyun bawa anak bini, sanak saudara pergi beli belah.. Raya setahun sekali ye dak.. Hehehe.. Aku pergi window shopping aja.. Makan angin.. Usha apa yang patut.. Tapi belasah gak la sepasang baju dengan dua helai seluar jeans.. Boleh la.. Malas nak membazir sangat raya tahun ni.. Baju tahun tahun lepas pun berlambak penuh dalam almari..

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK ?

Assalamualaikum



Jawapan Dr Asri Tentang Isu Larangan Bacaan Al-Quran Menggunakan Pembesar Suara Di Masjid Dan Surau Di Pulau Pinang

Assalamualaikum


Hurmm.. Sekadar berkongsi artikel jawapan dari Dr. Asri tentang isu larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara di negeri Pulau Pinang.. Sila fahami betul betul apa yang tersurat dan tersirat yang ingin beliau sampaikan.. Aku harap segala persoalan dan keraguan tentang isu ini akan terjawab..

Sabtu, 13 Ogos 2011

Pelakon Fizo Omar Sibuk Jual Serunding?

Assalamualaikum


Gambar dipetik dari Yahoo


Apabila bulan Ramadhan tiba, pasti ramai selebriti yang akan mengambil peluang untuk berniaga bagi mencari duit lebih. Tidak terkecuali adalah pelakon kacak kelahiran Kelantan, Fizo Omar yang sibuk menguruskan perniagaan serundingnya.

Gambar Lelaki Lutsinar Bersembunyi Di Pasaraya

Assalamualaikum


Haa.. Percaya tak kewujudan lelaki lutsinar atau dalam bahasa Inggeris di panggil 'Invisible Man'.. Percaya tak? Percaya tak? Tak percaya gak? Mai usha gambaq ni.. Hehehe..


Haa.. Nampak macam real kan.. Hehehe..

Isu Larangan Bacaan Al-Quran Menggunakan Pembesar Suara Di Masjid Dan Surau Di Pulau Pinang

Assalamualaikum


Hurmm.. Isu larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara di Masjid dan Surau di Pulau Pinang.. Majlis Fatwa Kebangsaan meminta Jawatankuasa Majlis Fatwa Pulau Pinang menimbangkan sehalus-halusnya larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh di negeri Pulau Pinang kerana ditakuti mendatangkan kesan pada penyatuan Umat Islam di negara ini.. Baca selanjutnya di Sini..

Aku sebenarnya tak layak untuk mengulas tentang isu ini.. Cuma cuba kita kaji balik bukankah hanya Azan sahaja yang sewajarnya disebarkan menggunakan pembesar suara untuk memberitahu dan memperingati umat Islam bahawa sudah masuk waktu solat.. Perkara lain seperti bacaan Al-Quran seelok-eloknya dibaca tapi tidak sehingga menganggu ketenteraman orang lain kerana mengikus hadis Nabi Muhammad S.A.W. juga melarang mengangkat suara bacaan di Masjid sehingga menganggu mereka yang lain beribadah, atau menyakitkan orang lain..

Lelaki Bertindak Liar Bunuh Bapa, Tikam Ibu Angkara Marah Kucing Menjelang Berbuka Puasa?

Assalamualaikum



Gila!!! Memang sakit mental nih.. Gara gara marahkan kucing berkeliaran ketika menjelang waktu berbuka puasa.. Seorang lelaki bertindak liar menetak bapanya sendiri sehingga mati manakala ibunya menerima lima jahitan di kepala kerana cuba untuk meleraikan pergaduhan itu.. Suspek kini masih belum ditemui kerana telah melarikan diri kedalam hutan dibelakang rumah.. Hurmm..

Raja Farah Bertudung?

Assalamualaikum


Raja Farah dan suami,Megat Bashirun Qhuyum Zakaria


Eh? Raja Farah dah bertudung ker? Betul eh? Alhamdulillah.. Semakin ramai artis yang dah mula bertudung sekarang ni.. Raja Farah mengakui dia lebih selesa dengan penampilan terbarunya itu..

Tandatangan Mamat Buat Fida Jatuh Hati?

Assalamualaikum


Gambar dipetik dari Yahoo


Fuhhh.. Siyesss jelesss aku baca artikel ni.. Pengakuan Fida yang mula tertarik dengan Mamat (Sepah) sejak melihat dia menandatangani autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang KL"..

Khamis, 11 Ogos 2011

Pengikut Murtad Diberi Ganjaran RM 60,000

Assalamualaikum


Astafirullah Al'azim.. Mengucap panjang aku bila baca artikel ni.. Sangup mengadaikan akidah sebagai Muslim semata mata dikaburi dengan wang ringgit.. Hurmm.. Siapakah yang harus dipersalahkan?

KUALA LUMPUR: Beberapa umat Islam yang dipercayai murtad dan menjadi pengikut sebuah pertubuhan Kristian di negara ini mendakwa dijanjikan ganjaran lumayan sekiranya berjaya memesongkan akidah umat Islam lain termasuk golongan mualaf dengan menarik dengan menarik mereka menyertai pertubuhan itu. Difahamkan, mereka akan menerima ganjaran sehingga RM60,000 bagi setiap kejayaan memesongkan akidah umat Islam sebaik upacara pembaptisan dilakukan.

The Star Siarkan Artikel Juadah Berbuka Puasa 'Daging Babi'?

Assalamualaikum


Gambar dipetik dari Malaysiakini


Haish! Biadap betoi la.. Tak ada sensitiviti langsung! Grrrrr.. Tak kan la tak tahu kot 'Ramadhan Delights' tu untuk apa? Mesti la panduan untuk umat Islam mencari restoren untuk berbuka puasa kan.. Habis tu apa kes siarkan juadah daging babi tak halal kat ruangan tersebut? Apa motif? Huh! 

Mereka Memang Licik!

Assalamualaikum


Hurmm.. Hurmm.. Licik.. Licik.. Mereka memang licik.. Haa.. Apa yang licik licik nih? Aku rasa ramai dah tahu kot pasal benda ni.. Ka ada yang tak tahu lagi? Straight to the point terus jelah yer.. Bagi yang dah pakai domain ka.. Atau berhosting sendiri mungkin tak ada masalah.. Tapi mereka mereka yang masih gunakan url blogspot akan secara tak sengaja menjadi mangsa mereka mereka ni..

Isnin, 8 Ogos 2011

Identiti Makcik Murtad Dah Kantoi Ka?

Assalamualaikum


Hurmm.. Hari ni buka aja blog.. Aku perasan ramai yang buat entri pasal pendedahan identiti sebenar makcik murtad bla.. bla.. bla.. yang buat onar caci maki tak tentu arah tu.. Korang tahukan pasal isu ni? Memang rasa nak bakar hidup hidup baca caci maki makcik ni kutuk agama di laman blog dia sebelum ni.. Dekat laman mukabuku pon ada.. Grrrr.. 

Jumaat, 5 Ogos 2011

Suasana Perang Sepanjang Bulan Ramadhan

Assalamualaikum


Fuh! Hari ni dah masuk ramadhan ke 5.. Amacam? Okay.. Mesti okay kan.. Tak kan dah besaq panjang nak memonteng posa lagi kot.. Malu aih kat bebudak kecik yang baru belajaq posa tu.. Kan.. Kan.. Hehehe.. Tapi kalau ada sebab musabab.. Tak bole nak buat apa la kan.. Hurmm.. Bila masuk bulan posa ni.. Satu benda aja aku ternanti nanti.. Berita kat tibi nuh.. Apa lagi kes main mercun la.. Sampai putus jari la.. Buta mata sebelah la.. Rambut terbakor la.. Macam macam lagi la.. Grrrr.. Agak agak tahun ni ada lagi tak berita macam tu eh??? Harap harap takda la kot..

Khamis, 4 Ogos 2011

Awak Sayang Kite Tak?

Assalamualaikum


*Tajuk entri ntahapehapentah.. Grrrr.. Korang layan jelah..

Di suatu taman diwaktu antara petang nak masuk senja.. Pasangan merpati sejoli sedang berdua duaan sambil memerhati kelibat burung balik sarang.. <~~~ Burung pun reti balik sarang.. Korang tak reti balik rumah ker? Grrrr..

Alhamdulillah.. Mara Setapak Lagi Dihadapan..

Assalamualaikum


Alhamdulillah.. Tepat pukul 12 pagi hari ni usia aku telah melangkah setapak lagi.. Besyukur daku kepadaNya kerana masih lagi memberikan nafas untuk aku melihat wajah kedua dua orang tua ku.. Adik adik aku.. Sanak saudara dan rakan taulan.. Syukur.. Alhamdulillah..

Isnin, 1 Ogos 2011

Ramadhan Pertama Aku Sebagai Blogger

Assalamualaikum


Fuh! Selamat juga menjalani ibadat puasa kali ni.. Lega.. Haa.. Amacam puasa hari ni.. Okay? Makan apa masa berbuka tadi? Hari pertama ni masak dekat rumah aja.. Masak simple simple aja.. Buat mee goreng dengan teloq mata kobau.. Serta ayaq apa tah perisa anggur.. Lega kenyang.. Urpp.. Alhamdulillah..

BEN ASHAARI : RAMADHAN #1 : SAHUR DI KALA BUDAK..

Assalamualaikum




Hurmm.. Sebut pasal sahur.. Memang antara waktu paling mencabar bagi aku.. Tak kita la masa kecik ka.. Sekarang pon lebih kurang macam tu la.. Ala korang paham paham sendiri la macam mana kan.. Tahap nak mangkit bangun tu sikit punya liat.. Kadang kadang sampai satu tahap minum ayaq sejuk aja untuk bersahur.. Masa dekat kampus dulu la.. Tak tahan godaan bantal dengan tilam punya dok seru mendayu dayu suruh tidoq.. Grrrrr.. 

Ahad, 31 Julai 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum


Hurmm.. Dalam beberapa jam sahaja lagi kita akan masuk ke bulan Ramadhan.. Pejam celik pejam celik bulan Syaban akan meninggalkan kita dan di datangi pula bulan Ramadhan.. Maka dengan ini aku Udin ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pengunjung di blog Budak Logam ini.. Semoga bulan Ramadhan kali ini memberi keberkatan kepada kita semua InsyaAllah.. Sama sama la kita berusaha untuk berlumba lumba membuat amalan di bulan Ramadhan ini..

Selamat Hari Lahir Blogger!!!

Assalamualaikum


Haa.. Hari ni dah masuk 31 Julai 2011.. Ada sapa sapa sambut birthday pada tarikh ni.. Hehehe.. Kalau ada aku nak ucapkan selamat hari lahir lah ye.. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. InsyaAllah.. Especially kepada para blogger blogger.. Okay aku direct to the point terus la yer.. Entri ni aku buat khas kepada dua blogger ni..

Sabtu, 30 Julai 2011

Alhamdulillah.. Rezeki Allah Ada Dimana Mana..

Assalamualaikum


Urp! Kenyang! Alhamdulillah.. Hurmm.. Rezeki Allah ada dimana mana.. Rupa rupanya hari ni masjid kampung aku ada buat kenduri arwah.. Rezeki.. Rezeki.. Alhamdulillah.. Hari ni saja aku terlintas hati tadi nak pergi solat Isyak dekat masjid.. Yelah nak keluar lepak pon macam tak ada mood malam ni.. Saja latih diri rajin rajin pergi masjid.. Esok lusa dah nak masuk bulan Ramadhan kan.. Selalunya hari Jumaat aja baru nampak muka aku dekat masjid.. Huhuhu..

Best Sangat Ker Filem Sekali Lagi Ni?

Assalamualaikum


Huhu.. Best sangat ker filem Sekali Lagi? Errr.. Best ker? Hurmm.. Boleh la tahan.. Aku kasi dalam 3 bintang setengah macam tu la.. Baru aja tadi baru lepas layan filem ni.. Padahal dah berkurun orang layan cite ni udin oi.. Biasala aku jenis kurang minat sangat nak layan filem jenis jiwa dan perasaan ni.. Haa.. Habis tu yang pegi layan buat apa? Memandangkan hari ni boring tak tau buat apa.. Layan aja la apa apa koleksi filem dalam hardisk aku ni..

Jumaat, 29 Julai 2011

Bagaimanakah Gambaran Hari Kiamat?

Assalamualaikum


Sekadar renungan.. Sama sama la kita muhasabah diri.. Peringatan untuk diri aku juga.. Jom sama sama kita hayati artikel ni.. Bagaimanakah Gambaran Hari Kiamat? Sesungguhnya kejadian Hari Kiamat adalah pasti akan berlaku.. Sebagai umat Islam kita wajib mempercayainya kerana merupakan salah satu Rukun Iman.. Namun kita tidak dapat meramal bilakah Hari Kiamat ni akan berlaku.. Segalanya ditentukan oleh Allah S.W.T.. Bersediakah kita sekiranya Hari Kiamat tiba kelak? Sudah cukup kah amalan kita? Aku copy paste artikel ni dari Sini..

Khamis, 28 Julai 2011

Kisah Berus Gigi Papa

Assalamualaikum




*** Awas entri ni sesuai dibaca oleh golongan umur 21 tahun ke atas sahaja..

Watak

Papa: Tak kisah sapa2 pon..
Mama: Sama juga tak kisah sapa2 pon..
Mimi: Adik Mia Sara (Wajib) <~~~ Comei betoi budak kecik ni..
Kak Nini: Tak kisah juga sapa2 pon.. yang pasti bukan warganegara Malaysia..

Tahniah Harimau Malaya!!! Kita Kalah Bermaruah!!!

Assalamualaikum


Hurmm.. Tamat juga akhirnya.. Keputusan Malaysia 1 Singapura 1.. Walaupun kecewa aku tetap ucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya.. Sekurang kurangnya yang menjaringkan 1 goal tadi anak jati negara kita sendiri (Safee Sali).. Tahniah juga kepada penjaga goal (Khairul Fahmi) dengan sedaya upaya menangkis segala cubaan pemain import Singapura tadi.. Walaupun sayang dibolosi juga.. Tapi yang menjaringkan goal pon bukan anak jati Singapura kan? So takda apa yang nak di banggakan sangat.. Lain la kalau anak jati Singapura sendiri yang jaringkan goal tadi.. Hahaha.. Tambahan banyak lakonan aja tadi.. Sikit sikit injured.. Grrrrr

Selasa, 26 Julai 2011

Bir Halal Disah Halal

Assalamualaikum


Fuh! Alhamdulillah.. Akhirnya persoalan aku selama ni terjawab.. Haa.. Apa pulak ni? Macam ni.. Sebelum ni ada isu pasal bil halal tu kan.. Bil halal.. Tak tahu ke? Ala minuman campuran buah buahan yang perisa Malta, Barbican tu.. Tahukan.. Hurmm.. Bila timbul isu sama ada halal atau haram ni aku dah jadi lain macam.. Mau taknya masa lepak dekat kampus dulu.. Bil halal ni la antara feveret aku masa lepak lepak dengan member member.. Bila jadi isu hari tu.. Rasa tak best la kan dah pernah minum dulu.. Huhu..

Sabtu, 23 Julai 2011

MALAYSIA Masih Ada Peluang Untuk Kelayakan Piala Dunia 2014?

Assalamualaikum


Arghhhhh! Tekanan aku tengok bola tadi.. Rasa macam nak hampuk aja TV kat umah tu.. Grrrrr.. Aku tak tau la nak cakap apa.. Mungkin faktor padang kot.. Entah la.. Boleh terima ka alasan tu? Apa pandangan korang pasal match Malaysia lawan Singapura tadi?


Jumaat, 22 Julai 2011

Ikan Apa Paling Ganas Di Dunia?

Assalamualaikum




Salam semua.. Haa.. Agak agak korang la kan.. Dalam dunia ni ikan apa paling ganas? Ce teka.. Ce teka.. Ala teka la.. Ikan Jerung? Bukan? Habis tu ikan apa? Piranha? Betoi ka? Haa.. Dah dapat jawapan? Nak tau ka? 

Jom Kira BMI

Assalamualaikum


Salam semua.. Entri kali ni aku nak kongsi sikit berkaitan kesihatan.. Sebelum tu tahu tak apa itu BMI? Haa.. Kalau mengikut wikipedia "Sini" BMI ni merujuk kepada Body Mass Index atau dalam Bahasa Melayu kita diterjemahkan sebagai Jisim Indeks Tubuh (JIT).. Apa kepentingan BMI/JIT ni?


Menantu 'Naik Hantu' Tikam Bapa Mentua Sampai Mati

Assalamualaikum


Salam semua.. Huhuhu.. Lama betoi aku tak mengadap blog usang ni.. Entah sejak akhir akhir ni macam tak berapa ada mood sangat nak mengadap blog usang aku ni.. Ada sapa sapa rindu tak? Huhuhu.. Apa apapun aku akan cuba paling malas tahap gaban pun akan ada update jugak satu entri dalam seminggu.. Untuk permulaan entri kali ni sekadar nak kongsi artikel akbar..

Hurmm.. Boleh dikatakan ada saja kes pelik pelik berlaku sejak akhir akhir ni.. Macam muka depan akhbar Harian Metro hari ni.. Gara gara bengang sebab isteri tak mau balik rumah.. Seorang lelaki bertindak mengelar pinggang dan menikam bapa mentuanya sehingga mati.. Hanya kerana bapa mentuanya itu menghalang suspek bertemu dengan isterinya.. Gila betui..


Sabtu, 16 Julai 2011

Mengapa Masih Dianggap Zina Walaupun Sudah Bernikah?

Assalamualaikum


Salam semua.. Hurmm.. Entri kali ni sekadar perkongsian untuk renungan bersama.. Jika berlaku sesuatu kes dalam sesebuah keluarga dimana anak perempuan mengandungkan anak luar nikah, antara jalan penyelesaian adalah dengan mempercepatkan perkahwinan anak itu demi untuk menutup malu.. Tapi? Persoalannya adakah pernikahan seperti itu sah? Jika tidak sah, maka ini bermakna pasangan tersebut hidup dalam zina? Untuk menjawab persoalan ni sila teruskan membaca artikel ini.. Mengapa Masih Dianggap Zina Walaupun Sudah Bernikah?


Pagi Pagi Dah Bikin Darah Aku Mendidih!

Assalamualaikum


Alahai.. Pagi pagi dah bikin mood aku spoil.. Mendidih darah aku tadi.. Sebelum itu aku bagitau awal awal entri ni agak emo sikit.. Sekadar luahan perasaan yang tengah membuak buak ni.. Kalau korang nak baca silakan.. Tak mau baca pon takpa.. Grrrrrr!

Khamis, 14 Julai 2011

Hukum Berkahwin Dengan Orang Yang Pernah Berzina?

Assalamualaikum


Hurmm.. Sambil baring atas katil sambil layan album Butterfingers, terlintas satu persoalan yang pernah ditanya oleh member aku masa dekat kampus dulu.. Lebih kurang macam ni la.. "Hangpa boleh terima tak kalau dah kawin nanti isteri hangpa buat pengakuan dia pernah berzina? Tapi dia dah bertaubat? Hangpa sanggup terima tak isteri hangpa tu?" Peh! Aku dengan member lain tersentap dengar soalan cepu emas member aku ni..

Jawapan aku senang aja, aku berpegang pada satu pernyataan ni.. "Orang baik akan dijodohkan dengan orang yang baik, manakala yang sebaliknya akan dijodohkan dengan orang yang sama taraf dengan mereka" Tapi semua ni atas ketentuanNya bukan? Mungkin jika seseorang itu dijodohkan dengan seseorang seperti itu adalah satu ujian untuk menguji tahap keimanan seseorang itu.. Tapi? Bolehkah kita terima jika kita dalam situasi sedemikian? Adakah kita sanggup lagi menerima si dia?

Maka sambil godek godek pasal isu ni aku jumpa satu artikel berkaitan hukum berkahwin dengan orang yang berzina ni..

Ahad, 10 Julai 2011

Itik Punya Hal Pun Mau Kasi Gaduh Ka?

Assalamualaikum


Alahai.. Macam macam ragam betul la manusia ni.. Dah nama pun manusia kan.. Mesti la banyak ragam betul tak.. Kan.. Kan.. Kan.. Ntah apa hapa la aku mengarut ni.. Grrrrr.. Pasal itik pun nak gaduh ka.. Aiyaa.. Kecik punya hal maa.. Haa.. Apa hal ni.. Itik? Gaduh? Nak tau ka?

Singgah blog aku sat , bleh ?

Assalamualaikum




Khamis, 7 Julai 2011

Berwaspada Dalam Melafazkan Ungkapan Nikah, Talak Dan Murtad

Assalamualaikum


Salam semua.. Kali ni nak kongsi pasal ceramah yang saya dengan masa dalam kereta nak pergi pasar malam petang tadi.. Banyak juga isu yang dibincangkan hari ni.. Tapi apa yang saya nak kongsi tentang perlunya kita berhati hati dalam melafazkan sesuatu ungkapan.. Lebih lebih lagi berkaitan dengan ungkapan Nikah, Talak dan juga Murtad.. Kadang kadang kita mungkin menganggap ungkapan yang diucapkan itu hanya sekadar jenaka atau suka suka.. Tapi secara tidak langsung memberi impak disebaliknya..

Halaman Facebook Anwar Ibrahim Kena Hack

Assalamualaikum


Hurmm.. Tak habis habis lagi isu godam mengodam ni.. Ala apa lagi Hack la.. Sebelum ni laman sesawang milik kerajaan di hack sekumpulan hacker yang dikenali "anonymous" kan.. Kali ni muncul pula kumpulan yang dinamakan Luvsec yang telah bertindak mengodam halaman rasmi milik Anwar Ibrahim.. Hurmm.. Macam macam.. Lepas ni apa pula agaknya..


Gambar dipetik dari amanz.my


Tip Jika Berlaku Gangguan Bekalan Elektrik

Assalamualaikum


Salam semua.. Fuh! Alhamdulillah ada juga letrik akhirnya.. Pagi tadi keluar breakfast dengan family.. Yelah hari ni Penang kan cuti.. Bila lagi nak lepak lepak dengan family kan.. Kalau tak masa malam aja baru dapat tengok muka.. Hurmm.. Balik aja rumah.. Alahai takda letrik.. Aiyaa.. rosak program beb.. Baru aja plan baik punya nak buat apa yang patut hari ni.. Sabor jelah kan..

Rabu, 6 Julai 2011

Apabila Golongan Wanita Menjadi Penarik Beca

Assalamualaikum


Salam semua.. Entri kali ni BL nak kongsi sikit info tentang kerjaya.. Sebelum tu BL nak tanya apa pendapat korang tentang Penarik Beca? Mesti ramai beranggapan pekerjaan seperti ni leceh, tak mendatangkan keuntungan, atau seseuai untuk golongan yang tidak berpendidikan tinggi bukan? Majoriti yang menjadi penarik beca ni sudah tentu golongan lelaki bukan? Tapi tahukah bahawa dengan hanya menjadi penarik beca boleh menjana pendapatan sebanyak RM 1000 sehari? Kini golongan wanita pula yang mula meneroka kerjaya sebagai penarik beca ni.. Kenapa? Tak percaya?


Selasa, 5 Julai 2011

Bilakah Kali Terakhir Kita Menitiskan Air Mata?

Assalamualaikum




Salam semua.. Haa, kali ni BL nak kongsi sedikit tentang "Menangis".. Semua pernah menangis bukan? Tipu la kalau tak pernah menangis kan.. Hurmm.. Adakah jika seseorang itu menangis menunjukkan seseorang itu lemah? Jawapannya tidak okay? Tangisan membawa pelbagai erti samaada tangisan kegembiraan, kesedihan, atau keinsafan.. Tahukah bahawa tangisan juga membawa erti kekuatan dan kehebatan? Tak percaya?

Isnin, 4 Julai 2011

Kucing Masih Lagi Hidup Walaupun Telah Ditembak 30 kali

Assalamualaikum


Subhanallah! Anda percaya atau tak bahawa seekor kucing mempunyai 9 nyawa? Sama ada anda percaya atau tidak menurut laporan akhbar Daily Mail, Seekor kucing di Britain masih lagi hidup walaupun telah ditembak sebanyak 30 kali. Dasyat bukan?

GEGAR BLOG JULAI 2011

Assalamualaikum



["Jika anda bukan seorang blogger, apakah aktiviti yang sering anda lakukan sewaktu online?"]

Ahad, 3 Julai 2011

Kisah Pelajar, Pensyarah Dan Mayat

Assalamualaikum


Salam semua.. Kali ni nak kongsi satu kisah antara sekumpulan pelajar perubatan dan pensyarah.. Sekumpulan pelajar perubatan ni diminta berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat.. Mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

Ahli Arkeologi Telah Menjumpai Kapal Solar Firaun

Assalamualaikum


PEKERJA Mesir mengeluarkan satu bongkah batu daripada kawasan yang dipercayai tempat kapal solar Raja Khufu ditanam.


Kapal solar Firaun telah dijumpai oleh satu pasukan ahli arkeologi Mesir dan Jepun baru baru ini yang terletak berhampiran piramid agung Giza.

Sabtu, 2 Julai 2011

Jom Terjah BN Youth Job Fair 2011 @ IKM Sungai Petani

Assalamualaikum




Selamat petang dan salam sejahtera kepada pembaca blog Budak Logam.. Huhuhu.. Lama siot tak update blog usang ni.. Agak jarang online sangat kebelakangan ni.. Huhuhu.. Okay entry kali ni sekadar nak kongsi info tentang suatu pesta kerjaya iaitu BN Youth Job Fair yang diadakan di Institut Kemahiran Mara (IKM), Sungai Petani.. Job Fair ni diadakan kelmarin 1 Julai 2011 dan akan berakhir esok 3 Julai 2011.. Kalau ada yang masih mencari peluang pekerjaan, jom terjah BN Youth Job Fair ni.. Mana tau kot ada rezeki korang kan.. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan.. Hehehe.. :D

Sabtu, 25 Jun 2011

Video Maharaja Lawak Akhir Minggu Ke 13: Jozan | Nabil | Sepah | Jambu

Assalamualaikum




Wah! Malam ini gelanggang terakhir bagi pentas Maharaja Lawak.. Sudah tentu ramai peminat ternanti nanti siapakah yang bakal bergelar juara Maharaja Lawak.. Antara peserta yang beraksi di gelanggang akhir Maharaja Lawak ini adalah Jozan, Sepah, Nabil dan juga Jambu yang terselamat kerana mendapat imuniti daripada pihak juri pada gelanggang Maharaja lawak minggu ke 12.. Jika dilihat dari segi kedudukan undian sudah pasti ramai yang beranggapan kumpulan Jozan yang bakal menjuarai Maharaja Lawak ini.. Namun adakah kumpulan Jozan yang bakal menjuarai Maharaja Lawak tahun 2011 ini? Jom layan video Maharaja Lawak Akhir Minggu Ke 13.. Hehehe.. :D


Jumaat, 24 Jun 2011

Wacana Entri Pertama Ku

Assalamualaikum




Video Konsert Avenged Sevenfold Live @ Rock Am Ring 2011 | Muat Turun Percuma Video Avenged Sevenfold Live @ Rock Am Ring 2011

Assalamualaikum




Salam semua.. Kepada pengemar muzik jenis genre Metalcore serta kipas susah mati kumpulan Avenged Sevenfold @ A7X jom layan klip video konsert Avenged Sevenfold live @ Rock Am Ring 2011.. Layannnn.. Hehehe.. ;p


Laman Sesawang Muat Turun Percuma Akan Disekat

Assalamualaikum


Selamat petang dan salam sejahtera kepada pembaca blog Budak Logam. Hurm, BL pasti ramai sudah maklum bukan tentang isu SKMM membuat sekatan terhadap 10 laman sesawang perkongsian fail baru baru ini. "Sini" Atas tindakan tersebut juga timbul isu dimana beberapa laman sesawang Kerajaan digodam oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai "Anonymous" bukan. Kemungkinan besar selepas ini keseluruhan laman sesawang untuk muat turun secara percuma akan disekat sebagai langkah untuk mencegah aktiviti cetak rompak yang semakin berleluasa kini.

Sabtu, 18 Jun 2011

Video Maharaja Lawak Minggu Ke 12: Johor Bahru | Jozan | Nabil | Sepah | Jambu | R2

Assalamualaikum




Selamat malam dan salam sejahtera kepada pembaca blog Budak Logam.. Fuh dah berapa hari tak update blog kan.. Bersawang penuh sudah.. Huhuhu.. Korang Dah layan Maharaja Lawak? Pada minggu ini gelanggang Maharaja Lawak diadakan di Johor Bahru.. Seperti mana gelanggang Maharaja Lawak minggu lepas para peserta Maharaja Lawak masih juga mempunyai dua persembahan.. Tapi malam ini para peserta digandingkan dengan artis undangan iaitu Yassin, Bob KU2, Ali Mamak, Linda Onn dan juga Ah Chong Sweet Child pada persembahan kedua.. Antara peserta yang masih beraksi di gelanggang Maharaja Lawak minggu ke 12 ini adalah Jozan, Nabil, Sepah, Jambu dan juga R2.. Adakah malam ini akan ada penyingkiran? Siapakah yang bakal beraksi di Gelanggang Akhir Maharaja Lawak minggu depan? Jom layan video Maharaja Lawak Minggu Ke 12.. Hehehe.. ;p


Isnin, 13 Jun 2011

Wanita Solek Demi Pikat Rakan Sejantina?

Assalamualaikum




Selamat malam dan salam sejahtera pembaca blog Budak Logam. Entry kali ini adalah berkaitan dengan berdandan atau dalam istilah lain mekap atau solek. Bila sebut aja tentang mekap tentu berkaitan dengan golongan wanita, kerana boleh dikatakan wanita akan menghabiskan berjam-jam di hadapan cermin untuk bersolek bukan? Persoalannya untuk siapa mereka bersolek? Mesti untuk menarik perhatian golongan lelaki bukan? Tapi, percayakah anda sebenarnya tujuan golongan wanita bersolek adalah untuk menarik perhatian rakan sesama jantina?

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)