Sabtu, 2 Julai 2011

Jom Terjah BN Youth Job Fair 2011 @ IKM Sungai Petani

Assalamualaikum




Selamat petang dan salam sejahtera kepada pembaca blog Budak Logam.. Huhuhu.. Lama siot tak update blog usang ni.. Agak jarang online sangat kebelakangan ni.. Huhuhu.. Okay entry kali ni sekadar nak kongsi info tentang suatu pesta kerjaya iaitu BN Youth Job Fair yang diadakan di Institut Kemahiran Mara (IKM), Sungai Petani.. Job Fair ni diadakan kelmarin 1 Julai 2011 dan akan berakhir esok 3 Julai 2011.. Kalau ada yang masih mencari peluang pekerjaan, jom terjah BN Youth Job Fair ni.. Mana tau kot ada rezeki korang kan.. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan.. Hehehe.. :D



BL pon baru aja singgah kejap tengah hari tadi.. Saja survey apa yang patut mana tau kot ada rezeki kan.. Banyak juga la syarikat yang ada.. Kesimpulannya untuk hari ni banyak dibuka peluang kepada yang berminat dalam bidang kejuruteraan.. Antara syarikat yang berkaitan adalah UEM.. Bagi yang berminat berkerja di pasaraya antara syarikat yang ada tadi adalah Giant, Mydin dan apa tah lupa lak.. Banyak lagi la syarikat yang ada macam dalam bidang Takaful antara syarikat yang ada tadi adalah Prudential BSN Takaful, Etiqa Takaful, Great Estern dan macam macam lagi.. Korang terjah sendiri la baru tau macam mana kan.. Hehehe..

Tak sangka pula boleh jumpa kenalan lama BL masa sekolah dulu.. Peh! dasat sekarang dah jadi pegawai sumber manusia.. Rezeki dia kan.. BL juga la yang masih lagi dengan kerjaya lama.. Tak apa rezeki ada dimana mana.. Yang penting jangan putus asa berusaha untuk mencari kan.. Hehehe.. Okay la BL malas nak karang panjang panjang.. Kalau korang berminat jemput la pergi BN Youth Job Fair ni okay.. Tak rugi pon pergi.. Mana tahu ada rezeki korang kan.. Hehehe..

Tiada ulasan:

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)